Followers

Feb 20, 2012

Terlalu Islam Sampai Tak Islam

Tuan-tuan semua,

Cuba lihat masyarakat Melayu,ada yang taksub dengan tulisan jawi,kerana katanya tulisan jawi mendorong kita memahami bahasa Arab.Dizaman aku bersekolah rendah ditahun 80an,sahabat sekelasku berbangsa Cina selalu saja dapat A dalam tulisan jawi dan skor A1 dalam pelajaran ugama semasa SRP dan SPM.Pelik?tak pelik pun sebab semua subjek boleh dipelajari jika mahu.Yang menjadi masalah bila tidak mahu.

Ada pula yang sibuk belajar memperlagukan ayat2 Quran dengan segala hukum tajwid nya dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya meninggal dunia dengan menghafal ayat 3 Qul sahaja iaiatu Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq.Sudahlah begitu,maksudnya pula tidak difahami sama sekali dan tidak pula dapat mendakwahkan ayat tersebut kepada orang lain..

Tuan-tuan,

Cuba kita fikir kembali,kenapa Muhammad diturunkan sebagai Nabi terakhir dan juga Rasul..iaitu untuk memperjelaskan ayat2 Allah iaitu tuhan kepada kita.Tapi cuba lihat apakah umat Islam hari ini menyedari hakikat ini atau buat-buat tak sedar dan hanyut dengan perangai syok sendiri dengan mengagung-agungkan ulama-ulama dahulu yang benar-benar menghayati ajaran Islam.Sudah terlalu lama kita menyibukkan diri dengan amalan individu dan menambah2 pula amalan amalan tarikat,hakikat,kesufian,kealiman dan segala macam bentuk amalan individualistik yang tidak terlalu menyumbang kepada pembangunan sahsiah umat Islam.

Kita umat Islam terlalu concern tentang amalan ibadat individu sehinggakan mengambil air sembahyang 3x pun nak dipastikan diikuti.Dan apabila berpuasa,kita terlalu sibuk untuk mengingati sesama sendiri tentang niat yang perlu dibaca setiap malam.Tak sesak ke kepala otak kita dengan benda2 remeh seperti ini?

Kenapa kita perlu bangkitkan isu2 ini?

Tuan-tuan semua,
Persoalan ini perlu kita lihat sedalam-dalamnya kerana kita perlu melihat tentang ayat2 Allah yang memberitahu kita bahawa kita diutuskan ke bumi sebagai Khalifah.Perlulah kita memahami bahawa maksud Khalifah itu apa.Jadi,jika kita umat Islam sekarang tidak mencapai KPI sebagai khalifah,apakah amalan yang kita bawa ini benar dan berkesan.?Jika umat Islam ini dianggap sebagai sebuah syarikat yang besar,dan syarikat ini nampaknya tidak maju kehadapan,apakah amalan-amalan didalam syarikat ini benar2 betul dan boleh mendatangkan output?Sudah tentu tidak!Ini bermakna umat Islam sekarang sedang menghayati kepalsuan dalam amalan kehidupan...Tetapi tidak berupaya memahami apa sebenarnya yang patut dilakukan...

Jadi tuan-tuan semua,fikirkan kembali,dimana kedudukan kita umat Islam dan kenapa kita tidak menjadi khalifah sedangkan Nabi Muhammad dahulu,tanpa Quran dicetak seperti sekarang,masih dapat mengalahkan Rom dan Parsi dan menyampaikan ajaran Islam ke 2/3 dunia...

No comments: