Followers

Sep 27, 2008

Suka Yang Kurang

KUALA LUMPUR, Sept 27 — By a small margin, Malaysians think opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would make a better prime minister compared with Datuk Seri Najib Razak, according to a survey conducted recently by the independent Merdeka Centre.

In the same survey, Malaysians also appear more divided than ever over their support for the country's political leadership.

There are also sharp differences in preferences between the different races, with a majority of non-Malays supporting Anwar, while more Malays preferred Najib.


Itu petikan dari Malaysia Today .Bangsa X ni memang tak sukakan ilmu agaknya . Cuba fikirkan satu wacana ilmu yang Najib hadir sebagai sarjana/ilmiah yang mengupas isu-isu dunia/ekonomi/ugama . Boleh ingat tak?

Dan cuba bandingkan dengan sorang lagi yang mata lebam tu . Terlalu jauh seperti langit dan bumi . Di Malaysia,setakat ni hanya dua negarawan yang selalu dijemput dalam mana mana forum antarabangsa atau perbincangan ilmiah iaitu Anwar dan Mahathir . Memang ada cerdik pandai yang lain dijemput tetapi jika tokoh politik,hanya mereka berdua .

Macamana bangsa X lebih sukakan yang kurang??

Sep 26, 2008

Dot dot dot Masuk Kubur

Gambar Ehsan Tranungkite.online

This is pantun 3 rangkap which I created(in email) during my debate with my colleague . Too easy to create such pantun seems all the evil elements are inside them :)

Tajuk : UMNO Masuk Kubur

UMNO dah jadi mayat
Kena lipat dengan rakyat
Masa hidup jahat sangat
Rakyat bosan lalu kasi tendangan lipat

UMNO masuk kubur
Malaikat tengok pun muntah
UMNO dah lebur
Semua rakyat ludah

UMNO dah jadi ulat
Tanah pun menyampah nak jilat
Sebab UMNO suka khurafat
Konon nak perintah sepanjang hayat

Sekian dimaklumkan semoga pantun ini memberi manfaat yang besar di bulan Syawal ini .

Sep 25, 2008

Ketuanan X

Gambar ehsan The Star

Pernah dengar ketuanan X?mesti pernah kalau baca suratkhabar X . Kalau nak sangat jadi TUAN,mesti ada kuasa duit,ekonomi . Mesti ada kepandaian,kebijaksanaan,mesti segala galanya lebih sebab nak jadi TUAN . Ada tak TUAN yang melarat?atau ada tak TUAN yang miskin papa kedana dan bodoh?Biasanya TUAN mesti lebih dari semua aspek .

Tapi ada satu bahagian manusia atau satu puak di Malaysia ni(dinamakan puak X),yang suka cakap pasal ketuanan . Tapi bila tengok pulak pada jatidiri mereka,tiada satupun lambang TUAN pada mereka . Mereka bangkrap dari semua segi . Bangkrap moral,akhlak,politik,ekonomi dan ugama . Tapi masih suka nak bercakap pasal ketuanan . Dan yang menggelikan,mereka pula memanggil orang yang sepatutnya TUAN sebagai penumpang!hahaha

HOW DARE YOU!Cuba tengok sekeliling kau wahai bangsa X!!! . Nampak apa?bangunan siapa?harta siapa?ekonomi siapa?

Masih lagi perasan jadi TUAN

Bangsa yang bodoh sombong ni,yang tinggal pada mereka ialah TUAN HAMBA...

Gambar diatas hanya merujuk kepada seorang yang bukan Islam,tapi suka berderma kerana ayahnya juga suka berderma . Kalau satu bangsa tu,dahlah rompak duit rakyat,buat rumah macam istana,tapi pelan rumah pun tak submit kat Majlis Bandaran . Ada jugak kes yang bawak lari duit rakyat 20 juta tapi senyum simpul je bila balik ke Malaysia . Tapi nama macam nama Nabi .

What A Shame!

Gambar ehsan The Star

Someone who wrote about the thruth,reveal it to the public,teached people about Islam,end up in prison with no date . Imagine,this is ur daughter and and your wife . Can you take it?

Ada orang,sibuk cakap pasal Islam,tapi tak boleh bezakan mana dia kezaliman,mana dia keadilan hakiki . Tell me one word in the Quran that you can detain people without trial . Detain people only with your opinion . What a shame!

