Followers

Feb 27, 2012

Shaiful Bahari Bin Kulup memenangi F1

Sepanjang aku berkenderaan diatas jalan di negara Melayu ni,aku lihat Melayu memang sukakan kebisingan.Bagi Melayu,kebisingan signifikan dengan kelajuan.Tapi ini teori lembu Melayu saja agaknya.Aku selalu nampak kereta hebat Melayu iaitu Proton diubahsuai terutamanya dibahagian ekzos untuk melahirkan bunyi yang memekakkan telinga.Kebanyakan kereta yang diubahsuai ini tidaklah berkuasa sangatpun,cuma bunyinya sahaja gah,tetapi rupa parasnya huduh dan kelajuannya sekadar so-so aje.

Bukan sahaja kereta,motosikal kapcai juga selalu diubahsuai untuk menghasilkan bunyi bising yang menyakitkan jiwa.Ntah kenapa,aku masih tidak memahami situasi yang mengatakan bahawa bising itu nikmat dan signifikan dengan kelajuan.Yang aku selalu nampak,kereta-kereta hebat seperti BMW dan Mercedez Benz tidak pula menyakitkan telinga.

Memang lucu perangai Melayu.Memang mereka gemar dengan kelajuan dan ubahsuai,tetapi sehingga ke hari ini,belum pernah aku melihat Nizam Bin Ahmad atau Shaiful Bahari Bin Kulup memenangi F1 atau pun Grand Prix 250cc.None,Nil,Zero..tak mungkin dalam 50 tahun lagi..NEVER!

Bila difikirkan perangai Melayu sebegini,geli aku melihatnya..

Feb 23, 2012

Falsafah Riba-Baru Kepala Otak Aku Berjalan

Aku telah mendengar perihal riba dalam sebuah radio berlabel Islam baru-baru ini.Sebenarnya aku skeptikal dengan masalah riba di Msia kerana persoalan riba tidak pernah dibahaskan secara mutlak dan diperhalusi secara praktikal untuk memudahkan umat Islam memahami Riba.

Sering kita dengar pengamal Riba akan diperangi oleh Allah dan Rasul.Menakutkan.Tapi aku dan hampir semua umat Islam di Malaysia ialah pengamal "Riba" secara tegar.Maklumlah,debu-debu riba tidak dapat dielakkan.,maka nak tak nak,riba tetap terkena kepada kita.

Mana tidaknya,sebelum wujudnya sistem yang di gelar kewangan Islam,kita semua berurusan dalam sistem Kafirun iaitu yang tidak Islamik.Semasa sistem Islam tidak wujud,tidak pula umat Islam tergedik-gedik merasakan bahawa sistem yang dianuti mereka adalah sistem kafirun.Mereka semua "layannnn" sahaja kerana itulah sahaja sistem yang ada.

Apabila wujudnya sistem berlabel Islam,maka tergedik-gediklah sekali lagi umat Islam untuk menganuti sistem Islam yang kononnya ada sedikit jaminan syurga jika berurusan dengannya.Tetapi bila ditanya secara umum apa beza sistem Islam dengan Kafirun,ramai yang hanya menjawap,bezanya ialah AKAD nya sahaja.Roh kepada sistem "Islam" itu sendiri entah kemana.Kenapa?

Contoh mudah,sistem Islam ialah berpaksikan jual beli,contohnya kalau kita membeli sebuah rumah,menggunakan sistem Islam,urusan jual beli itu akan di olah seperti kita membeli rumah daripada bank,iaitu bank adalah pihak yang menjual.Ianya tidak sama dengan sistem Kafirun dimana bank-bank hanyalah pihak pembiaya yang mengenakan cas tambahan yang kita semua umat Islam takutkan iaitu Riba.

