Followers

Jul 18, 2009

Hobbit Vs Uruk Hai



Senyum meleret satu Malaysia bila pasukan Malaysia hampir seri dengan MU petang tadi . Teringat pulak penghuni penjara yang pada satu-satu masa kadang-kadang dapat hiburan dari artis tempatan seperti Jamal Abdillah yang menyumbangkan suara di penjara . Inilah situasi penduduk Malaysia yang dapat hiburan sekali sekala apabila konon konon hampir nak menumbangkan MU . Seperti penghuni penjara,saat dapat mendengar suara Jamal,hilang sekejap kesengsaraan yang dialami selama terkurung di dalam . Tetapi selepas Jamal selesai mengadakan persembahan,mereka akan kembali ke dalam sel-sel penjara dan menonton jeriji besi sambil terkenang apa yang sepatutnya dikenang . Beginilah keadaan penonton Malaysia yang menonton persembahan MU menentang Malaysia pada petang tadi .

Ada sesuatu yang membanggakan apabila menonton begitu ramai peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil . Ianya lebih ramai dari di Old Trafford sendiri . Stadium penuh dan padat . Tetapi siapakah mereka ini ? Mereka ini sudah tentu bukan peminat Malaysia kerana 80% dari mereka memakai jersi berwarna merah . Adakah mereka ini peminat bolasepak MU atau hanya peminat kelab bolasepak MU?Kebanyakan dari mereka adalah peminat kelab,mereka bukan peminat bolasepak . Malahan mungkin ada yang masih belum tahu bagaimanakah off-side boleh berlaku dalam sesuatu perlawanan .

Agak musykil kerana apabila mendengar suara pengulas yang memuji pasukan Malaysia dengan pujian yang amat tinggi . Apakah mereka menilai sesuatu dengan jumlah gol yang tertera?Sedangkan sebahagian besar permainan,bola hanya berada di kawasan Malaysia . Dan dua biji gol yang dijaringkan oleh Malaysia bukanlah sesuatu gol yang boleh dibanggakan,cuma gol pertama sahaja ianya dilihat agak bijak,tetapi bukan suatu gol yang dicipta oleh suatu pergerakan yang mantap . Gol kedua adalah jelas kesilapan MU yang kelihatan letih,dan kurang motivasi serta beraksi dibawah tahap sebenar(lagipun untuk apa bersungguh sungguh..)

Akhbar-akhbar esok hari sudah tentu akan memberikan pujian melangit kepada pasukan Malaysia(sikap yang membunuh sesuatu sukan) . Dan pujian sebegini sebenarnya tidak akan membawa pasukan Malaysia kemana mana . Lihat dimana kita sekarang berbanding Korea,Jepun,Iran,China dll . Dan kita pula selepas ini hanya menumpukan kepada Sukan SEA(sukan yang tidak ada nilai dimata sesiapa) . Pasukan Malaysia tidak akan kemana mana 20 tahun dari sekarang jika kemampuan kita diukur dari perlawanan dengan MU . Lihatlah liga tempatan yang bercelaru . Tidak pernah didengar ada pasukan yang ingin menarik diri dari Liga,tapi ianya terjadi dalam Liga Superb(konon) di Malaysia .

Kenapa setiap kali kita melihat pasukan Malaysia beraksi,kita terasa ingin muntah? Apakah kerana wajah pemain mereka tidak sekacak David Beckham?Atau badan mereka tidak secantik badan Cristiano Ronaldo?Sebenarnya semua ciri ciri yang ada dalam bolasepak Malaysia memualkan . Dari pengurusan FAM,pengurusan Liga,personaliti dalam FAM dan individu yang bermain dalam pasukan Malaysia,semuanya dibawah piawaian antarabangsa . Dimanakah didalam dunia yang bertamadun,liganya masih berjalan sewaktu satu dunia menonton Piala Dunia?Sangat kelakar apabila mengenangkan pemain kelab-kelab di Malaysia berhempas pulas bertanding dalam liga tempatan sewaktu satu dunia sedang khayal menyaksikan pertandingan Piala Dunia . Disini sahaja kita boleh mengenalpasti mentaliti pengurusan FAM .

