Followers

Jul 17, 2009

Teoh Beng Hock - Bunuh Diri,Mabuk atau Sewel


Dibawah ini adalah tanda-tanda bunuh diri yang di salin dari internet . Anda perlu membacanya supaya pemikiran anda dibawa kearah yang lebih logik apabila berhadapan dengan kes bunuh diri yang skrg tengah panas diperkatakan . Apabila membacanya,diharap kita tidak akan mudah membuat kesimpulan bahawa seseorang akan mengambil nyawanya hanya selepas disiasat selama beberapa jam .



Warning Signs for Suicide


The following are possible warning signs of suicide:

talking about dying: talk of disappearing, jumping, shooting oneself or other expressions of self-harm.

recent loss: death, divorce, a broken relationship or loss of a job can all lead to thoughts of suicide or suicide attempts. Other losses that can be indicative of suicide include loss of religious faith and a loss of interest in one's friends or activities the individual once enjoyed.

change in personality: the individual may exhibit unusual signs of fatigue, indecisiveness or anxiousness.

change in behavior: lack of concentration in work, school or everyday activities, such as household chores.

change in sleeping patterns: oversleeping, insomnia and other types of sleep disturbances can be suicide signs and symptoms.

change in eating habits: loss of appetite or an increased appetite; other changes can include increased or decreased weight.

decreased sexual interest: such changes can include impotence or irregular or missed periods.

low self-esteem: this suicide symptom can be exhibited through emotions such as shame, inferiority or self-hatred.

fear of loss of control: the individual worries about losing her sanity and about harming either herself or others.

lack of hope for the future: another suicide warning sign is that the individual feels that there is no hope for the future and that things will never improve.

Some other suicide warning signs include previous suicide attempts, a history of substance or alcohol abuse, excessive spending, hyperactivity, restlessness or lethargy.

Ok,sekarang anda sudah jelas,secara teorinya, kelakuan bunuh diri mesti mempunyai simptom atau tanda tanda . Dan semua benda didunia mempunyai tanda tanda semulajadi apabila berlakunya satu perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain . Apabila lapar,tanda perut berbunyi akan berlaku,apabila terlalu bersedih,tanda tanda kemurungan akan wujud di wajah . Begitu jugalah tanda tanda yang sepatutnya wujud kepada seseorang yang ingin membunuh diri .

Membunuh diri bukanlah kerja yang senang kerana kematian adalah sesuatu yang menakutkan . Lebih lebih lagi jika anda hidup dalam keadaan yang normal iaitu anda sihat,anda mempunyai pekerjaan,keluarga yang baik dan lebih lebih lagi anda telahpun merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihan anda .

Jadi,rencana ini ingin membawa anda berfikir,kenapa terjadinya bunuh diri kepada seseorang . Dan jika kesimpulan bunuh diri yang di tujukan kepada seseorang yang telah mati itu tidak benar,apakah yang sebenarnya terjadi sehingga nyawa seseorang itu tercabut dari badan .

Berbalik kepada kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan MACC, yang kemudiannya di war-warkan membunuh diri , mari kita selidik apakah tanda tanda 'akan membunuh diri' ini wujud pada diri beliau sebelum ini . Berdasarkan kepada teori diatas,mari kita tanyakan beberapa perkara ;


1 . Adakah beliau sebelum ini mengalami tekanan yang melampau sehingga beliau hilang kawalan diri,beliau jadi tidak fokus,kecewa yang teramat sehingga membawa kepada mengambil nyawa sendiri?

2 . Adakah beliau sebelum ini selalu mengalami perubahan sikap atau habit seperti yang disebutkan diatas?

3 . Adakah keluarga atau rakan-rakan beliau sebelum ini menyedari bahawa simptom simptom membunuh diri telah wujud pada diri beliau dan tidak melaporkan kepada pihak yang lebih pakar dalam menguruskan masalah ini?

Jika perkara perkara sebegini tidak wujud,kenapa perlu beliau membunuh diri?Dan kenapa perlu pergi ke satu pejabat dimana beliau seharusnya membantu dalam suatu siasatan dan akhirnya mengambil nyawa beliau disana .

Walaupun tidak dapat dibuktikan secara hakiki bahawa setiap mangsa bunuh diri akan meninggalkan nota bunuh diri,tetapi kebanyakan kes bunuh diri lahir dari kehilangan harapan untuk hidup dan mangsa akan menulis sesuatu supaya akhirnya keluarga atau rakan-rakan dan orang tersayang tahu kenapa tindakan seperti itu diambil .

Jika kita lihat di negara ini yang mengamalkan sikap 'penahanan tanpa bicara' , mangsa-mangsa yang telah ditahan bertahun tahun tidak banyak yang membunuh diri walaupun kita tahu bahawa sudah tentu hidup yang terkurung seperti binatang itu lebih membawa tekanan kepada mereka . Jadi,kenapakah manusia normal seperti Teoh Beng Hock ingin membunuh diri?

Jika kita benar-benar percaya bahawa tidak mudah untuk membunuh diri dan kita percaya bahawa seorang insan yang bernama Teoh Beng Hock ini tidak membunuh diri,bermakna kita percaya bahawa sesuatu telah berlaku ke atas beliau sehingga mengakibatkan kematian beliau .

