Followers

Jul 18, 2009

Hobbit Vs Uruk Hai



Senyum meleret satu Malaysia bila pasukan Malaysia hampir seri dengan MU petang tadi . Teringat pulak penghuni penjara yang pada satu-satu masa kadang-kadang dapat hiburan dari artis tempatan seperti Jamal Abdillah yang menyumbangkan suara di penjara . Inilah situasi penduduk Malaysia yang dapat hiburan sekali sekala apabila konon konon hampir nak menumbangkan MU . Seperti penghuni penjara,saat dapat mendengar suara Jamal,hilang sekejap kesengsaraan yang dialami selama terkurung di dalam . Tetapi selepas Jamal selesai mengadakan persembahan,mereka akan kembali ke dalam sel-sel penjara dan menonton jeriji besi sambil terkenang apa yang sepatutnya dikenang . Beginilah keadaan penonton Malaysia yang menonton persembahan MU menentang Malaysia pada petang tadi .

Ada sesuatu yang membanggakan apabila menonton begitu ramai peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil . Ianya lebih ramai dari di Old Trafford sendiri . Stadium penuh dan padat . Tetapi siapakah mereka ini ? Mereka ini sudah tentu bukan peminat Malaysia kerana 80% dari mereka memakai jersi berwarna merah . Adakah mereka ini peminat bolasepak MU atau hanya peminat kelab bolasepak MU?Kebanyakan dari mereka adalah peminat kelab,mereka bukan peminat bolasepak . Malahan mungkin ada yang masih belum tahu bagaimanakah off-side boleh berlaku dalam sesuatu perlawanan .

Agak musykil kerana apabila mendengar suara pengulas yang memuji pasukan Malaysia dengan pujian yang amat tinggi . Apakah mereka menilai sesuatu dengan jumlah gol yang tertera?Sedangkan sebahagian besar permainan,bola hanya berada di kawasan Malaysia . Dan dua biji gol yang dijaringkan oleh Malaysia bukanlah sesuatu gol yang boleh dibanggakan,cuma gol pertama sahaja ianya dilihat agak bijak,tetapi bukan suatu gol yang dicipta oleh suatu pergerakan yang mantap . Gol kedua adalah jelas kesilapan MU yang kelihatan letih,dan kurang motivasi serta beraksi dibawah tahap sebenar(lagipun untuk apa bersungguh sungguh..)

Akhbar-akhbar esok hari sudah tentu akan memberikan pujian melangit kepada pasukan Malaysia(sikap yang membunuh sesuatu sukan) . Dan pujian sebegini sebenarnya tidak akan membawa pasukan Malaysia kemana mana . Lihat dimana kita sekarang berbanding Korea,Jepun,Iran,China dll . Dan kita pula selepas ini hanya menumpukan kepada Sukan SEA(sukan yang tidak ada nilai dimata sesiapa) . Pasukan Malaysia tidak akan kemana mana 20 tahun dari sekarang jika kemampuan kita diukur dari perlawanan dengan MU . Lihatlah liga tempatan yang bercelaru . Tidak pernah didengar ada pasukan yang ingin menarik diri dari Liga,tapi ianya terjadi dalam Liga Superb(konon) di Malaysia .

Kenapa setiap kali kita melihat pasukan Malaysia beraksi,kita terasa ingin muntah? Apakah kerana wajah pemain mereka tidak sekacak David Beckham?Atau badan mereka tidak secantik badan Cristiano Ronaldo?Sebenarnya semua ciri ciri yang ada dalam bolasepak Malaysia memualkan . Dari pengurusan FAM,pengurusan Liga,personaliti dalam FAM dan individu yang bermain dalam pasukan Malaysia,semuanya dibawah piawaian antarabangsa . Dimanakah didalam dunia yang bertamadun,liganya masih berjalan sewaktu satu dunia menonton Piala Dunia?Sangat kelakar apabila mengenangkan pemain kelab-kelab di Malaysia berhempas pulas bertanding dalam liga tempatan sewaktu satu dunia sedang khayal menyaksikan pertandingan Piala Dunia . Disini sahaja kita boleh mengenalpasti mentaliti pengurusan FAM .

Selagi tidak ada program membina pemain dari umur 5 tahun,bolasepak Malaysia tempatnya di dalam tong sampah . Lebih kelakar,pemain yang berumur 23 tahun digelar pemain remaja . hahaha..Lihatlah pemain Malaysia yang fizikal mereka seperti Hobbit . Sudahlah kenit,lembik pula . Sekali ditolak oleh pemain MU,terpelanting . Apabila bersalam dengan Berbatov,seolah olah macam budak kecik dapat duit raya daripada ayahnya . Walaupun saiz bukan perkara utama didalam bolasepak,tetapi apabila melihat mereka berlari,kita sudah tahu ianya perlahan yang teramat . Apabila kita melihat mereka bersaing menggunakan badan,kita tahu mereka akan tewas . Teringat membaca majalah bolasepak pada tahun 1982 sewaktu Piala Dunia,dimana Zico menjadi bintang utama . Zico dibesarkan di kawasan setinggan,dengan badan yang kurus dan kecil bermain bola di kawasan setinggan . Tetapi ada kelab tempatan yang nampak bakat beliau,telah membawa beliau ke kelab bolasepak disitu,dan mula memberikan suntikan hormon dan vitamin yang cukup supaya beliau mempunyai badan yang tegap dan dapat bersaing sebagai seorang pemain bolasepak . Ini juga terjadi pada Lionel Messi yang mengalami masalah bantut . The rest is history .

Kecelakaan utama dalam bolasepak Malaysia ialah pemilihan orang-orang yang mengendalikannya . Lihatlah susuk yang ada didalam nya . Kenapakah orang politik perlu ada tanggungjawap dalam bidang sukan?Apa faedahnya dan hasilnya telah kita lihat . Kenapa ada manusia yang tidak mahu melepaskan jawatan walaupun tahap ranking pasukan Malaysia di ranking FIFA begitu teruk dan semakin teruk .

Kesian rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak . Mungkin ada rakyat Malaysia yang lahir dengan bakat yang mengkagumkan,tetapi bakat ini berkubur kerana pengurusan FAM yang tidak punya perspektif dan arah tujuan . Mujur kita ada stadium yang besar,sekurang-kurangnya MU akan pulang dengan memori indah ramainya peminat MU di Malaysia .

5 comments:

Hope said...

sure TukunNegara.. sorry i accidentally deleted your comment on my blog..

TukunNegara said...

tak suka i lah tu...takpelah :P
how do i emel u?

Hope said...

why dont you post on your blog? isnt that better? semua orang boleh baca..

digi dude said...

kesian shazi. tak pasal2 kene kutuk. keh keh keh.

Anonymous said...

politcks politics...

I hope he can become a monk one day

and follow the footstep ofb