Dalam radio al islam al mudharabah al bai bitamhin ajil,ada minah ni,mungkin pangkat ustazah(mengikut kacamata melayu),buat promo tentang artikel dlm majalah dia,ada satu tajuk menyentuh tentang perangai mak ayah yang suka kawinkan anak-anak masa kecik.Katanya perangai yg macam ni bahaya takut kawinkan anak-anak melalui perkataan secara bergurau boleh jadi betul-betul..
COME ON USTAZAH!DONT INSULT MY NOT SO QUITE INTELLIGENCE NI...!!
Melayu nak kawin punya susah,mcm mcm kerenah adat dan penyelewengan tatacara ugama,tiba tiba boleh pulak budak-budak kecik "terkawin" masa belum akil baligh.Melyu yang duduk atas bantal baldu yang dah siap salam dengan tok kadi atau wali hakim pun kena ulang akad nikah sampai 20 kali pun masih tak sah,ini pulak tiba-tiba budak-budak boleh "terkawin"..Itu belum kira yang kena baca akad nikah satu nafas..
Hahahahah..aduiii...lawak betul mentaliti melayu ni.Takkanlah mak ayah bergurau nak kawinkan anak-anak boleh jadi syarat sah nikah.Bukan ke ulama2 dah gariskan panduan hukum nikah dan syarat sah nikah.Mana dia syarat sah nikahnya yg wujud dlm situasi spt ini?Mana mahar?pengantin pun tak paham makna nikah takkan nikah boleh jadi sah..
aduii...Melayu ni,suka betul mencipta kesesatan...kalau ada sapa sapa yang boleh justify dengan nas al quran dan dalil dari hadis sahih,nak jugak aku dengar pasal ni..
Mar 15, 2012
Mar 14, 2012
Melayu : Masyarakat Terbalik Fasa 1
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Quran - An-Nur,31
aku memang lucu bila tengok perangai masyarakat Melayu ni.Baca quran sebab nak badan sihat,jadi kaya dan doa selamat naik kenderaan.Takpun baca ayat qursi sebab lalu kat kubur.Ini mentaliti Melayu lah..aku tak pernah dengar lagi dalam sirah Nabi bahawa sahabat bertanya ayat-ayat nak halau hantu atau nak kebal.So,maknanya bukan priority quran diturunkan untuk bagi benda remeh temeh tu kat manusia.
Tapi manusia Melayu memang kreatif.Cuba tengok kalau manusia Melayu tutup aurat.Ada pelbagai fesyen menutup aurat..ini memang lawak.Sebab Melayu memang tak suka membaca,jadi secara tak langsung Melayu tak dapat mesej dari Allah bahawa menutup aurat tu apa.Itu sebab sekarang ni menutup aurat dah jadi fesyen,bukan tuntutan.Itu sebab menutup aurat dikomersilkan jadi fesyen dan tujuannya pun dah lari.
Asalnya menutup aurat ialah untuk menjauhkan pandangan mata lelaki dari teruja melihat aurat wanita.Tetapi manusia Melayu yang kreatif,diada adakan pula aksesori yang pelbagai untuk dijadikan pakaian menutup aurat itu sebagai tarikan kepada mata lelaki.Jadi,secara tak langsung tujuannya dah kembali kepada kosong!Nil!
Yang lebih lucu,apabila manusia Melayu ni dah tua,dia rajin pula menutup aurat dengan sepenuh tuntutan.Maka berjubahlah manusia Melayu ini ala ala orang Arab.kadang-kadang dipakainya sarung lengan yang membuktikan bahawa pemakainya sangat concern dengan aurat.Tetapi remaja-remaja dan dewasa-dewasa yang sepatutnya lebih menutup aurat mendedahkan pula peha gebu dan dada montok mereka dengan berpandangan bahawa tua tua nanti baru lah tutup...Dah tua tak payah lah nak tutup sakan...aku pun dah tak mau tengok dah...
Hahaha..Melayu memang masyarakat terbalik..

Feb 27, 2012
Shaiful Bahari Bin Kulup memenangi F1
Sepanjang aku berkenderaan diatas jalan di negara Melayu ni,aku lihat Melayu memang sukakan kebisingan.Bagi Melayu,kebisingan signifikan dengan kelajuan.Tapi ini teori lembu Melayu saja agaknya.Aku selalu nampak kereta hebat Melayu iaitu Proton diubahsuai terutamanya dibahagian ekzos untuk melahirkan bunyi yang memekakkan telinga.Kebanyakan kereta yang diubahsuai ini tidaklah berkuasa sangatpun,cuma bunyinya sahaja gah,tetapi rupa parasnya huduh dan kelajuannya sekadar so-so aje.
