Final Champions League baru saja melabuhkan tirai . Apa yang hendak diperkatakan ialah tentang beza kita melihat kepentingan sesuatu perkara . Jika kita selalu terlibat dengan sepak terajang dan organisasi bolasepak Eropah,dan selalu menyaksikan perlawanan bolasepak Eropah,atau apa sahaja sukan di Eropah,kita sudah pasti akan mudah melihat trend ini . Trend yang dimaksudkan ialah trend penglibatan sesuatu golongan atau puak dalam sesebuah organisasi sukan .
Apabila sampai waktu untuk menganugerahkan piala kepada pasukan yang menang,biasanya presiden sesebuah persatuan;contoh disini ialah Presiden UEFA iaitu Michel Platini akan di beri penghormatan untuk menyampaikan medal dan piala . Walaupun perlawanan ini diadakan di Italy,tetapi kehadiran Perdana Menteri Itali iaitu Berlusconi dan kehadiran putera Wales iaitu William tidak dapat menafikan kepentingan Platini sebagai bos besar kesatuan bolasepak Eropah . Jadi,tidak ada sesiapa yang layak untuk memberi medal dan piala melainkan dia walaupun Perdana Menteri tuan rumah juga hadir .
Cuba bawak diri anda ke sebuah negara BolehLand . Siapakah yang anda dapat teka akan hadir memberikan hadiah?Kalau sukar sangat untuk membayangkan susuk yang menyempil untuk memberikan hadiah ini,anda tunggu sahaja apabila sesebuah pasukan negeri atau kelab memenangi kejohanan bolasepak seperti Liga Super,anda pasti akan melihat susuk ini beriya iya menonjolkan diri(kadang kadang ia diarak pula dengan kenderaan sewaktu meraikan kemenangan dalam sesuatu kejohanan) untuk membuktikan bahawa beliaulah yang memberikan banyak sumbangan idea dan segala galanya dalam memajukan sukan . Padahal,susuk susuk ini adalah manusia politik yang diangkat secara automatik menjadi presiden atau penasihat sesebuah persatuan . Mereka ini kadang kadang kosong jiwa dan wacana dalam membangunkan sukan tetapi atas dasar politik bangkrap jiwa,maka mereka diangkat menerajui persatuan sukan dan tersengih seperti beruk apabila pasukan mereka memenangi sesebuah kejohanan .
Kalau anda rajin meneliti organisasi sesebuah pasukan bolasepak Eropah,anda pasti menemui nama nama besar dalam bolasepak yang menerajui kelab tersebut . Dan yang pastinya,susuk susuk manusia politik tidak diperlukan untuk memajukan bolasepak . Dan ada juga susuk susuk seperti ini memperkenalkan program kononnya untuk mencari bakat bakat baru,tapi semuanya kosong dan tinggal baunya yang tengik sahaja .
Jadi,pelikkah anda jika pasukan bolasepak Malaysia menduduki ranking ke seratus berapa ntah....
May 28, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)