Sepanjang aku berkenderaan diatas jalan di negara Melayu ni,aku lihat Melayu memang sukakan kebisingan.Bagi Melayu,kebisingan signifikan dengan kelajuan.Tapi ini teori lembu Melayu saja agaknya.Aku selalu nampak kereta hebat Melayu iaitu Proton diubahsuai terutamanya dibahagian ekzos untuk melahirkan bunyi yang memekakkan telinga.Kebanyakan kereta yang diubahsuai ini tidaklah berkuasa sangatpun,cuma bunyinya sahaja gah,tetapi rupa parasnya huduh dan kelajuannya sekadar so-so aje.
Bukan sahaja kereta,motosikal kapcai juga selalu diubahsuai untuk menghasilkan bunyi bising yang menyakitkan jiwa.Ntah kenapa,aku masih tidak memahami situasi yang mengatakan bahawa bising itu nikmat dan signifikan dengan kelajuan.Yang aku selalu nampak,kereta-kereta hebat seperti BMW dan Mercedez Benz tidak pula menyakitkan telinga.
Memang lucu perangai Melayu.Memang mereka gemar dengan kelajuan dan ubahsuai,tetapi sehingga ke hari ini,belum pernah aku melihat Nizam Bin Ahmad atau Shaiful Bahari Bin Kulup memenangi F1 atau pun Grand Prix 250cc.None,Nil,Zero..tak mungkin dalam 50 tahun lagi..NEVER!
Bila difikirkan perangai Melayu sebegini,geli aku melihatnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment