Followers

Showing posts with label Penyalahgunaan Undang Undang. Show all posts
Showing posts with label Penyalahgunaan Undang Undang. Show all posts

Jul 26, 2008

Kereta Kebal Tu Pun Duit Rakyat

Apa masalah pulak mamat ni nak tahan kereta kebal?kalau dia boleh tahan kereta kebal,kereta tu boleh dipanggil kereta bebal lah sebab sudah tak berfungsi kebalnya .

Ini adalah salah satu "Historical Moment" di Medan Tiananmen dimana demonstrasi rakyat pada tahun 1989(atau lebih dikenali sebagai June Fourth Incident) menyebabkan kematian ribuan pelajar-pelajar universiti tempatan .

Jika disini,pelajar pelajar cuma menahan bas untuk ke Komplek Pertama atau Sogo ataupun Pasar Seni . Yang lebih syok,menahan bas untuk ke Taman Tasik Titiwangsa dan kemudian menjalankan aktiviti membuang masa .

Semenjak AUKU diperkenalkan,pelajar pelajar telah mandul dari segi kesedaran politik dan keterlibatan dalam aktiviti politik . Yang menjadi bahan lawak,kursus Sains Politik masih lagi diajar di universiti tempatan,dan sewaktu di sekolah menengah,perdebatan antara sekolah sekolah adalah perkara biasa . Tapi bila diuniversiti,pelajar pelajar pula diharamkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik sedangkan politik ialah asas kepada kemerdekaan jiwa rakyat .

Walaubagaimana mandul pun pelajar Malaysia sekarang dengan aktiviti politik mereka,kes kes buang bayi dan termengandung di kolej serta pusat-pusat pengajian tinggi masih wujud . Ini menunjukkan bahawa tahap kesuburan mereka masih lagi terkawal .

Jul 3, 2008

Politik dan Anda

Bila kita dihadapkan dengan isu terbaru DSAI,ramai yg terkentut,buntut terhenjut dan mulut ternganga kerana terkejut atau saja saja buat terkejut . Ini isu politik atau isu apa?Ramai yang sebelum ini berkata "aku tak campur politik sangat,yg penting 5 tahun sekali aku pangkah,tapi undi tetap rahsia" . Ini kata kata ramai manusia yang berpandangan serong pada politik . Bagi mereka politik adalah permainan lidah dan strategi bagi sekumpulan manusia(yang mereka juga memilihnya) . Tetapi apabila harga minyak dunia mencecah pada harga USD 140 setong,badan yang sihat pun rasa nak demam,bila menguap rasa nak sawan,makan nasi lemak pun dah tak ada sotong lagi .

Jadi,isu seperti isu minyak adalah masalah siapa?masalah orang yang ambil tahu tentang politik saja kah atau masalah semua rakyat?Kenapa bila leher sudah dijerut,baru kita ingin ambil tahu apa itu makna politik?

Marilah kita semua memahami bahawa politik adalah Ibu kepada kehidupan dibumi ini . Dan kita jangan sesekali memusatkan kepala kita bahawa politik itu ialah untuk ahli politik sahaja . Dan hendaklah berkata kepada diri kita sendiri,berpolitik bukan semestinya mendaftar sebagai ahli politik . Tetapi mengambil tahu dan menyertai perbincangan politik sepatutnya menjadi kewajipan bagi setiap jiwa yang inginkan kepuasan dalam mengendalikan hidup di bumi ini .

Hendaklah kita semua memahami bahawa dibawah tajuk politik,tersebarnya tajuk tajuk penindasan,kemanusiaan,budaya,bahasa,kehidupan,keadilan dan segala macam aspek kehidupan yang menjadi elemen penting sebagai seorang manusia yg bertamadun .

Jadi,apabila kita menghadap kes-kes seperti Hindraf,ISA dan yang terbaru,DSAI,dimanakah pemusatan fikiran kita . Adakah bila ianya tidak menyentuh tentang diri dan keluarga kita atau bangsa kita,maka kita harus lari dari isu isu tersebut?Adakah kita ini manusia yang lain dari acuan mereka?

Ini bukan soal Mahathir atau Najib,ini soal kemanusiaan . Berfikir tentang kemanusiaan adalah suatu yang dituntut dalam mana mana ajaran agama . Jadi,berpolitiklah dengan bijak sebelum kita menjadi mangsa kerakusan politikus yang mementingkan perut dan yang dibawah perut . Zahirkan sokongan anda pada isu isu yang menyangkut paut tentang kesusahan kita bersama .