Jul 30, 2008
P.A.S Jadi P.B.S(Parti Bodoh Sombong)
Jul 26, 2008
Kereta Kebal Tu Pun Duit Rakyat
Apa masalah pulak mamat ni nak tahan kereta kebal?kalau dia boleh tahan kereta kebal,kereta tu boleh dipanggil kereta bebal lah sebab sudah tak berfungsi kebalnya .
Ini adalah salah satu "Historical Moment" di Medan Tiananmen dimana demonstrasi rakyat pada tahun 1989(atau lebih dikenali sebagai June Fourth Incident) menyebabkan kematian ribuan pelajar-pelajar universiti tempatan .
Jika disini,pelajar pelajar cuma menahan bas untuk ke Komplek Pertama atau Sogo ataupun Pasar Seni . Yang lebih syok,menahan bas untuk ke Taman Tasik Titiwangsa dan kemudian menjalankan aktiviti membuang masa .
Semenjak AUKU diperkenalkan,pelajar pelajar telah mandul dari segi kesedaran politik dan keterlibatan dalam aktiviti politik . Yang menjadi bahan lawak,kursus Sains Politik masih lagi diajar di universiti tempatan,dan sewaktu di sekolah menengah,perdebatan antara sekolah sekolah adalah perkara biasa . Tapi bila diuniversiti,pelajar pelajar pula diharamkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik sedangkan politik ialah asas kepada kemerdekaan jiwa rakyat .
Walaubagaimana mandul pun pelajar Malaysia sekarang dengan aktiviti politik mereka,kes kes buang bayi dan termengandung di kolej serta pusat-pusat pengajian tinggi masih wujud . Ini menunjukkan bahawa tahap kesuburan mereka masih lagi terkawal .
Jul 23, 2008
Jews Is Our Brothers
Hehe..cuba tengok betul betul video ni,Presiden Paling Mengancam dan Paling Berani(walaupun bukan Pengerusi Oh I See)Mahmoud Ahmadinejad,sedang berpeluk dengan Rabbi Jews . Untuk pengetahuan anda,Ahmadinejad masih tinggal dirumahnya yang sederhana dan telah mendermakan karpet mahal serta pelbagai barangan mewah dipejabat Presiden kepada pihak Muzium semasa beliau memasuki Pejabat Presiden pada kali pertama dahulu .
Berbalik pada soal video,cuba kita ingat semula macamana media media beruk di Malaysia telah mempermainkan adegan peluk memeluk diantara Anwar Ibrahim dengan Mat Saleh dan memperbesarkan tajuk "ANWAR IBRAHIM AGEN AMERIKA " . Hahaha...lawak lendir+air liur basi naik bas ekspress . Macamana kepala otak Penerbit yang boleh duduk dalam syarikat media macam ni . Sure dalam kepala dia hanya ada suku je membran otak . Itupun otak itu digunakan untuk memikirkan soal nafsu syahwat dan menggerakkan anggota badan sahaja . Nanti pada tahun 2050,cucu cicit Penerbit tersebut akan tengok semula siaran berita tu,dan maki hamun moyang dia sebab sanggup melacurkan intelektual manusia dengan menyiarkan berita hina macam tu .
Cuba pulak kita baca tajuk baru macam ni " MAHMOUD AHMADINEJAD BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI",hanya dengan merujuk video diatas sahaja . Macamana pulak rasanya?mesti kita semua akan pengsan kerana kenyataan tu macam tengok Rosmah(bukan nama sebenar) jual Apam Balik kat Kg Temai,Pekan Pahang .
Jul 22, 2008
Mari Kita Tegakkan Salib
Mesti minda anda semua sedang terfikir sekarang,murtadkah TukunNegara?Ini menandakan anda fobia dengan salib . Dan jika anda fobia dengan salib,bermakna anda sedang berperang dengan kekalutan jiwa dan akidah Islamiah anda sendiri .Ada rakan yang menceritakan bahawa jirannya telah membuka semua "tiles" di garaj rumahnya kerana coraknya mempunyai lambang "+" atau Salib . Hahaha..ini betul betul lawak pembaziran yang mengecutkan usus .
Ada rakan yang memakai jersi pasukan bolasepak England(yang mempunyai lambang salib pada lambang persatuan bolasepaknya) merasa berdosa yang amat sangat dan gundah gulana kerana merasakan telah mengagungkan ugama Kristian . Tapi rakan tersebut tidak pernah dilihat menunaikan solat 5 waktu kecuali solat sunat AidilFitri .
Jadi,dimana asasnya ketakutan kita kepada lambang salib jika kita sendiri mempercayai dan mengimani bahawa segala kebaikan atau musibah adalah datang daripada Allah . Mungkin ramai daripada kita telah mendengar syarahan tok-tok guru dahulu yang sangat keras menentang apa sahaja lambang salib yang wujud dipersekitaran kita . Hinggakan tiang kayu penyandar pokok mempelam pun tidak dibenarkan berbentuk salib . Apa sahaja yang berbentuk salib dikhuatiri akan mengakibatkan akidah umat Islam terpesong .
Jika kita percaya bahawa Islam adalah ugama tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam,mengapa takut dengan salib dan Injil?Bagaimana untuk kita melahirkan seorang lagi Ahmad Deedat yang kehilangannya sangat sangat ditangisi oleh seluruh dunia Islam kerana wibawanya berdebat dan bermuzakarah dalam soal perbandingan ugama .
Umat Islam sepatutnya sangat terbuka dengan dialog antara ugama,bukan melarikan diri dengan pelbagai alasan . Ulama yang menentang dialog adalah ulama yang sempit dan terkebelakang pemikirannya . Umat Islam sepatutnya meraikan kepercayaan orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain menerima keislaman mereka .
Sekarang apa yang kita lihat, keislaman kita menjadi satu "escapism" untuk kita tidak membantu manusia yang lain dalam menjalani kebebasan beragama mereka . Sehinggakan ada diantara kita yang sanggup lari dari membantu manusia yang sedang kemalangan kerana mereka bukan Islam . Dari langit manakah ajaran sebegini dikembangkan?
Dalam syarahan Dr Syed Farid Al Attas,seorang professor Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Singapura,beliau menyatakan bahawa umat Islam sepatutnya membantu umat Kristian menyelesaikan masalah hidup mereka walaupun dalam soal menegakkan salib dibangunan dan tidak dibenarkan . Ini kerana kedudukan umat Islam yang menjadi majoriti dinegara ini,dan sebagai umat Islam kita sepatutnya komited untuk membantu masyarakat walaupun berlainan kepercayaan .
Dalam satu peristiwa forum awam tentang kebebasan pemikiran,kesedaran dan ugama pada tahun 2004,Presiden Penasihat Majlis Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh SeMalaysia telah mendedahkan bahawa walaupun banyak kuil "gurdwaras" termasuk yang berusia 100 tahun di Kuantan,mempunyai kubah,mereka sekarang nampaknya tidak lagi dibenarkan membina kuil mereka dengan bentuk kubah kerana dikhuatiri mengelirukan umat Islam yang menyangkakannya adalah masjid .
Untuk pengetahuan anda,Masjid Hagia Sophia(Ayasofia) yang mempunyai kubah,dan kemudian kubah tersebut menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain selepas kerajaan Uthmaniyah menakluki Konstantinopel(Istanbul),adalah sebenarnya gereja semasa Empayar Bizantin . Jadi,sepatutnya kita semua harus membuang semua kubah dari masjid kita kerana ianya adalah tinggalan senireka gereja . Jika pergi ke negara China pula,masjid mereka berbentuk seperti kuil Buddha atau Pagoda di Pulau Pinang .