Bukan sahaja kereta,motosikal kapcai juga selalu diubahsuai untuk menghasilkan bunyi bising yang menyakitkan jiwa.Ntah kenapa,aku masih tidak memahami situasi yang mengatakan bahawa bising itu nikmat dan signifikan dengan kelajuan.Yang aku selalu nampak,kereta-kereta hebat seperti BMW dan Mercedez Benz tidak pula menyakitkan telinga.
Memang lucu perangai Melayu.Memang mereka gemar dengan kelajuan dan ubahsuai,tetapi sehingga ke hari ini,belum pernah aku melihat Nizam Bin Ahmad atau Shaiful Bahari Bin Kulup memenangi F1 atau pun Grand Prix 250cc.None,Nil,Zero..tak mungkin dalam 50 tahun lagi..NEVER!
Bila difikirkan perangai Melayu sebegini,geli aku melihatnya..

Feb 23, 2012
Falsafah Riba-Baru Kepala Otak Aku Berjalan
Aku telah mendengar perihal riba dalam sebuah radio berlabel Islam baru-baru ini.Sebenarnya aku skeptikal dengan masalah riba di Msia kerana persoalan riba tidak pernah dibahaskan secara mutlak dan diperhalusi secara praktikal untuk memudahkan umat Islam memahami Riba.
Sering kita dengar pengamal Riba akan diperangi oleh Allah dan Rasul.Menakutkan.Tapi aku dan hampir semua umat Islam di Malaysia ialah pengamal "Riba" secara tegar.Maklumlah,debu-debu riba tidak dapat dielakkan.,maka nak tak nak,riba tetap terkena kepada kita.
Mana tidaknya,sebelum wujudnya sistem yang di gelar kewangan Islam,kita semua berurusan dalam sistem Kafirun iaitu yang tidak Islamik.Semasa sistem Islam tidak wujud,tidak pula umat Islam tergedik-gedik merasakan bahawa sistem yang dianuti mereka adalah sistem kafirun.Mereka semua "layannnn" sahaja kerana itulah sahaja sistem yang ada.
Apabila wujudnya sistem berlabel Islam,maka tergedik-gediklah sekali lagi umat Islam untuk menganuti sistem Islam yang kononnya ada sedikit jaminan syurga jika berurusan dengannya.Tetapi bila ditanya secara umum apa beza sistem Islam dengan Kafirun,ramai yang hanya menjawap,bezanya ialah AKAD nya sahaja.Roh kepada sistem "Islam" itu sendiri entah kemana.Kenapa?
Contoh mudah,sistem Islam ialah berpaksikan jual beli,contohnya kalau kita membeli sebuah rumah,menggunakan sistem Islam,urusan jual beli itu akan di olah seperti kita membeli rumah daripada bank,iaitu bank adalah pihak yang menjual.Ianya tidak sama dengan sistem Kafirun dimana bank-bank hanyalah pihak pembiaya yang mengenakan cas tambahan yang kita semua umat Islam takutkan iaitu Riba.
Tapi ini smua hanyalah retorik semata.Label Islam tidak menjanjikan roh Islam yang berpaksikan keadilan sejagat dan tiada penganiayaan.Contoh mudah,seorang sahabatku membuat pinjaman secara Islam,dengan nama pinjaman berlabel Islam walaupun diuruskan oleh bukan Islam,konon-kononnya bank adalah penjual rumah dan sahabatku adalah pembeli rumah.Apabila rumah tersebut ditinggalkan oleh pemaju selama 10 tahun tanpa dapat disiapkan,bank tidak mahu bertanggungjawap dan berlagak pula seolah-olah lebih Islam dengan menuntut hutang yang dikatakan dibuat oleh pembeli.Sedangkan mengikut konsep jualbeli Islam,penjual iaitu pihak bank haruslah mempunyai rumah tersebut untuk dijual kepada pembeli..
Inilah namanya retorik berlabel Islam.
Oleh itu,harus aku ceramahkan apa itu falsafah riba dari penerangan didalam radio berlabel Islam tersebut.Mengikut penerangan dari ustaz tersebut,kenapakah dosa riba seperti berzina dengan ibu sendiri?Aku agak terkejut dengan penerangan ini,tetapi kemudian dia memperjelaskan,kenapakah ada ahli falsafah Islam yang mengupas hadis nabi tentang nilai dosa yang diberi kepada perlakuan riba iaitu berzina dengan ibu sendiri.Falsafah daripada nilai dosa yang dikaitkan dengan riba itu iaitu berzina dengan ibu sendiri sebenarnya melahirkan diri sendiri..
Apakah makna semua ini?