Tapi ini smua hanyalah retorik semata.Label Islam tidak menjanjikan roh Islam yang berpaksikan keadilan sejagat dan tiada penganiayaan.Contoh mudah,seorang sahabatku membuat pinjaman secara Islam,dengan nama pinjaman berlabel Islam walaupun diuruskan oleh bukan Islam,konon-kononnya bank adalah penjual rumah dan sahabatku adalah pembeli rumah.Apabila rumah tersebut ditinggalkan oleh pemaju selama 10 tahun tanpa dapat disiapkan,bank tidak mahu bertanggungjawap dan berlagak pula seolah-olah lebih Islam dengan menuntut hutang yang dikatakan dibuat oleh pembeli.Sedangkan mengikut konsep jualbeli Islam,penjual iaitu pihak bank haruslah mempunyai rumah tersebut untuk dijual kepada pembeli..

Inilah namanya retorik berlabel Islam.

Oleh itu,harus aku ceramahkan apa itu falsafah riba dari penerangan didalam radio berlabel Islam tersebut.Mengikut penerangan dari ustaz tersebut,kenapakah dosa riba seperti berzina dengan ibu sendiri?Aku agak terkejut dengan penerangan ini,tetapi kemudian dia memperjelaskan,kenapakah ada ahli falsafah Islam yang mengupas hadis nabi tentang nilai dosa yang diberi kepada perlakuan riba iaitu berzina dengan ibu sendiri.Falsafah daripada nilai dosa yang dikaitkan dengan riba itu iaitu berzina dengan ibu sendiri sebenarnya melahirkan diri sendiri..

Apakah makna semua ini?

Maknanya,riba dikaitkan dengan "beranak" . Inilah maksud Riba dimana duit memberanakkan duit.Inilah sebenarnya yang dilarang didalam Islam dimana segala aktiviti duit tersebut akan melahirkan dirinya sendiri.Ini mudah dilihat didalam aktiviti kad kredit ataupun pinjaman along,.sementara itu pembelian bertangguh tidak dimasukkan dalam golongan ini.Riba yang benar-benar dimaksudkan itu ialah interest yang akan berkembang biak selagi ianya tidak diselesaikan..

Falsafah ini memahamkan kepala otakku dengan lebih jelas tentang apa yang dilarang oleh Allah

Feb 20, 2012

Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia



Melayu x suka isu2 mcm Lynas ni..sbb x nampak islamik.Pengalaman aku melihat sekumpulan aktivis masyarakat bagi flyer kat kompleks beli belah pasal isu Lynas ni,tak ramai melayu yang nak ambik flyer tu dan baca..semuanya sibuk nak pergi shopping dan buat2 x nampak jek..

Mungkin mereka belum habis belajar pasal niat puasa dan boleh atau tidak solat jamak apabila lebih dari 3 hari...



Latiff Ibrahim - Nora


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan beliau dikalangan org-orang yang dicucuri rahmat.Sukar mencari pengganti seseorang yang bersuara jantan lunak merdu sepertinya.Kepergian beliau pasti ditangisi oleh peminat-peminat yang menghargai bakat hebat beliau..



Jom Solat dan Berkahak

Seorang lelaki lalu dihadapanku dan kemudian berkata kepada kawannya

"aku nak pegi semayang dulu"

sambil berjalan dan menghampiri surau,tangannya memegang sebatang rokok yang dihisapnya sepanjang perjalanan,beliau kemudiannay berkahak serta berludah didepan laluan surau dan kemudiannya membuang puntung rokok dihadapan surau..

Mungkin ibu bapanya telah mati sebelum mengajarnya erti solat dan kebersihan dalam Islam..Innalillah..

Terlalu Islam Sampai Tak Islam

Tuan-tuan semua,

Cuba lihat masyarakat Melayu,ada yang taksub dengan tulisan jawi,kerana katanya tulisan jawi mendorong kita memahami bahasa Arab.Dizaman aku bersekolah rendah ditahun 80an,sahabat sekelasku berbangsa Cina selalu saja dapat A dalam tulisan jawi dan skor A1 dalam pelajaran ugama semasa SRP dan SPM.Pelik?tak pelik pun sebab semua subjek boleh dipelajari jika mahu.Yang menjadi masalah bila tidak mahu.

