Followers

Sep 18, 2008

Hantu Mata Lebam

8hb Mac 2008 - Suku sakat hantu Raya,Polong,Toyol,Kuntilanak dan Hantu Kopek telah di diludah dan dilumur najis oleh rakyat manusia..kesian..nak buat macamana,rakyat dah tak suka tapi masih nak kacau manusia dengan gangguan yang tak releven lagi seperti mengilai di atas pokok,bertelanjang dan mencuri duit,menghisap ibu jari tuan nya,menyergah manusia secara aktif tak kira siang atau malam,melompat lompat ditepi jalan dan berterbangan menggunakan kepala tanpa badan . Ini semua taktik lama yang rakyat manusia dah tak boleh terima serta tidak lagi menyeramkan .

14 April 2008 - Hantu versi lama iaitu Hantu Mata Lebam yang hensem telah keluar dari kubur(setelah 10 tahun tinggal dialam barzakh) dan telah ber evolusi semula menjadi manusia baru untuk bertanding melawan suku sakat hantu pelbagai jenis(Multi Type Ghost) yang tak mahu-mahu masuk kubur

14 April-25 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam berjaya menarik suku sakat manusia menubuhkan satu Batalion yang dinamakan Kumpulan Bomoh Sejagat untuk mengusir suku sakat hantu Polong,Toyol,Pontianak,Hantu Raya dan Hantu Kopek yang tak mahu mahu masuk kubur dan sombong dengan jatidiri hantu mereka serta tak serik serik membuat kacau selama 51 tahun .

26 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam telah sebulat suara dipilih oleh semua golongan wakil manusia untuk menjadi Ketua Umum Kumpulan Bomoh Sejagat dan mendapat lesen menghalau suku sakat hantu untuk kembali masuk kubur .

16 Sept 2008 - Tarikh permulaan Hantu Mata Lebam memimpin Kumpulan Bomoh Sejagat masuk ke gelanggang untuk mengusir golongan suku sakat hantu hantu jahat masuk ke kubur .

Dari kenyataan Hantu Raya sebentar tadi,Hantu Mata Lebam harus dikuburkan kembali dan dimasukkan kedalam keranda besi yang dipateri dengan besi kursani kerana Hantu Mata Lebam sekarang telah menjadi ancaman kepada dunia keseluruhannya . Hantu Raya sangat berharap agar apabila Hantu Mata Lebam ini dikuburkan maka ianya nanti akan hanya kekal sebagai mitos mitos lama sahaja .

5 comments:

Fazrulls said...

Wahai Tuan,

Amat berani dan gerun hantu mata lebam sekarang.. auranya tidak seperti dulu... sekarang ni banyak pengikutnya..

Salam

AnakWatan said...

bodoh punya tukun...

kau nak jadi mcm singapore....

cina dapat kuasa.,.. apa belas ihsan dia pada melayu

depa nak kongsi kuasa ke....

bengong kau nie...

jgn ckp AGAMA kalau kau tak paham

adil dalam ISLAM mcm mana...

MALAYSIA nie 70% MELAYU dan ISLAM

kenapa nak sama rata pulak

bodoh

TukunNegara said...

anakwatan
padan muka melayu!melayu mcm kau ni ada pun x menambah,takde lagi elok .

nape nak bandingkan singapore?pegi tengok melayu kat cape town,semuanya maju,kenapa?

mana kau punya bukti cina tindas melayu?sapa yang tindas sapa sebenarnya . apsal melayu dapat 7% diskaun beli umah?kau melayu sengek takde duit ke?sbb tu kau golongan istimewa .

abis,selama ni umno x kongsi kuasa ke dgn mca,mic?

so,kalau melayu apa jaminan dia tak makan duit kau org?kau ingat semua melayu masuk syurga ke?ramai melayu perangai teruk drp bukan melayu dan kes jenayah melayu semuanya juara,kes dadah melayu semua juara,kes buang anak melayu semua juara,kes sosial semua melayu juara . so,mana melayu baik?melayu baik tak duduk dlm parti keris lah...

adil mcm tu parti keris yang ajar!70% untuk aku,30% untuk anak anak aku .

apa?hang ingat agama ni bodohlah je boleh cakap?kau ni agama bahai ke?

melayu mcm kau ni yang bagi parti keris pelahap harta benda rakyat dlm malaysia ni . ada otak letak celah kelangkang . cuba kau bagi aku satu ayat quran yg kata bila islam perintah,kena bagi share keistimewaan pada melayu..ada tak?

kalau takde,lepas ni kau rendam bendera keris,dan minum air dia 3 hari 3 malam bagi jernih otak!

TukunNegara said...

fazrul
hantu mata lebam sekarang sangat merbahaya...dimana saja dia pergi,semua suku sakat hantu cuba nak mengelak dari bertembung...apalah aura yg diguna oleh hantu mata lebam ni..huhuhu

Anonymous said...

assalamualaikum saudara,

saudara tak perlulah samakan manusia dengan syaitan, sesungguhnya manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian.

tak perlulah mengutuk sesama kita sebaiknya kutuklah negara-negara luar yang sentiasa mencuba menghapuskan Islam.

BN pun terdiri dari manusia jugak, so, mesti ada silapnya..takder satu orang pun kat muka bumi ni yang perfect.

jangan komen ikut nafsu nanti jadi fitnah plak...

adakah anda jamin sekiranya pakatan rakyat akan perfect sekiranya memerintah??? Adakah anda sanggup bertaruh sebuah negara yang sedia aman dengan sebuah negara yang belum tentu hidup????

sekian...