Followers

Aug 8, 2008

Jangan Bersikap Selesa

Walaupun Anwar Ibrahim bebas dengan jaminan bon,penyokong kedamaian dan penyokong rakyat yang anti konspirasi tidaklah harus bersikap lega dan berpuas hati . Perlu kita menanam sikap untuk sentiasa memantau strategi-strategi para konspirator kerana "jika kita merancang,mereka juga merancang" . Mereka juga punya think-tank yang bekerja 24 jam sehari untuk memastikan konspirasi ini berjaya . Tidak mungkin jika mereka memulakan konspirasi ini maka ianya harus dibiarkan kecundang sebelum mendapatkan keputusan yang dikehendaki .

Saya menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong rakyat berdaulat supaya tidak terlalu ber emosi dengan kehadiran Anwar dimana mana terutamanya di mahkamah nanti kerana emosi anda boleh dimanipulasikan oleh ejen ejen provokasi untuk mendatangkan sebab musabab yang akhirnya membantutkan kemenangan rakyat .

No comments: