Followers

Sep 20, 2008

Fatwa Terkini-Pasar Ramadan amalan SESAT

Sesat,umat sudah jauh sesat .

Pasar Ramadan . Benda ni tak wujud dizaman Nabi ataupun sahabat . Dan kewujudannya pun mungkin paling meriah di negara Boleh Land ini sahaja .

Cuba intai semula,kenapa kita disuruh puasa . Supaya meninggalkan makanan dan lain lain benda yang "sedap" . Tapi umat melayu(bukan Islam-buat rosak nama Islam sahaja),puasa dijadikan medan mencari kueh yang paling sedap,hotel yang paling murah juadah buffetnya,makanan apa yang dah lama tak makan dan kemuncaknya bergaya sakan dihari raya sambil melangsaikan semua duit yang ada . Berpuasa sudah jadi ritual atau amalan,bukan suruhan tuhan yang mendatangkan nilai pembaikan kepada kehidupan umat .

Sepatutnya di bulan puasa,kita diajar melupakan makanan dan makanan harus dijadikan agenda paling corot dalam kehidupan kita . Sepatutnya dibulan puasa ini,kompas hidup kita diajar menoleh kearah lain yang dibulan bukan Ramadan,kita tidak melakukannya .

Apa yang kita tidak lakukan dibulan bukan Ramadan?Banyak sangat . Contohnya bersedekah secara kerap,membantu golongan warga tua dan anak yatim,membantu menyelesaikan masalah sosial,membantu golongan OKU,berjumpa dan berbincang tentang masalah jenayah di kawasan kita,membantu muda mudi yang ingin berkahwin tapi tak mampu,membantu para pelajar yang memerlukan bantuan dan mcm mcm lagi masalah umat Islam .

Tapi kita buat atau tidak?

Tentulah tak buat sebab kita sibuk makan dan sibuk tempah baju raya .

Apa yang kita fokus di bulan Ramadan ni biasanya ialah agenda nak berbuka dan kemudian pergi bertarawikh . Kalau dapat bertarawikh 20 kali dah dikira sangat besar amalannya . Bila tiba 10 malam terakhir,para Khatib akan mengingatkan kita betapa malam lailatul qadar sangat sangat ditunggu oleh umat Islam .

kalau dah hidup 65 tahun,takkan malam lailatul qadar kita boleh lupa . So,kenapa nak ingatkan lagi?perlu ke?

Cubalah tok khatib tu bawak pemikiran umat islam ini meneroka agenda lain untuk umat yang lebih terkehadapan dan sofistikated . Zaman sekarang zaman blog dan myspace,tapi adakah umat islam menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menyebarkan kebaikan yang ada dalam Islam?

jawapannya tidak sebab kita terlalu mementingkan makan di bulan Ramadan .

5 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Terima kasih kerana menerbitkan artikal ini, sungguh dalam maksudnya dan bermakna.. semperna di bulan ramadan ini..ramai yang dah leka...

Salam mesra...

Hope said...

Yup, I agree. Kita agaknya dah jauh menyimpang dari maksud sebenar Ramadhan. Tidak ada langsung kesederhanaan. I would go as far as Pasar Ramadhan tu amalan sesat, tapi saya juga taksetuju bab pembaziran dan berlebih lebihan.

Kadang2 saya terfikir, adakah kita ini benar benar faham agama kita atau kita ikut2 sahaja apa yang orang lain buat, tanpa memahami dengan lebih dalam.

entahlah...

TukunNegara said...

memang kita dah jauh menyimpang . sepatutnya amalan kita paling kurangpun mengajar henerasi akan datang supaya tidak memuja makanan . Kalau boleh,ajarkan mereka supaya berbuka hanya dengan sejemput nasi dan dua biji kurma . Barulah mereka akan terasa benar beginilah susahnya jika tiada makanan . BUkan spt sekarang,pergi ke pasar ramadan dan melayan nafsu serakah untuk makan apa sahaja yang sedap dilihat . kemudian tertidur disofa kekenyangan .

TukunNegara said...

bukan saja leka fazrul,tapi amalan yg sepatutnya ibadat dah jadi adat . sepatutnya perkataan "SABAR" dibulan ramadan ialah sabar melawan nafsu nak merasai makanan yg sedap sedap . Jika boleh,pasar ramadan dihapuskan terus kerana nak mengajar umat islam bersabar dari menikmati makanan yg sedap sedap .

kayda said...

Ya betul..yang aku peliknye Amin...org Melayu Islam ni dengan anak yatim + ibu tunggal pun dengki..nak membantu pahit skali... hiii geram sungguh aku..