Sep 24, 2008

Melayu Islam,terselam dalam kelam

Bulan puasa bulan yang mulia . Hanya bulan sahaja yang mulia,perangai belum tentu yer...Apa sebenarnya tujuan kita disuruh berlapar dan dahaga serta menahan nafsu dibulan puasa ini?Aku jadi serba salah kerana tidak memahami apa beza bulan puasa dan bukan bulan puasa . Adakah setakat ritual bersahur(sudah tentu melahap nasi dengan lauk yang pelbagai),berpasar Ramadan,bertarawikh dan akhirnya berhari raya sakan?Hanya inikah puasa yang patut diamalkan kita?

Perkara pertama yang aku lihat di bulan puasa ialah perangai umat Islam Melayu . Contoh termudah ialah sewaktu membeli makanan . Sepatutnya di bulan yang MULIA ini,perangai pun menjadi mulia,bukan sebaliknya . Tetapi apa yang telah lama aku perhatikan,perangai umat Islam Melayu kadang kadang lebih besar gelojohnya daripada bulan selain Ramadan .

Sewaktu membeli makanan di Food Court petang tadi,perangai Melayu Islam masih tidak berubah . Memotong barisan untuk membeli makanan dan tiada rasa hormat sesama manusia sudah jadi amalan mulia masyarakat Melayu . Sedangkan beratur dalam barisan ini adalah asas moral yang paling "cikai" sekali . Jika beratur pun tidak dapat dilaksanakan dalam kehidupan,ini menunjukkan betapa seriusnya masalah moral Melayu Islam .

Kenapa perlu gelojoh untuk berbuka puasa?adakah terlalu lapar?bukankah kita diajar bersabar?bersabar itulah INTI kepada puasa . Sabar didalam perang ialah BERANI sementara sabar didalam puasa boleh dipecahkan kepada banyak elemen,diantaranya sabar menghadapi nafsu terhadap makanan . Kenapa perlu tolak menolak semata mata untuk menepati waktu 7.10pm untuk meneguk air . Adakah itu pahala terbesar yang harus diutamakan selain daripada membentangkan kecantikan akhlak mendahulukan sesiapa yang patut didahulukan?

Mereka menerima ajaran Islam iaitu berbuka mesti disegerakan,tetapi adakah suruhan ini menghalalkan ketidak hormatan kita pada manusia lain tidak kiralah mereka Islam atau bukan . Mempercepatkan berbuka puasa sebenarnya bertujuan untuk kita mendapatkan kembali tenaga supaya dapat mudah beribadat dimalam hari .

Ada suatu peristiwa yang menjengkelkan aku berlaku tidak lama dahulu sewaktu aku mengambil ibu ku di KLIA yang kembali dari menunaikan haji . Sewaktu beratur untuk mengambil barang-barang,aku telah dirempuh oleh 2-3 orang jemaah haji yang tidak sabar untuk mengambil barangnya sehingga sanggup menolak kami yang sedang beratur . Padahal mereka baru pulang dari menunaikan haji . Tapi inikah yang sepatutnya ditunjukkan oleh haji haji yang baru pulang dari "menghadap Allah"?Atau mungkin mereka hanya mendapat haji Dam sahaja agaknya berdasarkan perangai "lagha" dan gelojoh mereka itu .

Inilah celakanya bila beribadat kerana label dan ikut ikutan tanpa mahu memahami apakah amalan dan intipati yang terkandung didalam setiap ibadat . Sepatutnya apabila pulang dari haji,perangai dan akhlak kita 3 kali ganda lebih baik daripada sebelumnya . Kalaupun tidak berganda,lakukanlah perubahan asas dalam kehidupan seperti lebih mengutamakan orang lain,menghormati binatang,dahulukan orang tua atau bantu mereka yang dalam kesusahan .

Kalau anda perhatikan,dibulan puasa ini adakah umat Islam Melayu memandu kereta dengan lebih baik atau lebih gelojoh?Jika lebih gelojoh,maka tiada jugalah kebaikan daripada puasa yang dikerjakannya itu . Walaupun berpuasa tetapi tiada perubahan dalam perilaku moral,maka puasa tidak mengajar apa apa .

Umat Islam Melayu semakin lama semakin bercelaru akhlak mereka walaupun dibandingkan dengan mereka yang bukan Islam . Katakanlah didalam LRT,anda ternampak seorang wanita mengandung atau yang menggendong anak,berdiri dan meninjau untuk mencari tempat duduk,perhatikan siapa yang bangun untuk memberi tempat duduk kepada mereka?TIADA,NONE,NIL. Jika anda yang bangun,semua mata tertumpu pada anda seolah olah anda melakukan suatu yang luar biasa . Tak percaya,cubalah .

