Aku telah mendengar perihal riba dalam sebuah radio berlabel Islam baru-baru ini.Sebenarnya aku skeptikal dengan masalah riba di Msia kerana persoalan riba tidak pernah dibahaskan secara mutlak dan diperhalusi secara praktikal untuk memudahkan umat Islam memahami Riba.
Sering kita dengar pengamal Riba akan diperangi oleh Allah dan Rasul.Menakutkan.Tapi aku dan hampir semua umat Islam di Malaysia ialah pengamal "Riba" secara tegar.Maklumlah,debu-debu riba tidak dapat dielakkan.,maka nak tak nak,riba tetap terkena kepada kita.
Mana tidaknya,sebelum wujudnya sistem yang di gelar kewangan Islam,kita semua berurusan dalam sistem Kafirun iaitu yang tidak Islamik.Semasa sistem Islam tidak wujud,tidak pula umat Islam tergedik-gedik merasakan bahawa sistem yang dianuti mereka adalah sistem kafirun.Mereka semua "layannnn" sahaja kerana itulah sahaja sistem yang ada.
Apabila wujudnya sistem berlabel Islam,maka tergedik-gediklah sekali lagi umat Islam untuk menganuti sistem Islam yang kononnya ada sedikit jaminan syurga jika berurusan dengannya.Tetapi bila ditanya secara umum apa beza sistem Islam dengan Kafirun,ramai yang hanya menjawap,bezanya ialah AKAD nya sahaja.Roh kepada sistem "Islam" itu sendiri entah kemana.Kenapa?
Contoh mudah,sistem Islam ialah berpaksikan jual beli,contohnya kalau kita membeli sebuah rumah,menggunakan sistem Islam,urusan jual beli itu akan di olah seperti kita membeli rumah daripada bank,iaitu bank adalah pihak yang menjual.Ianya tidak sama dengan sistem Kafirun dimana bank-bank hanyalah pihak pembiaya yang mengenakan cas tambahan yang kita semua umat Islam takutkan iaitu Riba.
Tapi ini smua hanyalah retorik semata.Label Islam tidak menjanjikan roh Islam yang berpaksikan keadilan sejagat dan tiada penganiayaan.Contoh mudah,seorang sahabatku membuat pinjaman secara Islam,dengan nama pinjaman berlabel Islam walaupun diuruskan oleh bukan Islam,konon-kononnya bank adalah penjual rumah dan sahabatku adalah pembeli rumah.Apabila rumah tersebut ditinggalkan oleh pemaju selama 10 tahun tanpa dapat disiapkan,bank tidak mahu bertanggungjawap dan berlagak pula seolah-olah lebih Islam dengan menuntut hutang yang dikatakan dibuat oleh pembeli.Sedangkan mengikut konsep jualbeli Islam,penjual iaitu pihak bank haruslah mempunyai rumah tersebut untuk dijual kepada pembeli..
Inilah namanya retorik berlabel Islam.
Oleh itu,harus aku ceramahkan apa itu falsafah riba dari penerangan didalam radio berlabel Islam tersebut.Mengikut penerangan dari ustaz tersebut,kenapakah dosa riba seperti berzina dengan ibu sendiri?Aku agak terkejut dengan penerangan ini,tetapi kemudian dia memperjelaskan,kenapakah ada ahli falsafah Islam yang mengupas hadis nabi tentang nilai dosa yang diberi kepada perlakuan riba iaitu berzina dengan ibu sendiri.Falsafah daripada nilai dosa yang dikaitkan dengan riba itu iaitu berzina dengan ibu sendiri sebenarnya melahirkan diri sendiri..
Apakah makna semua ini?
Maknanya,riba dikaitkan dengan "beranak" . Inilah maksud Riba dimana duit memberanakkan duit.Inilah sebenarnya yang dilarang didalam Islam dimana segala aktiviti duit tersebut akan melahirkan dirinya sendiri.Ini mudah dilihat didalam aktiviti kad kredit ataupun pinjaman along,.sementara itu pembelian bertangguh tidak dimasukkan dalam golongan ini.Riba yang benar-benar dimaksudkan itu ialah interest yang akan berkembang biak selagi ianya tidak diselesaikan..
Falsafah ini memahamkan kepala otakku dengan lebih jelas tentang apa yang dilarang oleh Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment