Followers

Nov 1, 2008

If I was Born as A Non Muslim

Cuba letakkan diri anda,lahir sebagai bukan Islam,apa pandangan anda tentang Islam?Tertarikkah anda dengan ugama ini?

Tertarikkah anda melihat amalan,budi pekerti,kehidupan sosial,ilmu,budaya yang ada pada penganut ugama ini?

Anda yang lahir sebagai Islam,adakah anda menerima ugama ini sebagai ugama anda atau hanya mengikut sahaja kerana ianya ugama nenek moyang anda .

Jadi,jika anda rasa ugama ini tiada tarikan,adakah anda rasa amalan umat Islam sekarang adalah amalan yang disarankan oleh para Nabi?

Jika tidak,kenapa masih mengikut acuan lama?kenapa Melayu masih terus menerus dengan amalan yang tidak membawa tarikan pada ugama suci ini?

Melayu ialah sejenis bangsa,tidak pernah ada sangkut pautnya dengan nilai akhlak yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul . Dan Nabi yang bernama Adam,Yusof,Ismail ialah bukan berbangsa Melayu . Jadi,wahai Melayu,jangan taksub dengan bangsa Melayu kerana Nabi bukan Melayu,tidak pernah bercakap bahasa Melayu dan tidak pernah memperjuangkan ketuanan Melayu .

Jika ada suatu surah atau ayat al Quran yang memperjelaskan tentang peri pentingnya memperjuangkan bangsa,sila unjurkan kepada penulis supaya penulis dengan berbesar hati akan bersiap sedia memperjuangkan bangsa pula selepas ini .