Followers

Mar 14, 2012

Melayu : Masyarakat Terbalik Fasa 1

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Quran - An-Nur,31


aku memang lucu bila tengok perangai masyarakat Melayu ni.Baca quran sebab nak badan sihat,jadi kaya dan doa selamat naik kenderaan.Takpun baca ayat qursi sebab lalu kat kubur.Ini mentaliti Melayu lah..aku tak pernah dengar lagi dalam sirah Nabi bahawa sahabat bertanya ayat-ayat nak halau hantu atau nak kebal.So,maknanya bukan priority quran diturunkan untuk bagi benda remeh temeh tu kat manusia.

Tapi manusia Melayu memang kreatif.Cuba tengok kalau manusia Melayu tutup aurat.Ada pelbagai fesyen menutup aurat..ini memang lawak.Sebab Melayu memang tak suka membaca,jadi secara tak langsung Melayu tak dapat mesej dari Allah bahawa menutup aurat tu apa.Itu sebab sekarang ni menutup aurat dah jadi fesyen,bukan tuntutan.Itu sebab menutup aurat dikomersilkan jadi fesyen dan tujuannya pun dah lari.

Asalnya menutup aurat ialah untuk menjauhkan pandangan mata lelaki dari teruja melihat aurat wanita.Tetapi manusia Melayu yang kreatif,diada adakan pula aksesori yang pelbagai untuk dijadikan pakaian menutup aurat itu sebagai tarikan kepada mata lelaki.Jadi,secara tak langsung tujuannya dah kembali kepada kosong!Nil!

Yang lebih lucu,apabila manusia Melayu ni dah tua,dia rajin pula menutup aurat dengan sepenuh tuntutan.Maka berjubahlah manusia Melayu ini ala ala orang Arab.kadang-kadang dipakainya sarung lengan yang membuktikan bahawa pemakainya sangat concern dengan aurat.Tetapi remaja-remaja dan dewasa-dewasa yang sepatutnya lebih menutup aurat mendedahkan pula peha gebu dan dada montok mereka dengan berpandangan bahawa tua tua nanti baru lah tutup...Dah tua tak payah lah nak tutup sakan...aku pun dah tak mau tengok dah...

Hahaha..Melayu memang masyarakat terbalik..

No comments: