Followers

Sep 19, 2008

Kawan Punya Hal

Ada kawan aku,pompuan...tengok gambar gambar aku pergi perhimpunan rakyat,Protes dan Countdown to 16 Sept . Dia tak suka . Ntah apa yang dia tak suka aku pun tak tahu . Aku maafkan dia sebab dia cun :)

Dia tak suka agaknya sebab aku sokong Anwar . Aku tak tau kenapa . Tapi ramai Melayu macam ni . Ikut ikutan . Bila tanya kenapa tak mahu sokong Anwar,mereka akan jawap,Anwar gila kuasa,ejen bangsa tu,bangsa ni,Anwar gila nak jadi PM,Anwar punca negara tak stabil dll .

Inilah sikap bangsa Melayu . Ikut ikutan . Nak kata Anwar ada salahguna kuasa,mana dia?Kalau ada,dah lama kena .

Melayu sebab lama sangat makan belacan dan baca suratkhabar sewel,sebab tu susah nak fikir dua hala . Yang jadi haru,bila jatidiri lemah,dia nak salahkan bangsa lain . Padahal,dah umur 60 tahun pun masih tak boleh bezakan pemimpin bersih dengan pemimpin suku sakat dan pelahap duit rakyat .

Aku kesian kat kawan aku ni . Sebab alasan dia,dia nak negara aman je . Aku tanya semula,siapa nak negara kacau bilau?ada ke?

So,wahai Melayu,jangan suka pikir pasal hantu . Dari kecik kita ajar anak kita takutkan tempat gelap kononnya hantu . Sebab tu Melayu takut pada benda yang tak nampak .

Lepas ni Melayu semua tolong banyakkan baca tafsir Quran . Jangan pandai je nak bubuh nama anak Muhammad Adam Isa,tapi bila kena goreng dengan pemimpin pelahap,terus nganga tak boleh jawap . Sedih tau!

7 comments:

Hope said...

Saya setuju. Bukan semua melayu macam tu, tapi memang ada yang susah untuk berfikir outside the box. Semuanya ikut without thinking, without reasoning.

Mungkin tiba masanya kita ubah mentaliti, ubah cara berfikir. Negara takkan aman kalau kita ikut je telunjuk orang.

TukunNegara said...

i tau,bkn semua . cuma bila kita argue dengan mereka,baru kita tau sikap mereka . berfikir selagi berada dilandasan moral dan ugama sangat digalakkan . ayat ayat tuhan diturunkan utk kita berfikir,bukan untuk digantung dirumah sebagai tangkal . thats why im always saying that,kalau ugama yg tuhan beri pada kita tak bawak kepada kemajuan,sebagaimana zaman nabi dan sahabat dulu yang boleh menakluk Rom dan Parsi,itu maknanya amalan kita mungkin tersilap dan cara kita berfikir ada yang sumthing wrong .

Hope said...

ya, kebanyakan mereka tak pernah mahu berfikir lebih dalam, tak pernah mahu membuat analisis, hanya menerima apa yang ada didepan mata dan tidak bergerak secara progressive.

from what i see, kebanyakkannya selalu mahu berada di comfort zone, dah rasa selesa dan taknak berubah dan mencari perubahan.

TukunNegara said...

sebenarnya comfort zone mereka itu ialah ciptaan mereka sendiri . agaknya jika mereka keluar dari tempurung mereka,barulah mereka sedar bahawa comfort zone mereka itu ialah 1/10000 dari comfor zone yang sebenarnya :)

thats why i called Malays is a unprogressive race . wpun bukan semua,tapi ramai . ini sebab mereka selalu diajar supaya mentaati dan obey pada benda yang bukan sepatutnya . sistem pembelajaran mereka yang tidak menguji minda menyebabkan mereka jd lembab dan kurang berfikir .

malas membaca pun satu hal . dia org tak tahu rajin membaca boleh membakar kalori . hahaha..

siku lipat said...

nice one

Unknown said...

"Nak kata Anwar ada salahguna kuasa,mana dia?Kalau ada,dah lama kena"

untuk pengetahuan adik, pada tahun 1998 ds anwar dipenjarakan sebab menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan kuasa utk mengganggu siasatan polis.
akhirnya pihak mahkamah mendapati pendakwaan tak dapat membuktikan tarikh dan masa tepat beliau melakukan liwat, oleh itu dilepaskan. tapi mahkamah mendapati berlakunya aktiviti liwat. sebab teknikal, dia hanya dipenjarakan sebab mengganggu siasatan polis yg dia sendiri minta.
ds anwar mmg tahu menggunakan org macam adik ni. sokong membabibuta, tak fikir masak2. lagi satu, pasar malam ajaran sesat? masya-Allah...sapa laa yg buat fatwa nih.

TukunNegara said...

helo nazriq
tuhan bagi otak sila guna,nanti jatuh kufur nikmat pulak .

u tau tak beza salahguna kuasa dan rasuah?guna kuasa untuk ganggu siasatan polis?selama ni polis kat bawah siapa?polis bawah menteri dalam negeri . so,tak pernah ke polis diganggu menteri?

anwar disabitkan kesalahan sebab mahazalim mau dia disabitkan kesalahan,itu aje

jangan lah nak menegakkan benda yang dah layu , isu liwat ni hanya perbincangan mat bengong dan mat bahlol aje yg layak menbincangkannya . tanyalah sapa sapa pun,takde sapa nak pecaya kecuali 3 golongan ,

1 . golongan pelampau umno yang jilat menjilat adalah kerja mereka

2 . makcik,pakcik tua yang otai lagi buta huruf dan buta hati serta tiada internet dirumah yg menjadikan rtm dan tv3 sebagai Quran

3 . golongan pengampu yang nak dpt projek

hanya 3 golongan ni yang percaya dan buat buat percaya .

sama mcm kes tun saleh abas,masa mahazalim berkuasa,smua menteri dan penjilat angguk sokong kata benda tu betul . nah,skrg bila dah mahazalim takde,smua org cakap benda tu salah..

so,tlg guna mata,otak dan telinga .