Followers

Jul 26, 2008

Kereta Kebal Tu Pun Duit Rakyat

Apa masalah pulak mamat ni nak tahan kereta kebal?kalau dia boleh tahan kereta kebal,kereta tu boleh dipanggil kereta bebal lah sebab sudah tak berfungsi kebalnya .

Ini adalah salah satu "Historical Moment" di Medan Tiananmen dimana demonstrasi rakyat pada tahun 1989(atau lebih dikenali sebagai June Fourth Incident) menyebabkan kematian ribuan pelajar-pelajar universiti tempatan .

Jika disini,pelajar pelajar cuma menahan bas untuk ke Komplek Pertama atau Sogo ataupun Pasar Seni . Yang lebih syok,menahan bas untuk ke Taman Tasik Titiwangsa dan kemudian menjalankan aktiviti membuang masa .

Semenjak AUKU diperkenalkan,pelajar pelajar telah mandul dari segi kesedaran politik dan keterlibatan dalam aktiviti politik . Yang menjadi bahan lawak,kursus Sains Politik masih lagi diajar di universiti tempatan,dan sewaktu di sekolah menengah,perdebatan antara sekolah sekolah adalah perkara biasa . Tapi bila diuniversiti,pelajar pelajar pula diharamkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik sedangkan politik ialah asas kepada kemerdekaan jiwa rakyat .

Walaubagaimana mandul pun pelajar Malaysia sekarang dengan aktiviti politik mereka,kes kes buang bayi dan termengandung di kolej serta pusat-pusat pengajian tinggi masih wujud . Ini menunjukkan bahawa tahap kesuburan mereka masih lagi terkawal .

1 comment:

Anonymous said...

tak baik nak kate org bodoh... lebih elok kalo dinobat kan kurang pandai... memang kereta kebal duit rakyat.. tapi utk ape... pertahan engkau tu kalau diserang.. nak selamat kan keturunan2 engkau dari mati tak berwaris... fikirlah... mcm ni la.. universiti tu kerajaan punya.. duit rakyat juga.. hasil dari cukai.. kalo takle terima.. jgn bayar cukai.. jgn blajar kat universiti kerajaan.. jgn pegi hospital kerajaan.... jgn ambil apa jua dari kerajaan yg telah menjaga waris2 dari tok nenek moyang kau dulu2... kalo dah berpolitik dari zaman belaar baik bermula dari sekolah rendah... better nanti kau antar waris2 kau ke sekolah yang bukan kerajaan ye...