Maknanya,riba dikaitkan dengan "beranak" . Inilah maksud Riba dimana duit memberanakkan duit.Inilah sebenarnya yang dilarang didalam Islam dimana segala aktiviti duit tersebut akan melahirkan dirinya sendiri.Ini mudah dilihat didalam aktiviti kad kredit ataupun pinjaman along,.sementara itu pembelian bertangguh tidak dimasukkan dalam golongan ini.Riba yang benar-benar dimaksudkan itu ialah interest yang akan berkembang biak selagi ianya tidak diselesaikan..
Falsafah ini memahamkan kepala otakku dengan lebih jelas tentang apa yang dilarang oleh Allah

Feb 20, 2012
Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia
Melayu x suka isu2 mcm Lynas ni..sbb x nampak islamik.Pengalaman aku melihat sekumpulan aktivis masyarakat bagi flyer kat kompleks beli belah pasal isu Lynas ni,tak ramai melayu yang nak ambik flyer tu dan baca..semuanya sibuk nak pergi shopping dan buat2 x nampak jek..
Mungkin mereka belum habis belajar pasal niat puasa dan boleh atau tidak solat jamak apabila lebih dari 3 hari...
Latiff Ibrahim - Nora
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan beliau dikalangan org-orang yang dicucuri rahmat.Sukar mencari pengganti seseorang yang bersuara jantan lunak merdu sepertinya.Kepergian beliau pasti ditangisi oleh peminat-peminat yang menghargai bakat hebat beliau..
Jom Solat dan Berkahak
Seorang lelaki lalu dihadapanku dan kemudian berkata kepada kawannya
"aku nak pegi semayang dulu"
sambil berjalan dan menghampiri surau,tangannya memegang sebatang rokok yang dihisapnya sepanjang perjalanan,beliau kemudiannay berkahak serta berludah didepan laluan surau dan kemudiannya membuang puntung rokok dihadapan surau..
Mungkin ibu bapanya telah mati sebelum mengajarnya erti solat dan kebersihan dalam Islam..Innalillah..

Terlalu Islam Sampai Tak Islam
Tuan-tuan semua,
Cuba lihat masyarakat Melayu,ada yang taksub dengan tulisan jawi,kerana katanya tulisan jawi mendorong kita memahami bahasa Arab.Dizaman aku bersekolah rendah ditahun 80an,sahabat sekelasku berbangsa Cina selalu saja dapat A dalam tulisan jawi dan skor A1 dalam pelajaran ugama semasa SRP dan SPM.Pelik?tak pelik pun sebab semua subjek boleh dipelajari jika mahu.Yang menjadi masalah bila tidak mahu.
Ada pula yang sibuk belajar memperlagukan ayat2 Quran dengan segala hukum tajwid nya dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya meninggal dunia dengan menghafal ayat 3 Qul sahaja iaiatu Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq.Sudahlah begitu,maksudnya pula tidak difahami sama sekali dan tidak pula dapat mendakwahkan ayat tersebut kepada orang lain..
Tuan-tuan,
Cuba kita fikir kembali,kenapa Muhammad diturunkan sebagai Nabi terakhir dan juga Rasul..iaitu untuk memperjelaskan ayat2 Allah iaitu tuhan kepada kita.Tapi cuba lihat apakah umat Islam hari ini menyedari hakikat ini atau buat-buat tak sedar dan hanyut dengan perangai syok sendiri dengan mengagung-agungkan ulama-ulama dahulu yang benar-benar menghayati ajaran Islam.Sudah terlalu lama kita menyibukkan diri dengan amalan individu dan menambah2 pula amalan amalan tarikat,hakikat,kesufian,kealiman dan segala macam bentuk amalan individualistik yang tidak terlalu menyumbang kepada pembangunan sahsiah umat Islam.
Kita umat Islam terlalu concern tentang amalan ibadat individu sehinggakan mengambil air sembahyang 3x pun nak dipastikan diikuti.Dan apabila berpuasa,kita terlalu sibuk untuk mengingati sesama sendiri tentang niat yang perlu dibaca setiap malam.Tak sesak ke kepala otak kita dengan benda2 remeh seperti ini?
Kenapa kita perlu bangkitkan isu2 ini?
Tuan-tuan semua,
Persoalan ini perlu kita lihat sedalam-dalamnya kerana kita perlu melihat tentang ayat2 Allah yang memberitahu kita bahawa kita diutuskan ke bumi sebagai Khalifah.Perlulah kita memahami bahawa maksud Khalifah itu apa.Jadi,jika kita umat Islam sekarang tidak mencapai KPI sebagai khalifah,apakah amalan yang kita bawa ini benar dan berkesan.?Jika umat Islam ini dianggap sebagai sebuah syarikat yang besar,dan syarikat ini nampaknya tidak maju kehadapan,apakah amalan-amalan didalam syarikat ini benar2 betul dan boleh mendatangkan output?Sudah tentu tidak!Ini bermakna umat Islam sekarang sedang menghayati kepalsuan dalam amalan kehidupan...Tetapi tidak berupaya memahami apa sebenarnya yang patut dilakukan...
Jadi tuan-tuan semua,fikirkan kembali,dimana kedudukan kita umat Islam dan kenapa kita tidak menjadi khalifah sedangkan Nabi Muhammad dahulu,tanpa Quran dicetak seperti sekarang,masih dapat mengalahkan Rom dan Parsi dan menyampaikan ajaran Islam ke 2/3 dunia...

Feb 19, 2012
Barah Peradaban
Bagaimanakah agaknya pengurusan sekolah arab tersebut yang memandang bahawa baju Melayu adalah signifikan kepada ketakwaan agama..dan sebaliknya memakai baju biasa(seluar panjang/baju kemeja) tidak signifikan dengan ketakwaan kepada ugama.Tetapi,ustaz-ustaz yang bertugas di sekolah tersebut tidak pula memakai baju Melayu,bersampin dan bertengkolok..jika lah baju Melayu tersebut signifikan sangat dengan nilai keislaman dan kemelayuan.Bukankah merugikan ibubapa kerana terpaksa pula membuat berpasang2 baju Melayu semata-mata untuk bersekolah ugama?
Inilah namanya kekacauan pemikiran dan barah peradaban..
Jan 9, 2012
10 Juta
Pegawai A : "Takpe,jangan risau dan jgn buat byk sgt statement"
Mangsa S(Ass) : "Aku paham,aku pun nak stay low lepas ni"
Pegawai A : "Macam ni,lepas 6 bulan ni,buat satu lagi tuduhan"
Mangsa S(Ass) : "Haaaa??" terkejut beruk . "Tuduhan apa benda pulak?"tanya Mangsa S
Pegawai A : Tuduhan cucuk jubur kau lah..kali ni revision pulak..nak buat bukti baru"
Mangsa S(Ass) : "Tolong skit heyy..kontrak aku sekali liwat je beb...malas dah aku nak pergi klinik tunjuk muka,nak kena cucuk lubang buntut lagi..dah tentu kali ni cucuk lagi dalam"
Pegawai A : "Hey,kau kena ingat kau siapa"
Mangsa S(Ass) : "Aku dah x sanggup lah....aduiiiiii........tapi........"
Pegawai A : "Tapi tapi pulak..."
Mangsa S(Ass) : "Aku nak sekali ganda,10 juta kali ni"
Pegawai A : "Itu aku tak tahu,kau bincang dengan M..duit xde masalah.Nanti aku cari muka lebih kurang dia,tapi kali ni nak letak video dalam bilik kau,dan muka kau mesti nampak masa jubur tu kena tunjal...itu syarat dia"
Mangsa S(Ass) : "Ceh,celaka engkau ni...tak leh pakai stunt man ke?...aduiii...takpelah,muka pun muka lah..janji 10 juta,aku dah x mau duduk Malaysia lagi dah pastu,aku nak pergi Mongolia"
Perbincangan itu berkahir dengan kedua-duanya menikmati karipap yang dibeli dari kedai Makcik Yah di baawah kondominium tersebut
Dec 5, 2011
Pantun Alim
sangat pelik budaya melayu
bila berkenderaan sangatlah laju
tak kira tempat tak kira waktu
bila bekerja malas dan lesu
ayat suci dijadikan sticker
letak dikereta nak elak malapetaka
diri sendiri malas nak baca
quran jadi hiasan semata
songkok haji terletak dikepala
konon alim tapi tak baca tanda
bawak kereta macam celaka
mengaku islam dia yang punya
Dec 3, 2011
Pantun Muntah
Beruk-beruk berkumpul didewan
Makan minum semua disediakan
Sumpah setia pertahankan tuan
Demi tembolok jangan tak makan
Khinzir,siamang,tenuk dan rusa
Bercakap ugama macam lah dia scholar
Bangsa sendiri pun dia layan macam hamba
Kami doa nanti masuk neraka padan muka!