Selagi tidak ada program membina pemain dari umur 5 tahun,bolasepak Malaysia tempatnya di dalam tong sampah . Lebih kelakar,pemain yang berumur 23 tahun digelar pemain remaja . hahaha..Lihatlah pemain Malaysia yang fizikal mereka seperti Hobbit . Sudahlah kenit,lembik pula . Sekali ditolak oleh pemain MU,terpelanting . Apabila bersalam dengan Berbatov,seolah olah macam budak kecik dapat duit raya daripada ayahnya . Walaupun saiz bukan perkara utama didalam bolasepak,tetapi apabila melihat mereka berlari,kita sudah tahu ianya perlahan yang teramat . Apabila kita melihat mereka bersaing menggunakan badan,kita tahu mereka akan tewas . Teringat membaca majalah bolasepak pada tahun 1982 sewaktu Piala Dunia,dimana Zico menjadi bintang utama . Zico dibesarkan di kawasan setinggan,dengan badan yang kurus dan kecil bermain bola di kawasan setinggan . Tetapi ada kelab tempatan yang nampak bakat beliau,telah membawa beliau ke kelab bolasepak disitu,dan mula memberikan suntikan hormon dan vitamin yang cukup supaya beliau mempunyai badan yang tegap dan dapat bersaing sebagai seorang pemain bolasepak . Ini juga terjadi pada Lionel Messi yang mengalami masalah bantut . The rest is history .

Kecelakaan utama dalam bolasepak Malaysia ialah pemilihan orang-orang yang mengendalikannya . Lihatlah susuk yang ada didalam nya . Kenapakah orang politik perlu ada tanggungjawap dalam bidang sukan?Apa faedahnya dan hasilnya telah kita lihat . Kenapa ada manusia yang tidak mahu melepaskan jawatan walaupun tahap ranking pasukan Malaysia di ranking FIFA begitu teruk dan semakin teruk .

Kesian rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak . Mungkin ada rakyat Malaysia yang lahir dengan bakat yang mengkagumkan,tetapi bakat ini berkubur kerana pengurusan FAM yang tidak punya perspektif dan arah tujuan . Mujur kita ada stadium yang besar,sekurang-kurangnya MU akan pulang dengan memori indah ramainya peminat MU di Malaysia .

Jul 17, 2009

Ada Rakyat Mati Hari Ini

Ada rakyat mati hari ini
Bunuh diri
Mana kau tahu dia bunuh diri?
Aku tahulah sebab tiba tiba dia mati

Ada rakyat mati hari ini
Bunuh diri
Surat kabar cakap dia terjun berdiri
Saksi cakap ada yang tolak dari tepi

Masuk pejabat pagi sihat
Keluar malam dah jadi mayat
Mana rakyat tak hati hangat
Rakyat dah mula meluat

Nape pulok nak bunuh diri
Bukan dia kalah judi
Bukan berniaga dia rugi
Esok pun dah nak jadi suami

Nape pulok nak bunuh diri
Ingat nyawa boleh tukar ganti?
Takdok sebab nak jadi bebal begini
Cuma mungkin ada orang yang sakit hati

Ada rakyat mati hari ini
Terbunuh sendiri
Dulu ada orang tumbuk mata sendiri
Macam cerita pari pari :P

Ada rakyat mati hari ini
TerTerjun sendiri
Macam terjun bungy
Ada orang sebelah sana suka hati

Mati Cepat Mati Cepat
Cara senang guna CEmpat
Cara susah suruh dia lompat
Lepas tu buat buat terkujat

Kami semua sepakat
Kami tentang kerja jahat
PR buat BN buat
Semua nanti kami lipat


Sajak diatas tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah mati atau yang akan dimatikan .

Sekian dimaklumkan

Lama Sudah Tidak Di Sembur

Ahad petang pada 19 Julai 2009,ada gesaan berkumpul di Stadium Kelana Jaya,sila klik tajuk diatas untuk penjelasan lanjut

Kepada yang berminat sahaja . Kalau berminat pergi shopping di Sogo atau berkaraoke bersama keluarga pada petang Ahad,sori jangan datang . Buat menyusah je .

Teoh Beng Hock - Bunuh Diri,Mabuk atau Sewel


Dibawah ini adalah tanda-tanda bunuh diri yang di salin dari internet . Anda perlu membacanya supaya pemikiran anda dibawa kearah yang lebih logik apabila berhadapan dengan kes bunuh diri yang skrg tengah panas diperkatakan . Apabila membacanya,diharap kita tidak akan mudah membuat kesimpulan bahawa seseorang akan mengambil nyawanya hanya selepas disiasat selama beberapa jam .



Warning Signs for Suicide


The following are possible warning signs of suicide:

talking about dying: talk of disappearing, jumping, shooting oneself or other expressions of self-harm.

recent loss: death, divorce, a broken relationship or loss of a job can all lead to thoughts of suicide or suicide attempts. Other losses that can be indicative of suicide include loss of religious faith and a loss of interest in one's friends or activities the individual once enjoyed.

change in personality: the individual may exhibit unusual signs of fatigue, indecisiveness or anxiousness.

change in behavior: lack of concentration in work, school or everyday activities, such as household chores.

change in sleeping patterns: oversleeping, insomnia and other types of sleep disturbances can be suicide signs and symptoms.

change in eating habits: loss of appetite or an increased appetite; other changes can include increased or decreased weight.

decreased sexual interest: such changes can include impotence or irregular or missed periods.

low self-esteem: this suicide symptom can be exhibited through emotions such as shame, inferiority or self-hatred.

fear of loss of control: the individual worries about losing her sanity and about harming either herself or others.

lack of hope for the future: another suicide warning sign is that the individual feels that there is no hope for the future and that things will never improve.