Tidak perlu menggunakan teknologi CSI untuk mendapatkan prima facie dalam kes ini . Mungkin kita boleh mengatakan bahawa beliau terjatuh dari tingkap . Tapi adakah Teoh seorang yang sewel dan mabuk untuk boleh secara tiba tiba jatuh dari tingkap?Ini adalah persoalan logik akal yang tak perlu dibahaskan . Dan tidak mungkin Teoh akan meminum Beer sehingga mabuk sebelum disoal siasat oleh pihak MACC .

Oleh itu,jika beliau tidak membunuh diri,maka kita harus percaya bahawa nyawanya diambil oleh sesuatu yang lain . Apakah motifnya??,itu bukanlah sesuatu yang dapat kita selesaikan dalam masa satu hari . Ianya memerlukan satu siasatan yang telus dan ikhlas untuk memberikan rasa pertanggungjawaban kepada semua rakyat .


5 comments:

Anonymous said...

Kalau dilihat, gambar2 semasa di tahan untuk soal siasat dan semasa MACC raid office EAN, Teoh agak tertekan. Mukanya agak muram & susah hati. Ini ada juga memungkinkan dia membunuh diri. mungkin sudah kantoi..as dia perlu membawa lagi dokumen masuk. *fikirkan lah* Jangan buat andaian,biarlah polis buat siasatan mereka. Saya agak lawak dgn permainan PR. Bila ada issue melibatkan fed gov baru dgr suara, kalau tak diam sahaja tanpa khabar berita..Grow up! Bawakan kami perubahan yg fed gov tak boleh buat, bukan dgn menyalahkan orang lain. Tapi berusaha melakukan perubahan. we want change...Mana janji PR bila kita perlukan perubahan...semua sama saja.

Anonymous said...

http://brokenthecode.blogspot.com/2009/07/gangster-upahan-dap-dalang-kepada.html

TukunNegara said...

U ada anak?cuba anak u yang sihat wal afiat dan tidak ada simptom-simptom mangsa bunuh diri tiba tiba mati?U ingat senang nak bunuh diri?Apakah yang u dapat bila cuba mendorong diri untuk menyokong kematian yang meragukan?

Cuba bawak diri anda kepada suatu anjakan paradigma dimana kita semua tidak berpihak kepada parti . PR atau BN,jika melakukan kesalahan elok dihukum .Ini bukan soal parti,ini soal nyawa manusia . Kenapa org seperti anda tidak punya rasa kemanusiaan dan keinsafan untuk berasa sedih diatas kejadian seperti ini ?

Apa perlunya Teoh membunuh diri di MACC??adakah dia suspect?dan adakah dia telah dibuktikan dimahkamah bersalah merompak duit rakyat sebanyak RM20 juta atau terbukti bersalah mencuri duit zakat?Come on,pikir bukan menggunakan tumit . Semua yang berlaku ada kronologi dan saksi serta common sense .

Apa yang kamu mahu dari kerajaan PR??PR bukan kerajaan . So,jgn jadi buta politik dan meminta PR bertindak sebagai kerajaan .

Anonymous said...

cakap memang senang. Now cakap PR bukan government. Haha!(alasan budak2) Tapi dah jadi government selangor..apa depa buat?
Mungkin teoh tidak bunuh diri, tapi dia dibunuh oleh orang yg ingin 'menutup' kesalahan orang lain. Betul juga, takkan la dia bunuh diri, dan takkan lah angkara MACC dan tinggalkan mayat disitu..(bodoh je bunyinya)
BN atau PR sama je. They have their own intentions. Tapi adakah BN/PR menunaikan janji2 mereka? Doakan yang terbaik untuk rakyat MALAYSIA. AMIN.

TukunNegara said...

Memang PR gomen sekarang,tapi pegi le belajar apa itu federal gomen dengan kerajaan negeri . Kuasa apa yang gomen negeri ada dan duit gomen negeri dapat dari mana.Semua tu kena baca,bukan membuta tuli demand buat itu ini . Dan jangan ingat dalam masa setahun lebih semua benda dapat tukar dalam sekelip mata . Pikir cara rasional lah . Lainlah gomen yg dah 50 tahun perintah,kalau takde perubahan mmg nampak incompetent dan patut dinyahkan saja .

Soalan hang apa depa buat tu soalan org kena strok?apa hang tau yang pr buat?hang ini ini gomen aladin dgn lampu ajaib?menang tahun 2008,tahun 2009 semua dah complete??come on lah,jangan sampai org ckp hang bodoh . Kita manusia hidup dengan harapan,kita mengundi dengan harapan satu pihak akan membawa perubahan . Dan bagi mereka masa,bukan lepas setahun nak semua result jadi 100% bagus . Ni manusia beb,bukan robot .

Aku tak peduli sapa bunuh teoh,tapi kalau adik hang mati,pastu tetiba ada menteri declare adik hang bunuh diri,apa hang nak jawap?hang suka??Sedangkan polis tak rule out ada foul play . Semua benda kena tgk dari banyak sudut . Belum kena atas kepala sendiri memang sedap cakap . Kebanyakan org macam tu lah,kena kat adik beradik nanti baru cari parti pembangkang mintak bantuan...