Beruk,siamang kaki tonggang
Maki pembangkang itu jelah yang dia pandang
Rakyat jijik tengok politik bangang
Jumpa pemimpin macam ni tepi jalan elok je terajang
Konon akulah parti mulia
Agenda hebat membantu semua
Kenanglah jasa berbudi sentiasa
Belakang kita duk kumpul hartabenda
Babi dan rusa suka senggama
Beruk suka perhati saja
Pilihanraya kena tunggu idea
Nampak sangat itu sifat betina
Pantun Jilat
Dulu kita selalu temberang
lepas temberang sapu rakyat punya wang
sekarang kita dah kena serang
rakyat dah cerdik,mata dah terang
Dulu nikmat dapat projek
itu sebab semua pemimpin kita bodek
cium buntut macam makan keledek
rasa seronok macam kena geletek
Jilat tangan dah jadi amalan
tanda taat hamba kepada tuan
konon-konon parti yang agungkan tuhan
rupanya manusia dijadikan sembahan
Dec 2, 2011
Pantun OKU-Kesiannnn
Ketua kata lakukan transformasi
Hamba-hamba jawap lah kami patuhi
Rakyat jerit "reformasi"
2012 nanti dia jadi parti basi
Pemuda Harapan Bangsa
Puteri tonjolkan dada
Wanita ada cerita
Dapat subsidi juta-juta
Lembu kurus kering
Ahli-ahli kena kencing
Lama-lama bau hancing
Lembu mati subsidi pun kering
Dalam hati nak menang pilihanraya
Serang OKU yang takde media massa
Tahun 2008 bukti nyata
2012 confirm tak bernyawa
Ramai beruk berbaju merah
Ungka bertempik kononnya gagah
Nak tutup rasuah dan juga salah
OKU jugak di cap baruah
Puteri Jingga menjual coli
Coli dipakai dibadan sendiri
Dalam hati tak sanggup akui
Kumpulan sendiri dah macam nak mati
Pemimpin sewel kencing berdiri
Ahli bebal kencing berlari
Maki OKU puaskan hati
Rakyat undi mampuslah kau nanti!
Jul 18, 2009
Hobbit Vs Uruk Hai

Ada sesuatu yang membanggakan apabila menonton begitu ramai peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil . Ianya lebih ramai dari di Old Trafford sendiri . Stadium penuh dan padat . Tetapi siapakah mereka ini ? Mereka ini sudah tentu bukan peminat Malaysia kerana 80% dari mereka memakai jersi berwarna merah . Adakah mereka ini peminat bolasepak MU atau hanya peminat kelab bolasepak MU?Kebanyakan dari mereka adalah peminat kelab,mereka bukan peminat bolasepak . Malahan mungkin ada yang masih belum tahu bagaimanakah off-side boleh berlaku dalam sesuatu perlawanan .
Agak musykil kerana apabila mendengar suara pengulas yang memuji pasukan Malaysia dengan pujian yang amat tinggi . Apakah mereka menilai sesuatu dengan jumlah gol yang tertera?Sedangkan sebahagian besar permainan,bola hanya berada di kawasan Malaysia . Dan dua biji gol yang dijaringkan oleh Malaysia bukanlah sesuatu gol yang boleh dibanggakan,cuma gol pertama sahaja ianya dilihat agak bijak,tetapi bukan suatu gol yang dicipta oleh suatu pergerakan yang mantap . Gol kedua adalah jelas kesilapan MU yang kelihatan letih,dan kurang motivasi serta beraksi dibawah tahap sebenar(lagipun untuk apa bersungguh sungguh..)
Akhbar-akhbar esok hari sudah tentu akan memberikan pujian melangit kepada pasukan Malaysia(sikap yang membunuh sesuatu sukan) . Dan pujian sebegini sebenarnya tidak akan membawa pasukan Malaysia kemana mana . Lihat dimana kita sekarang berbanding Korea,Jepun,Iran,China dll . Dan kita pula selepas ini hanya menumpukan kepada Sukan SEA(sukan yang tidak ada nilai dimata sesiapa) . Pasukan Malaysia tidak akan kemana mana 20 tahun dari sekarang jika kemampuan kita diukur dari perlawanan dengan MU . Lihatlah liga tempatan yang bercelaru . Tidak pernah didengar ada pasukan yang ingin menarik diri dari Liga,tapi ianya terjadi dalam Liga Superb(konon) di Malaysia .
Kenapa setiap kali kita melihat pasukan Malaysia beraksi,kita terasa ingin muntah? Apakah kerana wajah pemain mereka tidak sekacak David Beckham?Atau badan mereka tidak secantik badan Cristiano Ronaldo?Sebenarnya semua ciri ciri yang ada dalam bolasepak Malaysia memualkan . Dari pengurusan FAM,pengurusan Liga,personaliti dalam FAM dan individu yang bermain dalam pasukan Malaysia,semuanya dibawah piawaian antarabangsa . Dimanakah didalam dunia yang bertamadun,liganya masih berjalan sewaktu satu dunia menonton Piala Dunia?Sangat kelakar apabila mengenangkan pemain kelab-kelab di Malaysia berhempas pulas bertanding dalam liga tempatan sewaktu satu dunia sedang khayal menyaksikan pertandingan Piala Dunia . Disini sahaja kita boleh mengenalpasti mentaliti pengurusan FAM .