Aku rasa para pemimpin ugama harus kembali memperbetulkan nilai pengajaran Islam mereka kepada generasi sekarang . Ini kerana kita terlalu banyak mengambil label Islam daripada persoalan akhlak yang sebenarnya dalam sesuatu ibadat . Masih ada umat Islam Melayu yang tidak memahami bagaimanakah untuk berakhlak didalam surau,contohnya apabila lelaki melakukan solat secara berasingan,katakanlah solat Maghrib yang sunat nya kita membaca secara kuat sedikit,tetapi apabila ada orang lain yang solat di dalamnya,kita tidak perlu menguatkan suara kita kerana akan mengganggu mereka . Persoalan semudah inipun tidak difahami oleh umat Melayu Islam .

Sep 20, 2008

Fatwa Terkini-Pasar Ramadan amalan SESAT

Sesat,umat sudah jauh sesat .

Pasar Ramadan . Benda ni tak wujud dizaman Nabi ataupun sahabat . Dan kewujudannya pun mungkin paling meriah di negara Boleh Land ini sahaja .

Cuba intai semula,kenapa kita disuruh puasa . Supaya meninggalkan makanan dan lain lain benda yang "sedap" . Tapi umat melayu(bukan Islam-buat rosak nama Islam sahaja),puasa dijadikan medan mencari kueh yang paling sedap,hotel yang paling murah juadah buffetnya,makanan apa yang dah lama tak makan dan kemuncaknya bergaya sakan dihari raya sambil melangsaikan semua duit yang ada . Berpuasa sudah jadi ritual atau amalan,bukan suruhan tuhan yang mendatangkan nilai pembaikan kepada kehidupan umat .

Sepatutnya di bulan puasa,kita diajar melupakan makanan dan makanan harus dijadikan agenda paling corot dalam kehidupan kita . Sepatutnya dibulan puasa ini,kompas hidup kita diajar menoleh kearah lain yang dibulan bukan Ramadan,kita tidak melakukannya .

Apa yang kita tidak lakukan dibulan bukan Ramadan?Banyak sangat . Contohnya bersedekah secara kerap,membantu golongan warga tua dan anak yatim,membantu menyelesaikan masalah sosial,membantu golongan OKU,berjumpa dan berbincang tentang masalah jenayah di kawasan kita,membantu muda mudi yang ingin berkahwin tapi tak mampu,membantu para pelajar yang memerlukan bantuan dan mcm mcm lagi masalah umat Islam .

Tapi kita buat atau tidak?

Tentulah tak buat sebab kita sibuk makan dan sibuk tempah baju raya .

Apa yang kita fokus di bulan Ramadan ni biasanya ialah agenda nak berbuka dan kemudian pergi bertarawikh . Kalau dapat bertarawikh 20 kali dah dikira sangat besar amalannya . Bila tiba 10 malam terakhir,para Khatib akan mengingatkan kita betapa malam lailatul qadar sangat sangat ditunggu oleh umat Islam .

kalau dah hidup 65 tahun,takkan malam lailatul qadar kita boleh lupa . So,kenapa nak ingatkan lagi?perlu ke?

Cubalah tok khatib tu bawak pemikiran umat islam ini meneroka agenda lain untuk umat yang lebih terkehadapan dan sofistikated . Zaman sekarang zaman blog dan myspace,tapi adakah umat islam menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menyebarkan kebaikan yang ada dalam Islam?

jawapannya tidak sebab kita terlalu mementingkan makan di bulan Ramadan .

Sep 19, 2008

Kawan Punya Hal

Ada kawan aku,pompuan...tengok gambar gambar aku pergi perhimpunan rakyat,Protes dan Countdown to 16 Sept . Dia tak suka . Ntah apa yang dia tak suka aku pun tak tahu . Aku maafkan dia sebab dia cun :)

Dia tak suka agaknya sebab aku sokong Anwar . Aku tak tau kenapa . Tapi ramai Melayu macam ni . Ikut ikutan . Bila tanya kenapa tak mahu sokong Anwar,mereka akan jawap,Anwar gila kuasa,ejen bangsa tu,bangsa ni,Anwar gila nak jadi PM,Anwar punca negara tak stabil dll .