Alangkah terpesongnya kita apabila mencampurkan ugama dan budaya serta menganggap bahawa ugama berpegang pada teras budaya . Cuba perhatikan bunyi gambus dan irama muzik Timur Tengah sebelum pengumuman waktu solat di TV,adakah irama muzik ini menandakan Islam dan apakah signifikan irama muzik sebegini dengan jati diri Islam itu sendiri . Apakah nilai keAraban menandakan keislaman?
Ada umat Islam yang pernah menegur saya dimasjid dan marahkan saya kerana memakai topi ketika bersolat . Mungkin beliau mempunyai bukti bahawa Nabi Muhammad pernah memakai songkok yang dikatakan berasal dari India .
Jul 21, 2008
Mandi Wajib Untuk UMNO
Nak muzakarah?baik sebut betul betul sebab kata dasar muzakarah tu lain macam bunyinya . Kalau orang orang PAS ambik aku jadi Presiden,dan bila media tanya aku tentang muzakarah PAS-UMNO,aku akan jawap 3 ayat yang akan menyebabkan tiada lagi muzakarah sampai hari kiamat iaitu"UMNO ITU SYAITAN"
So?nak muzakarah dengan syaitan?
Aku sebenarnya naik menyampah,jelak dengan sikap tidak konsisten PAS tentang muzakarah atau apa apa saja yang akan melahirkan perjumpaan antara UMNO dgn PAS . Disaat UMNO di henyak dan dibaling najis oleh rakyat,pimpinan PAS ingin pula berkongsi najis ini dengan UMNO . Sungguh pelik dan janggal .
Apa saja agenda,jika ianya lahir dari UMNO,semuanya adalah najis . Takkan sifir politik semudah ini gagal difahami oleh pimpinan PAS . Apa yang PAS harapkan dari perjumpaan ini?Apa yang aku nampak,imej PAS akan hancur dan sokongan kepada mereka akan mengecut .
Rasanya gerak politik yang diambil ini bukan saja memualkan,malahan mungkin akan menghancurkan Pakatan Rakyat . PAS sepatutnya menjadi jaguh membela Anwar Ibrahim yang dianiaya dan dihina dengan tuduhan liwat . PAS sepatutnya kedepan dan parti yang pertama memberi sokongan padu kepada Anwar serta menolak semua tuduhan politik jahat yang lahir dari pimpinan Pakatan Najis .
Tapi,disaat pimpinan PAS percaya bahawa ini semua tuduhan politik bangsat dari Pakatan Najis,mereka masih pula sanggup bersekongkol dengan syaitan yang selalu memasang perangkap hina pada mereka . Berjumpa saja dengan UMNO sepatutnya difatwakan haram kerana mereka sekarang ditahap najis mughalazah yang tidak boleh disentuh,dan wajib disamak . Apa dosa yang UMNO tidak lakukan pada PAS??
Hanya satu sahaja perjumpaan yang boleh dilakukan oleh PAS untuk UMNO iaitu;
Acara Mandi Wajib Mencuci segala Najis Untuk Seluruh Pakatan Najis UMNO yang selama ini menghancurkan tamadun dan kesusilaan masyarakat Malaysia .
Klik tajuk diatas untuk baca kenyataan Nik Aziz
Jul 19, 2008
Surat TukunNegara Kepada Tun Mahathir(2)
Aku dah baca banyak komen dalam ni,aku kesian pulak kat rakyat Malaysia . Ini semua sistem yang BN tanamkan dalam kepala kita iaitu belajar tanpa menggunakan otak .
Aku tak tahu apa salah Anwar,bila Anwar disabitkan liwat,dia dah jadi musuh rakyat Malaysia(yang tolol macam penuduhnya).Tapi bila Chua Soi Lek mengaku tak bermoral,dia dipuja kononnya telus dan dijulang sebagai hero . Ada jugak kes berebut kuasa antara dua pemimpin BN sampai seorang kena bunuh,yang tertuduh bersalah,tak pulak dihukum seperti skrg . Sedangkan Anwar mempertahankan haknya dari dipecat(sebelum dibuktikan bersalah),dihina,dimalukan,dijadikan musuh seolah olah beliau bukan manusia . Come onlah . Sikap bodoh dan bangsat macam ni menguntungkan BN dan pemimpin macam Tun,tapi merugikan rakyat akhirnya .