Selagi tidak ada program membina pemain dari umur 5 tahun,bolasepak Malaysia tempatnya di dalam tong sampah . Lebih kelakar,pemain yang berumur 23 tahun digelar pemain remaja . hahaha..Lihatlah pemain Malaysia yang fizikal mereka seperti Hobbit . Sudahlah kenit,lembik pula . Sekali ditolak oleh pemain MU,terpelanting . Apabila bersalam dengan Berbatov,seolah olah macam budak kecik dapat duit raya daripada ayahnya . Walaupun saiz bukan perkara utama didalam bolasepak,tetapi apabila melihat mereka berlari,kita sudah tahu ianya perlahan yang teramat . Apabila kita melihat mereka bersaing menggunakan badan,kita tahu mereka akan tewas . Teringat membaca majalah bolasepak pada tahun 1982 sewaktu Piala Dunia,dimana Zico menjadi bintang utama . Zico dibesarkan di kawasan setinggan,dengan badan yang kurus dan kecil bermain bola di kawasan setinggan . Tetapi ada kelab tempatan yang nampak bakat beliau,telah membawa beliau ke kelab bolasepak disitu,dan mula memberikan suntikan hormon dan vitamin yang cukup supaya beliau mempunyai badan yang tegap dan dapat bersaing sebagai seorang pemain bolasepak . Ini juga terjadi pada Lionel Messi yang mengalami masalah bantut . The rest is history .
Kecelakaan utama dalam bolasepak Malaysia ialah pemilihan orang-orang yang mengendalikannya . Lihatlah susuk yang ada didalam nya . Kenapakah orang politik perlu ada tanggungjawap dalam bidang sukan?Apa faedahnya dan hasilnya telah kita lihat . Kenapa ada manusia yang tidak mahu melepaskan jawatan walaupun tahap ranking pasukan Malaysia di ranking FIFA begitu teruk dan semakin teruk .
Kesian rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak . Mungkin ada rakyat Malaysia yang lahir dengan bakat yang mengkagumkan,tetapi bakat ini berkubur kerana pengurusan FAM yang tidak punya perspektif dan arah tujuan . Mujur kita ada stadium yang besar,sekurang-kurangnya MU akan pulang dengan memori indah ramainya peminat MU di Malaysia .
Jul 17, 2009
Ada Rakyat Mati Hari Ini
Ada rakyat mati hari ini
Bunuh diri
Mana kau tahu dia bunuh diri?
Aku tahulah sebab tiba tiba dia mati
Ada rakyat mati hari ini
Bunuh diri
Surat kabar cakap dia terjun berdiri
Saksi cakap ada yang tolak dari tepi
Masuk pejabat pagi sihat
Keluar malam dah jadi mayat
Mana rakyat tak hati hangat
Rakyat dah mula meluat
Nape pulok nak bunuh diri
Bukan dia kalah judi
Bukan berniaga dia rugi
Esok pun dah nak jadi suami
Nape pulok nak bunuh diri
Ingat nyawa boleh tukar ganti?
Takdok sebab nak jadi bebal begini
Cuma mungkin ada orang yang sakit hati
Ada rakyat mati hari ini
Terbunuh sendiri
Dulu ada orang tumbuk mata sendiri
Macam cerita pari pari :P
Ada rakyat mati hari ini
TerTerjun sendiri
Macam terjun bungy
Ada orang sebelah sana suka hati
Mati Cepat Mati Cepat
Cara senang guna CEmpat
Cara susah suruh dia lompat
Lepas tu buat buat terkujat
Kami semua sepakat
Kami tentang kerja jahat
PR buat BN buat
Semua nanti kami lipat
Sajak diatas tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah mati atau yang akan dimatikan .
Sekian dimaklumkan
Lama Sudah Tidak Di Sembur
Ahad petang pada 19 Julai 2009,ada gesaan berkumpul di Stadium Kelana Jaya,sila klik tajuk diatas untuk penjelasan lanjut
Teoh Beng Hock - Bunuh Diri,Mabuk atau Sewel
Dibawah ini adalah tanda-tanda bunuh diri yang di salin dari internet . Anda perlu membacanya supaya pemikiran anda dibawa kearah yang lebih logik apabila berhadapan dengan kes bunuh diri yang skrg tengah panas diperkatakan . Apabila membacanya,diharap kita tidak akan mudah membuat kesimpulan bahawa seseorang akan mengambil nyawanya hanya selepas disiasat selama beberapa jam .