Inilah sikap bangsa Melayu . Ikut ikutan . Nak kata Anwar ada salahguna kuasa,mana dia?Kalau ada,dah lama kena .

Melayu sebab lama sangat makan belacan dan baca suratkhabar sewel,sebab tu susah nak fikir dua hala . Yang jadi haru,bila jatidiri lemah,dia nak salahkan bangsa lain . Padahal,dah umur 60 tahun pun masih tak boleh bezakan pemimpin bersih dengan pemimpin suku sakat dan pelahap duit rakyat .

Aku kesian kat kawan aku ni . Sebab alasan dia,dia nak negara aman je . Aku tanya semula,siapa nak negara kacau bilau?ada ke?

So,wahai Melayu,jangan suka pikir pasal hantu . Dari kecik kita ajar anak kita takutkan tempat gelap kononnya hantu . Sebab tu Melayu takut pada benda yang tak nampak .

Lepas ni Melayu semua tolong banyakkan baca tafsir Quran . Jangan pandai je nak bubuh nama anak Muhammad Adam Isa,tapi bila kena goreng dengan pemimpin pelahap,terus nganga tak boleh jawap . Sedih tau!

Sep 18, 2008

Hantu Mata Lebam

8hb Mac 2008 - Suku sakat hantu Raya,Polong,Toyol,Kuntilanak dan Hantu Kopek telah di diludah dan dilumur najis oleh rakyat manusia..kesian..nak buat macamana,rakyat dah tak suka tapi masih nak kacau manusia dengan gangguan yang tak releven lagi seperti mengilai di atas pokok,bertelanjang dan mencuri duit,menghisap ibu jari tuan nya,menyergah manusia secara aktif tak kira siang atau malam,melompat lompat ditepi jalan dan berterbangan menggunakan kepala tanpa badan . Ini semua taktik lama yang rakyat manusia dah tak boleh terima serta tidak lagi menyeramkan .

14 April 2008 - Hantu versi lama iaitu Hantu Mata Lebam yang hensem telah keluar dari kubur(setelah 10 tahun tinggal dialam barzakh) dan telah ber evolusi semula menjadi manusia baru untuk bertanding melawan suku sakat hantu pelbagai jenis(Multi Type Ghost) yang tak mahu-mahu masuk kubur

14 April-25 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam berjaya menarik suku sakat manusia menubuhkan satu Batalion yang dinamakan Kumpulan Bomoh Sejagat untuk mengusir suku sakat hantu Polong,Toyol,Pontianak,Hantu Raya dan Hantu Kopek yang tak mahu mahu masuk kubur dan sombong dengan jatidiri hantu mereka serta tak serik serik membuat kacau selama 51 tahun .

26 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam telah sebulat suara dipilih oleh semua golongan wakil manusia untuk menjadi Ketua Umum Kumpulan Bomoh Sejagat dan mendapat lesen menghalau suku sakat hantu untuk kembali masuk kubur .

16 Sept 2008 - Tarikh permulaan Hantu Mata Lebam memimpin Kumpulan Bomoh Sejagat masuk ke gelanggang untuk mengusir golongan suku sakat hantu hantu jahat masuk ke kubur .

Dari kenyataan Hantu Raya sebentar tadi,Hantu Mata Lebam harus dikuburkan kembali dan dimasukkan kedalam keranda besi yang dipateri dengan besi kursani kerana Hantu Mata Lebam sekarang telah menjadi ancaman kepada dunia keseluruhannya . Hantu Raya sangat berharap agar apabila Hantu Mata Lebam ini dikuburkan maka ianya nanti akan hanya kekal sebagai mitos mitos lama sahaja .

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

This is article from Blogger Kickdefella yang aku difahamkan oleh Malaysiakini bahawa beliau telah ditahan oleh PDRM(Polis DiRaja Malaysia) .

Memang aku pelik kalau ada sesapa dlm parti komponen samada DAP,PAS atau PKR yang against dengan wawasan Anwar utk menjadikan 16 Sept sebagai tarikh memasuki Gerbang Malaysia Baru .