Tapi,hang ni Tun,pandai manipulate kepala otak Melayu kat Malaysia ni,satu je tuduhan,satu Malaysia percaya tanpa buat analisis . Satu Malaysia boleh puja Tun sampai sekarang walaupun Tun ni menipu kata Anwar selamat dalam tahanan(padahal mata dah lebam) .
Kalau nak cerita pasal moral buruk,pergilah siasat pemimpin BN yang lain,aku ingat yang liwat ikut mulut lagi ramai rasanya . Tapi,Anwar jadi mangsa sebab dia rival Tun . Itu aje . Tapi aku tak salahkan hang Tun,bagi aku,Syaitan akan kekal dengan sifat kesyaitanan . Terpulang pada kita nak menerimanya atau tidak . Kalau aku kena tuduh liwat,lepas tu dibebaskan oleh court,aku akan lempang dan sepak sesiapa yang pandai sangat buat cerita dan tuduhan . Tapi Anwar,dia dah maafkan Tun . So,cukuplah fikir nak buat benda yang tak elok . Umur pun dah 80 lebih,cuba playback semula apa yang dah Tun buat selama ni .
http://tukunnegara.blogspot.com
Surat TukunNegara Kepada Tun Mahathir
lawati www.chedet.com
Jika tiada surat tersebut,menunjukkan Tun sangat sedih membaca tulisan Tukun yang penuh emosi lagi fantasi
Hye Tun
I tengok kat dalam comment ni ramai yang kata Anwar peliwat . Ada yang yakin sampai 1000% yang Anwar ni peliwat . I rasa dia orang percaya bcoz yang start buat tuduhan ni ialah Tun . Kalau yang buat tuduhan ni Mat Bulat(kawan Tun lah)maybe dia orang tak percaya . Asasnya kepercayaan dia org bukan pada bukti teknikal,tapi kerana yang bercakap ialah Tun sendiri . Lihat saja bukti terbaru,laporan polis Saiful,OKT(Anwar) tak boleh dapatkan salinan . Ini undang-undang mana Tun?Cuba you yang sekular ni perjelaskan sikit .
I tengok pemuja you ramai dalam blog u ni . Maybe dia ni orang yang memuja individu bukan kerana kebenaran,tetapi kerana kredibiliti seseorang . Saya memuji Tun sebagai seorang yang ada wibawa jika dibandingkan dengan Sabaruddin Chik atau Mohamad Rahmat . Tapi bila Tun menuduh Anwar meliwat,siapa nak percaya?Kalau Tunku Abd Rahman tuduh Tun meliwat,saya pun tak percaya sebab bagi saya,bukan mudah meliwat lelaki berumur 51tahun,27 tahun dan yang terbaru 23 tahun . Tun jangan fikir kami ni guna otak lembu . Saya bukan pemuja Anwar atau Haji Hadi,tapi kalau bencikan seseorang,janganlah tuduh beliau rosak moral . Be a gentleman lah . Lawan dengan intelektual,bukan dengan veto power . Tun kan seorang negarawan .
Sekarang satu negara rosak disebabkan tangan tangan Tun selama 22 tahun menjahanamkan negara kita . Jangan mudah dibelai dengan pujian didalam blog ni . Cuba Tun buka satu website(www.bencitunmahathir) untuk manusia di Malaysia ni lahirkan perasaan marah dia pada Tun,I ingat 15 juta orang akan masuk pada bulan pertama sahaja .