Ada pula yang sibuk belajar memperlagukan ayat2 Quran dengan segala hukum tajwid nya dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya meninggal dunia dengan menghafal ayat 3 Qul sahaja iaiatu Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq.Sudahlah begitu,maksudnya pula tidak difahami sama sekali dan tidak pula dapat mendakwahkan ayat tersebut kepada orang lain..

Tuan-tuan,

Cuba kita fikir kembali,kenapa Muhammad diturunkan sebagai Nabi terakhir dan juga Rasul..iaitu untuk memperjelaskan ayat2 Allah iaitu tuhan kepada kita.Tapi cuba lihat apakah umat Islam hari ini menyedari hakikat ini atau buat-buat tak sedar dan hanyut dengan perangai syok sendiri dengan mengagung-agungkan ulama-ulama dahulu yang benar-benar menghayati ajaran Islam.Sudah terlalu lama kita menyibukkan diri dengan amalan individu dan menambah2 pula amalan amalan tarikat,hakikat,kesufian,kealiman dan segala macam bentuk amalan individualistik yang tidak terlalu menyumbang kepada pembangunan sahsiah umat Islam.

Kita umat Islam terlalu concern tentang amalan ibadat individu sehinggakan mengambil air sembahyang 3x pun nak dipastikan diikuti.Dan apabila berpuasa,kita terlalu sibuk untuk mengingati sesama sendiri tentang niat yang perlu dibaca setiap malam.Tak sesak ke kepala otak kita dengan benda2 remeh seperti ini?

Kenapa kita perlu bangkitkan isu2 ini?

Tuan-tuan semua,
Persoalan ini perlu kita lihat sedalam-dalamnya kerana kita perlu melihat tentang ayat2 Allah yang memberitahu kita bahawa kita diutuskan ke bumi sebagai Khalifah.Perlulah kita memahami bahawa maksud Khalifah itu apa.Jadi,jika kita umat Islam sekarang tidak mencapai KPI sebagai khalifah,apakah amalan yang kita bawa ini benar dan berkesan.?Jika umat Islam ini dianggap sebagai sebuah syarikat yang besar,dan syarikat ini nampaknya tidak maju kehadapan,apakah amalan-amalan didalam syarikat ini benar2 betul dan boleh mendatangkan output?Sudah tentu tidak!Ini bermakna umat Islam sekarang sedang menghayati kepalsuan dalam amalan kehidupan...Tetapi tidak berupaya memahami apa sebenarnya yang patut dilakukan...

Jadi tuan-tuan semua,fikirkan kembali,dimana kedudukan kita umat Islam dan kenapa kita tidak menjadi khalifah sedangkan Nabi Muhammad dahulu,tanpa Quran dicetak seperti sekarang,masih dapat mengalahkan Rom dan Parsi dan menyampaikan ajaran Islam ke 2/3 dunia...

Feb 19, 2012

Barah Peradaban


Budak sekolah ugama atau dahulunya di gelar sekolah arab disuruh memakai baju Melayu,bersampin dan bersongkok..

Bagaimanakah agaknya pengurusan sekolah arab tersebut yang memandang bahawa baju Melayu adalah signifikan kepada ketakwaan agama..dan sebaliknya memakai baju biasa(seluar panjang/baju kemeja) tidak signifikan dengan ketakwaan kepada ugama.Tetapi,ustaz-ustaz yang bertugas di sekolah tersebut tidak pula memakai baju Melayu,bersampin dan bertengkolok..jika lah baju Melayu tersebut signifikan sangat dengan nilai keislaman dan kemelayuan.Bukankah merugikan ibubapa kerana terpaksa pula membuat berpasang2 baju Melayu semata-mata untuk bersekolah ugama?

Inilah namanya kekacauan pemikiran dan barah peradaban..