Kenyataan Nasharuddin,Mat Sabu dan ada segelintir pimpinan PAS yang seolah olah curiga dengan Anwar tak mendatangkan keuntungan kepada PR walau sebutir apa pun . So,Jawapan Nik Aziz ni memang sangat tepat dengan semangat dan aspirasi rakyat yang resah dan inginkan perubahan dalam negara .

http://kickdefella.wordpress.com/2008/09/15/kenyataan-nik-abdul-aziz-yang-di-haramkan/

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Sep 16, 2008

Total Lie

Aku bersyukur sepanjang hayat hidup aku,dan dah 4 kali aku mengundi,tak pernah aku mengundi wakil yang memuja kebodohan iaitu Bebal Nasional . Cuba lihat kemelut yang berlaku sekarang . Pak Lah hilang punca . Zaid letak jawatan . ISA tak berkesan dan menampakkan kedangkalan mereka menangani isu isu peralihan kuasa . Ahmad Ismail lepas begitu sahaja dan reporter pulak yang kedalam .

Kalau peralihan kuasa tak menjadi kenyataan,kenapa bising dan menggelabah??Kenapa takut nak berjumpa Anwar . Pemimpin besar sepatutnya berani berhadapan dengan sesiapa saja,lebih lebih lagi cucu ulamak dan pemimpin Islam Hadhari .

Kalau peralihan tak menjadi kenyataan,kenapa keluarkan kenyataan berbau ugutan dalam sidang parlimen?

Anwar mungkin bermain politik dengan anda wahai Pak Lah,tapi beliau sekarang sudahpun menjadi ahli parlimen Permatang Pauh . Jawatan itu sama dengan anda . Siapa anda untuk menghalang Anwar mengajak ahli parlimen lain menubuhkan kerajaan baru .

Anda sebenarnya silap wahai Pak Lah,ahli parlimen mempunyai tanggungjawap mereka terhadap rakyat dikawasan mereka . Ahli parlimen sepatutnya mempunyai penghakiman mereka sendiri bagaimana tindakan mereka dapat membantu rakyat dikawasan mereka .

Cuba dengar komen ahli parlimen Bebal Nasional yang kepanasan

" Permainan politik Anwar menyebabkan kesusahan pada rakyat dan mengganggu kestabilan negara "

"Anwar gila kuasa dan gila untuk menjadi Perdana Menteri"

"Kalau ada nama nama yang betul nak melompat,kenapa tak siarkan"

Hahaha..komen bebal orang yang ketakutan . Kalau tak betul kenapa risau?

Aku bersyukur tak menjadi sebahagian drp mereka .

Jawi ialah Masuk Jawi dan Jabatan Agama Wilayah

Ramai kengkawan aku tanya,tindakan membuang tulisan jawi pada tanda nama jalan oleh seorang MP Cina . Jawapan aku,tulisan jawi bukan Islam dan tiada kena mengena dengan Islam . Hurufnya mungkin sama,dan nampak ada signifikan,tapi tiada apa apa pahala yang mutlak diberikan kepada manusia yang memperjuangkan tulisan jawi .

So,apa masalahnya tulisan jawi dikaitkan dengan jatidiri Islam?Islam adalah agama langit,diturunkan oleh tuhan iaitu Allah melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w . Ugama ini disebarkan untuk semua manusia melalui pelbagai tulisan termasuklah tulisan jawi oleh kalangan bangsa Melayu dahulu . So,tak timbul soal kenapa tulisan jawi mesti dipertahankan dengan alasan ianya memperteguhkan Islam . Lagipun,sekarang ini tulisan Rumi lebih releven dengan kehidupan kita .

Ramai umat Islam sungguh terhibur dan terharu jika dapat mendengar bacaan Quran,samada melalui musabaqah al quran,ataupun melalui corong corong speaker atau apa saja medium . Memanglah bagus mendengar bacaan Quran,tapi jangan pula disalahtafsirkan bahawa mendengar Quran boleh menghalang hantu masuk kedalam rumah . Nabi menganjurkan kita mendengar Quran dan memahami ayat ayat dan pengajarannya .

Kesukaan mereka pada lagu lagu quran ini pula akan diperturunkan kepada anak cucu mereka sehinggalah ada yang menghantar anak anak mereka memasuki sekolah Tahfiz Al Quran . Adakah ini salah?langsung tidak salah tetapi seperti membawa kereta BMW yang cantik bodynya tapi enjin nya hanyalah menggunakan enjin proton yang tidak diservis selama 3 tahun . Kosong jika mempelajari Al Quran semata mata kerana sukakan pada hafalannya .

Kita kena kembali kepada asas penurunan Quran sebagai amalan,bukan bacaan . Quran ditulis selepas kematian Nabi dizaman Uthman . Cuba bayangkan bagaimana amal ibadat sahabat sahabat dizaman Baginda?adakah Umar bersila di dalam surau dengan rehal yang meletakkan kulit kulit unta yang ditulis dengan al quran?dizaman Baginda dan sahabat,kehidupan mereka adalah al quran . Quran adalah makanan mereka .