Tun,I ingat better u berenti bercakap . Bagi Mukhriz pulak sambung you punya kebebasan bersuara tu . Lagipun,you dah tak releven . Dulu nak jadi perwakilan pun tak cukup kuota . Tun naik semula bukan sebab orang suka,tapi sebab ada orang yang tidur tak bangun bangun . Dulu Tun tak suka blog,cakap pembangkang ni menjahanamkan negara .NGO pun Tun cakap elok mati sahaja . Now,masa untuk Tun jilat semula muntah nanah yang Tun keluarkan dulu .
Kalau Tun boring orang asyik puji Tun aje,sila lah lawat ;
http://tukunnegara.blogspot.com
Happy Belated Birthday Tun!
"How come a person like you have supporters"
Jul 14, 2008
Kubah Terbang
Tapi,yang aku pelik,kenapa aku dengar ada orang nak meraung raung macam kena rasuk plak!
Tanda Pemikiran Kebelakang
Ini satu lagi perangai pelik umat Islam sekarang yang sangat pelik+ajaib . Boleh pulak tanda-tanda kekuasaan Allah diletakkannya pada sesuatu benda sahaja seperti nama Allah pada sarang lebah,nama Allah pada awan,nama Allah dalam telur dan macam macam .
Habis,kita ni semua,bumi,langit,organ sex hangpa semua tu,bukan tanda kekuasaan Allah ke?ish,musykil betul aku pemikiran yang jenis kebelakang ni . Nampak ada bentuk melendut nama Allah,dah nak dikira nama Allah . Nama Allah ni tertampal pada semua benda dalam dunia ni,semuanya Copyright Control By Allah . There is no company for Allah . Sole Proprietor . Semua benda yang dibuat dalam dunia ni,patutnya kita kagum . Bukannya apabila tengok anjing kepala 3 baru kagum .
Ambil contoh Harun Yahya,melakukan kajian sains untuk buktikan bahawa sains membuktikan kewujudan tuhan melalui Quran . Barulah orang ada hormat sikit .
Tolong Jadi Binatang....pleaseee!!!
Apakah caranya untuk membezakan binatang dengan manusia?? Binatang ialah makhluk ciptaan tuhan yang perangainya berbeza dengan manusia . Dan binatang biasanya hanya menggunakan emosi untuk melahirkan sesuatu perasaan samada marah,gatal,biang,seronok,lapar dan memberontak . Manusia telah diberi kelebihan iaitu kepala hotak yang mempunyai otak+intelektual atau akal . Walaubagaimanapun,aku masih berpendapat bahawa binatang juga mempunyai akal,berdasarkan peristiwa Nabi Sulaiman bercakap dengan binatang . Jika binatang tidak mempunyai akal,mana mungkin Nabi Sulaiman mendapat manfaat daripada percakapan baginda dengan binatang .
Tetapi,sifat binatang yang biasanya mengikut emosi tanpa ada pertimbangan akal biasanya disebabkan kelemahan mereka dalam menyatakan hujah melalui akal . Dimana jika ditakdirkan Harimau boleh berhubung dengan kita seperti mana manusia biasa,kita mungkin akan menguji Sang Harimau dengan soalan seperti " Wahai Harimau,apakah nama saintifik bagi pokok Tembusu" . Dan apabila mendapat soalan sebegini,Sang Harimau akan tercengang-cengang kerana soalan ini perlu kepada pemerahan minda dan ketajaman intelektual . Oleh itu,Sang Harimau akan menjadi marah dan memberontak adanya kerana begitu marah tidak dapat menjawap persoalan tadi . Maka,akhirnya kita sebagai manusia yang bertanyakan soalan tadi akan dibaham dengan penuh emosi dan terus diheret keluar daripada hutan .
Oleh itu,peringatan kepada masyarakat manusia yang tiada hujah,tolonglah berperangai seperti binatang dengan mencekup leher orang lain jika tidak dapat menjawap soalan dengan menggunakan akal+intelektual .
TukunNegara ke 5 : Kesombongan dan Kebiadapan