Warning Signs for Suicide
The following are possible warning signs of suicide:
talking about dying: talk of disappearing, jumping, shooting oneself or other expressions of self-harm.
recent loss: death, divorce, a broken relationship or loss of a job can all lead to thoughts of suicide or suicide attempts. Other losses that can be indicative of suicide include loss of religious faith and a loss of interest in one's friends or activities the individual once enjoyed.
change in personality: the individual may exhibit unusual signs of fatigue, indecisiveness or anxiousness.
change in behavior: lack of concentration in work, school or everyday activities, such as household chores.
change in sleeping patterns: oversleeping, insomnia and other types of sleep disturbances can be suicide signs and symptoms.
change in eating habits: loss of appetite or an increased appetite; other changes can include increased or decreased weight.
decreased sexual interest: such changes can include impotence or irregular or missed periods.
low self-esteem: this suicide symptom can be exhibited through emotions such as shame, inferiority or self-hatred.
fear of loss of control: the individual worries about losing her sanity and about harming either herself or others.
lack of hope for the future: another suicide warning sign is that the individual feels that there is no hope for the future and that things will never improve.
Some other suicide warning signs include previous suicide attempts, a history of substance or alcohol abuse, excessive spending, hyperactivity, restlessness or lethargy.
Ok,sekarang anda sudah jelas,secara teorinya, kelakuan bunuh diri mesti mempunyai simptom atau tanda tanda . Dan semua benda didunia mempunyai tanda tanda semulajadi apabila berlakunya satu perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain . Apabila lapar,tanda perut berbunyi akan berlaku,apabila terlalu bersedih,tanda tanda kemurungan akan wujud di wajah . Begitu jugalah tanda tanda yang sepatutnya wujud kepada seseorang yang ingin membunuh diri .
Membunuh diri bukanlah kerja yang senang kerana kematian adalah sesuatu yang menakutkan . Lebih lebih lagi jika anda hidup dalam keadaan yang normal iaitu anda sihat,anda mempunyai pekerjaan,keluarga yang baik dan lebih lebih lagi anda telahpun merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihan anda .
Jadi,rencana ini ingin membawa anda berfikir,kenapa terjadinya bunuh diri kepada seseorang . Dan jika kesimpulan bunuh diri yang di tujukan kepada seseorang yang telah mati itu tidak benar,apakah yang sebenarnya terjadi sehingga nyawa seseorang itu tercabut dari badan .
Berbalik kepada kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan MACC, yang kemudiannya di war-warkan membunuh diri , mari kita selidik apakah tanda tanda 'akan membunuh diri' ini wujud pada diri beliau sebelum ini . Berdasarkan kepada teori diatas,mari kita tanyakan beberapa perkara ;
1 . Adakah beliau sebelum ini mengalami tekanan yang melampau sehingga beliau hilang kawalan diri,beliau jadi tidak fokus,kecewa yang teramat sehingga membawa kepada mengambil nyawa sendiri?
2 . Adakah beliau sebelum ini selalu mengalami perubahan sikap atau habit seperti yang disebutkan diatas?
3 . Adakah keluarga atau rakan-rakan beliau sebelum ini menyedari bahawa simptom simptom membunuh diri telah wujud pada diri beliau dan tidak melaporkan kepada pihak yang lebih pakar dalam menguruskan masalah ini?
Jika perkara perkara sebegini tidak wujud,kenapa perlu beliau membunuh diri?Dan kenapa perlu pergi ke satu pejabat dimana beliau seharusnya membantu dalam suatu siasatan dan akhirnya mengambil nyawa beliau disana .
Walaupun tidak dapat dibuktikan secara hakiki bahawa setiap mangsa bunuh diri akan meninggalkan nota bunuh diri,tetapi kebanyakan kes bunuh diri lahir dari kehilangan harapan untuk hidup dan mangsa akan menulis sesuatu supaya akhirnya keluarga atau rakan-rakan dan orang tersayang tahu kenapa tindakan seperti itu diambil .
Jika kita lihat di negara ini yang mengamalkan sikap 'penahanan tanpa bicara' , mangsa-mangsa yang telah ditahan bertahun tahun tidak banyak yang membunuh diri walaupun kita tahu bahawa sudah tentu hidup yang terkurung seperti binatang itu lebih membawa tekanan kepada mereka . Jadi,kenapakah manusia normal seperti Teoh Beng Hock ingin membunuh diri?
Jika kita benar-benar percaya bahawa tidak mudah untuk membunuh diri dan kita percaya bahawa seorang insan yang bernama Teoh Beng Hock ini tidak membunuh diri,bermakna kita percaya bahawa sesuatu telah berlaku ke atas beliau sehingga mengakibatkan kematian beliau .
Tidak perlu menggunakan teknologi CSI untuk mendapatkan prima facie dalam kes ini . Mungkin kita boleh mengatakan bahawa beliau terjatuh dari tingkap . Tapi adakah Teoh seorang yang sewel dan mabuk untuk boleh secara tiba tiba jatuh dari tingkap?Ini adalah persoalan logik akal yang tak perlu dibahaskan . Dan tidak mungkin Teoh akan meminum Beer sehingga mabuk sebelum disoal siasat oleh pihak MACC .