Tapi setelah 1500 tahun Baginda meninggalkan kita,umat Islam mengambil quran sebagai hiburan . Kalau tak percaya,cuba tanya kawan disebelah anda,apa makna ayat ayat Al Fatihah yang dibaca semasa solat . Kalau tak dapat dijawap,cuba tanya pula apakah maknanya ayat yang dibaca semasa rukuk(ini yang paling senang) . Jawapannya hanya 70% atau lebih tidak dapat menjawap . Ini kerana sikap menghafal yang gemar betul diajar oleh umat islam terhadap al Quran .

Cuba lah lihat bagaimana syahdunya umat Islam di Malaysia bertakbir di pagi raya . Cuba lihat apakah ayat ayat yang di takbirkan di pagi raya . Ayat tersebut adalah ayat perjuaangan,ayat kemenangan . Tapi nada umat Islam di Malaysia bertakbir seolah olah bersedih . Entah apa yang disedihkannya pun tak tahulah . Mungkin teringat tentang kepupusan tulisan jawi agaknya . Huhuhu...

So,kenapa Melayu bising sangat pasal tulisan jawi?Mungkin sebab Cina yang buat tindakan tu,maka kita memandangnya dengan pandangan yang bernilai perkauman . Tulisan adalah untuk kefahaman . Jika tulisan jawi menyebabkan ramai manusia tidak faham tentang mesejnya,untuk apa ianya ditulis?

Sep 11, 2008

Puak Anti Tuhan Memulakan Langkah Pertama

Sesiapa yang racist,bagi aku anti tuhan . Sifirnya senang saja,tuhan memandang semua manusia adalah sama . Adalah amat biadab bagi manusia untuk mengkelaskan sesama manusia mengikut warna kulit . Itulah sebabnya sesiapa yang menghidupkan api api perkauman bangsa ialah mereka yang terdiri dari golongan anti tuhan .

Memanglah sekali imbas laungan mereka,contoh nya"Hidup Lembu",seolah olah ingin memperjuangkan bangsa Lembu,tetapi laungan ini hanya diwar warkan apabila tanduk sudah dipegang,kaki sudah diikat kayu dan parang sudah dileher,bersedia untuk dikorbankan . Masa inilah mereka menjerit dengan kuat sekali seolah olah merekalah selama ini pejuang nasionalis bangsa Lembu .

Puak puak biadab ini,melaungkan slogan bangsa apabila tahi telah dilumur kemuka mereka . Sedangkan 50tahun sebelum ini,mereka mengaut kesemuanya dalam tembolok mereka dan anak beranak mereka .

Sekarang haba perkauman sudah mula meningkat . Bukan disebabkan oleh keseluruhan rakyatpun,cuma segelintir lembu lembu biadab yang bukan sahaja anti tuhan,tetapi tidak memahami sejarah negara,tidak memahami tuntutan ugama dan yang sebenar benarnya,sudah mula kehilangan kuasa .

Dulunya kesalahan itu milik seorang pemberita,sekarang ditujukan pula pada sesuatu bangsa dan sesuatu parti . Dan gesaan ini pula sengaja diwar warkan sebagai satu agenda bangsa iaitu bangsa yang memerintah selama 50 tahun ini telah tersepit dan akhirnya akan menjadi hamba dinegara sendiri jika tidak bertindak tegas dengan apa yang sedang berlaku sekarang . What a shame!

Biadab betul perangai lembu lembu yang hidup dalam ketakutan seperti ini

Aku yakin,ini adalah suatu skrip besar untuk menggagalkan perjalanan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya . Aku yakin skrip besar ini akan diteruskan sehinggalah akhirnya impian Pakatan Rakyat untuk memerintah tidak akan berjaya . Betul seperti kata Salahuddin Ayub,pihak tentera sila jangan campur tangan dalam politik . Kerana apa?kerana kita sudah nampak dimana skrip ini akan berakhir jika ianya tidak ditangani dengan betul serta pemikiran yang waras .

Sep 8, 2008

Sejarah Pun Dia Nak Tipu

Ramai yang tak tahu pasal benda ni,eloklah hang semua tgk video ni,dapat sikit gambaran kat mana parti keris masa tu .

1st Video


2nd Video



3rd Video



4th Video