Some other suicide warning signs include previous suicide attempts, a history of substance or alcohol abuse, excessive spending, hyperactivity, restlessness or lethargy.

Ok,sekarang anda sudah jelas,secara teorinya, kelakuan bunuh diri mesti mempunyai simptom atau tanda tanda . Dan semua benda didunia mempunyai tanda tanda semulajadi apabila berlakunya satu perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain . Apabila lapar,tanda perut berbunyi akan berlaku,apabila terlalu bersedih,tanda tanda kemurungan akan wujud di wajah . Begitu jugalah tanda tanda yang sepatutnya wujud kepada seseorang yang ingin membunuh diri .

Membunuh diri bukanlah kerja yang senang kerana kematian adalah sesuatu yang menakutkan . Lebih lebih lagi jika anda hidup dalam keadaan yang normal iaitu anda sihat,anda mempunyai pekerjaan,keluarga yang baik dan lebih lebih lagi anda telahpun merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihan anda .

Jadi,rencana ini ingin membawa anda berfikir,kenapa terjadinya bunuh diri kepada seseorang . Dan jika kesimpulan bunuh diri yang di tujukan kepada seseorang yang telah mati itu tidak benar,apakah yang sebenarnya terjadi sehingga nyawa seseorang itu tercabut dari badan .

Berbalik kepada kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan MACC, yang kemudiannya di war-warkan membunuh diri , mari kita selidik apakah tanda tanda 'akan membunuh diri' ini wujud pada diri beliau sebelum ini . Berdasarkan kepada teori diatas,mari kita tanyakan beberapa perkara ;


1 . Adakah beliau sebelum ini mengalami tekanan yang melampau sehingga beliau hilang kawalan diri,beliau jadi tidak fokus,kecewa yang teramat sehingga membawa kepada mengambil nyawa sendiri?

2 . Adakah beliau sebelum ini selalu mengalami perubahan sikap atau habit seperti yang disebutkan diatas?

3 . Adakah keluarga atau rakan-rakan beliau sebelum ini menyedari bahawa simptom simptom membunuh diri telah wujud pada diri beliau dan tidak melaporkan kepada pihak yang lebih pakar dalam menguruskan masalah ini?

Jika perkara perkara sebegini tidak wujud,kenapa perlu beliau membunuh diri?Dan kenapa perlu pergi ke satu pejabat dimana beliau seharusnya membantu dalam suatu siasatan dan akhirnya mengambil nyawa beliau disana .

Walaupun tidak dapat dibuktikan secara hakiki bahawa setiap mangsa bunuh diri akan meninggalkan nota bunuh diri,tetapi kebanyakan kes bunuh diri lahir dari kehilangan harapan untuk hidup dan mangsa akan menulis sesuatu supaya akhirnya keluarga atau rakan-rakan dan orang tersayang tahu kenapa tindakan seperti itu diambil .

Jika kita lihat di negara ini yang mengamalkan sikap 'penahanan tanpa bicara' , mangsa-mangsa yang telah ditahan bertahun tahun tidak banyak yang membunuh diri walaupun kita tahu bahawa sudah tentu hidup yang terkurung seperti binatang itu lebih membawa tekanan kepada mereka . Jadi,kenapakah manusia normal seperti Teoh Beng Hock ingin membunuh diri?

Jika kita benar-benar percaya bahawa tidak mudah untuk membunuh diri dan kita percaya bahawa seorang insan yang bernama Teoh Beng Hock ini tidak membunuh diri,bermakna kita percaya bahawa sesuatu telah berlaku ke atas beliau sehingga mengakibatkan kematian beliau .

Tidak perlu menggunakan teknologi CSI untuk mendapatkan prima facie dalam kes ini . Mungkin kita boleh mengatakan bahawa beliau terjatuh dari tingkap . Tapi adakah Teoh seorang yang sewel dan mabuk untuk boleh secara tiba tiba jatuh dari tingkap?Ini adalah persoalan logik akal yang tak perlu dibahaskan . Dan tidak mungkin Teoh akan meminum Beer sehingga mabuk sebelum disoal siasat oleh pihak MACC .

Oleh itu,jika beliau tidak membunuh diri,maka kita harus percaya bahawa nyawanya diambil oleh sesuatu yang lain . Apakah motifnya??,itu bukanlah sesuatu yang dapat kita selesaikan dalam masa satu hari . Ianya memerlukan satu siasatan yang telus dan ikhlas untuk memberikan rasa pertanggungjawaban kepada semua rakyat .