Oleh itu,jika beliau tidak membunuh diri,maka kita harus percaya bahawa nyawanya diambil oleh sesuatu yang lain . Apakah motifnya??,itu bukanlah sesuatu yang dapat kita selesaikan dalam masa satu hari . Ianya memerlukan satu siasatan yang telus dan ikhlas untuk memberikan rasa pertanggungjawaban kepada semua rakyat .
May 28, 2009
Susuk Sengih Beruk
Final Champions League baru saja melabuhkan tirai . Apa yang hendak diperkatakan ialah tentang beza kita melihat kepentingan sesuatu perkara . Jika kita selalu terlibat dengan sepak terajang dan organisasi bolasepak Eropah,dan selalu menyaksikan perlawanan bolasepak Eropah,atau apa sahaja sukan di Eropah,kita sudah pasti akan mudah melihat trend ini . Trend yang dimaksudkan ialah trend penglibatan sesuatu golongan atau puak dalam sesebuah organisasi sukan .Apabila sampai waktu untuk menganugerahkan piala kepada pasukan yang menang,biasanya presiden sesebuah persatuan;contoh disini ialah Presiden UEFA iaitu Michel Platini akan di beri penghormatan untuk menyampaikan medal dan piala . Walaupun perlawanan ini diadakan di Italy,tetapi kehadiran Perdana Menteri Itali iaitu Berlusconi dan kehadiran putera Wales iaitu William tidak dapat menafikan kepentingan Platini sebagai bos besar kesatuan bolasepak Eropah . Jadi,tidak ada sesiapa yang layak untuk memberi medal dan piala melainkan dia walaupun Perdana Menteri tuan rumah juga hadir .
Cuba bawak diri anda ke sebuah negara BolehLand . Siapakah yang anda dapat teka akan hadir memberikan hadiah?Kalau sukar sangat untuk membayangkan susuk yang menyempil untuk memberikan hadiah ini,anda tunggu sahaja apabila sesebuah pasukan negeri atau kelab memenangi kejohanan bolasepak seperti Liga Super,anda pasti akan melihat susuk ini beriya iya menonjolkan diri(kadang kadang ia diarak pula dengan kenderaan sewaktu meraikan kemenangan dalam sesuatu kejohanan) untuk membuktikan bahawa beliaulah yang memberikan banyak sumbangan idea dan segala galanya dalam memajukan sukan . Padahal,susuk susuk ini adalah manusia politik yang diangkat secara automatik menjadi presiden atau penasihat sesebuah persatuan . Mereka ini kadang kadang kosong jiwa dan wacana dalam membangunkan sukan tetapi atas dasar politik bangkrap jiwa,maka mereka diangkat menerajui persatuan sukan dan tersengih seperti beruk apabila pasukan mereka memenangi sesebuah kejohanan .
Kalau anda rajin meneliti organisasi sesebuah pasukan bolasepak Eropah,anda pasti menemui nama nama besar dalam bolasepak yang menerajui kelab tersebut . Dan yang pastinya,susuk susuk manusia politik tidak diperlukan untuk memajukan bolasepak . Dan ada juga susuk susuk seperti ini memperkenalkan program kononnya untuk mencari bakat bakat baru,tapi semuanya kosong dan tinggal baunya yang tengik sahaja .
Jadi,pelikkah anda jika pasukan bolasepak Malaysia menduduki ranking ke seratus berapa ntah....
Dec 25, 2008
If I was Born as A Non Muslim(Part 2)
If I was born as a non Muslim,which religion should i choose?Am I attracted to Islam?should I attracted to it because what I see,Islam now is a religion which their follower are 10 steps backward . Compared to the era of Muhammad p.b.u.h,their followers are people who loves knowledges . They are leaders of all fields . What about Islam now?See how Malays conducting their lives,from the aspect of healthy,knowledges,religion practising,morale,attitude and many many things that every one can see around us . As what I always thought,if we are follows what Muhammad and Allah says to us,we will definitely rule the world . Why,because the answer is in the Quran . Everything but we are practising this religion base on what we were told by our ancestor,not by the book(Quran) .
Let see how Muslim(especially Malay) taking wuduk(cleaning up using water before prayer) . We wasting so much water . Muhammad doesn't teached us that way bcoz its a sin for him to do what Syaitan's do(wasting water) . But,you can go to the mosque and see how terrible Muslim taking wuduq with such a waste . Its a small things but from the point of knowledge,Muslim is only teached how to taking wuduq,not the symbol of how we should clean ourselves with a minimun of water . Its only a symbol of cleaning our body,not using such an amount of water to clean up ourselves which is already clean . Think about that .
End of Part 2

Subscribe to:
Posts (Atom)