Followers

Sep 24, 2008

Melayu Islam,terselam dalam kelam

Bulan puasa bulan yang mulia . Hanya bulan sahaja yang mulia,perangai belum tentu yer...Apa sebenarnya tujuan kita disuruh berlapar dan dahaga serta menahan nafsu dibulan puasa ini?Aku jadi serba salah kerana tidak memahami apa beza bulan puasa dan bukan bulan puasa . Adakah setakat ritual bersahur(sudah tentu melahap nasi dengan lauk yang pelbagai),berpasar Ramadan,bertarawikh dan akhirnya berhari raya sakan?Hanya inikah puasa yang patut diamalkan kita?

Perkara pertama yang aku lihat di bulan puasa ialah perangai umat Islam Melayu . Contoh termudah ialah sewaktu membeli makanan . Sepatutnya di bulan yang MULIA ini,perangai pun menjadi mulia,bukan sebaliknya . Tetapi apa yang telah lama aku perhatikan,perangai umat Islam Melayu kadang kadang lebih besar gelojohnya daripada bulan selain Ramadan .

Sewaktu membeli makanan di Food Court petang tadi,perangai Melayu Islam masih tidak berubah . Memotong barisan untuk membeli makanan dan tiada rasa hormat sesama manusia sudah jadi amalan mulia masyarakat Melayu . Sedangkan beratur dalam barisan ini adalah asas moral yang paling "cikai" sekali . Jika beratur pun tidak dapat dilaksanakan dalam kehidupan,ini menunjukkan betapa seriusnya masalah moral Melayu Islam .

Kenapa perlu gelojoh untuk berbuka puasa?adakah terlalu lapar?bukankah kita diajar bersabar?bersabar itulah INTI kepada puasa . Sabar didalam perang ialah BERANI sementara sabar didalam puasa boleh dipecahkan kepada banyak elemen,diantaranya sabar menghadapi nafsu terhadap makanan . Kenapa perlu tolak menolak semata mata untuk menepati waktu 7.10pm untuk meneguk air . Adakah itu pahala terbesar yang harus diutamakan selain daripada membentangkan kecantikan akhlak mendahulukan sesiapa yang patut didahulukan?

Mereka menerima ajaran Islam iaitu berbuka mesti disegerakan,tetapi adakah suruhan ini menghalalkan ketidak hormatan kita pada manusia lain tidak kiralah mereka Islam atau bukan . Mempercepatkan berbuka puasa sebenarnya bertujuan untuk kita mendapatkan kembali tenaga supaya dapat mudah beribadat dimalam hari .

Ada suatu peristiwa yang menjengkelkan aku berlaku tidak lama dahulu sewaktu aku mengambil ibu ku di KLIA yang kembali dari menunaikan haji . Sewaktu beratur untuk mengambil barang-barang,aku telah dirempuh oleh 2-3 orang jemaah haji yang tidak sabar untuk mengambil barangnya sehingga sanggup menolak kami yang sedang beratur . Padahal mereka baru pulang dari menunaikan haji . Tapi inikah yang sepatutnya ditunjukkan oleh haji haji yang baru pulang dari "menghadap Allah"?Atau mungkin mereka hanya mendapat haji Dam sahaja agaknya berdasarkan perangai "lagha" dan gelojoh mereka itu .

Inilah celakanya bila beribadat kerana label dan ikut ikutan tanpa mahu memahami apakah amalan dan intipati yang terkandung didalam setiap ibadat . Sepatutnya apabila pulang dari haji,perangai dan akhlak kita 3 kali ganda lebih baik daripada sebelumnya . Kalaupun tidak berganda,lakukanlah perubahan asas dalam kehidupan seperti lebih mengutamakan orang lain,menghormati binatang,dahulukan orang tua atau bantu mereka yang dalam kesusahan .

Kalau anda perhatikan,dibulan puasa ini adakah umat Islam Melayu memandu kereta dengan lebih baik atau lebih gelojoh?Jika lebih gelojoh,maka tiada jugalah kebaikan daripada puasa yang dikerjakannya itu . Walaupun berpuasa tetapi tiada perubahan dalam perilaku moral,maka puasa tidak mengajar apa apa .

Umat Islam Melayu semakin lama semakin bercelaru akhlak mereka walaupun dibandingkan dengan mereka yang bukan Islam . Katakanlah didalam LRT,anda ternampak seorang wanita mengandung atau yang menggendong anak,berdiri dan meninjau untuk mencari tempat duduk,perhatikan siapa yang bangun untuk memberi tempat duduk kepada mereka?TIADA,NONE,NIL. Jika anda yang bangun,semua mata tertumpu pada anda seolah olah anda melakukan suatu yang luar biasa . Tak percaya,cubalah .

Aku rasa para pemimpin ugama harus kembali memperbetulkan nilai pengajaran Islam mereka kepada generasi sekarang . Ini kerana kita terlalu banyak mengambil label Islam daripada persoalan akhlak yang sebenarnya dalam sesuatu ibadat . Masih ada umat Islam Melayu yang tidak memahami bagaimanakah untuk berakhlak didalam surau,contohnya apabila lelaki melakukan solat secara berasingan,katakanlah solat Maghrib yang sunat nya kita membaca secara kuat sedikit,tetapi apabila ada orang lain yang solat di dalamnya,kita tidak perlu menguatkan suara kita kerana akan mengganggu mereka . Persoalan semudah inipun tidak difahami oleh umat Melayu Islam .

1 comment:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Ya betul tu.. betul tu.. nama ja bulan posa tapi macam2 jadi... hmmm

Selamat menyambut hari raya...