Followers

Aug 25, 2008

P44 Keranda Untuk Siapa???





Semalam aku dengan kawan aku ke Permatang Pauh . Hari ni dah balik ke KL . Saja je aku pegi sbb nak tgk apa benda dah jadi kat sana . Tapi otw dari KL ke sana,jalan sibuk giler . Aku tak tahu yang otw tu orang Permatang Pauh yang nak balik mengundi,atau orang bukan Permatang Pauh yang disuruh balik mengundi . Dah lah hujan,lori banyak,yang nak ke Permatang Pauh pun ramai termasuk kami .

Sampai disana,aku terus pergi ke program ceramah Anwar di Guar Perahu . Tapi aku pelik dan sangat musykil sebab sepanjang perjalanan,aku tengok markas Gelembung Biru orang tak ramai . Aku sangka semuanya pergi dengar ceramah calon mereka agaknya . Poster dan bendera jangan ceritalah,takde tempat yang takde lambang . Bila sampai ke Guar Perahu,aku pelik lagi sekali sebab penuh sesak dengan manusia . Kenapa dia orang nak dengar ceramah Anwar??Bukankah Anwar diwarwarkan sebagai peliwat dan agen Kristian/Yahudi/Amerika dan nak jual negara . Ishh..nape jadi macam ni,makin buruk akhlak,makin ramai datang nak dengar ceramah . Adakah yang nak dengar ceramah ni buruk akhlak jugak?Tapi aku tengok atas kepala mereka banyak sungguh pakai kopiah putih dan songkok haji . Tak nampak pulak yang datang dengar ceramah ni mabuk-mabuk,atau pun pakai separuh bogel .


Lepas ceramah dan habiskan duit beli t-shirt,aku balik ke rumah abang kawan aku,nak tidur . Sampai sana dapatlah cerita 1st hand . Sebelum tu pun dah ada orang bagitau,ceramah puak-puak Gelembung Biru biasanya yang hadir hanya dalam skala orang tahlil kat rumah sahaja . Sedih sungguh aku dengar . Tapi aku bersangka baik dan positif . Mungkin sebab orang dah biasa dengar ceramah puak-puak Gelembung Biru ni,jadi tak perlu nak dengar lagi . Sebab biasanya ceramah mereka akan keluar TV . Ceramah Anwar,semakin malam semakin ramai org datang . Ini sungguh pelik lagi benar . Sepatutnya makin lama ceramah makin bosan sebab mesti takde isu lain selain isu peribadi liwat seperti yang di katakan oleh puak puak Gelembung Biru . Tapi ini tak berlaku pada ceramah Anwar,makin lama makin sedap pulak didengar . Orang semakin padat walaupun hari hujan dan bunyi generator bising .


Bila aku lalu lalu kat tepi jalan,dekat dengan markas Gelembung Biru,ada pulak poster sorang mamat tongong ni bersumpah . Salinan sumpah tu dijadikan poster . Aku nak gelak pun tak jadi,terus terkincit dalam seluar sebab lawak bangsat macam ni,sepatutnya di zaman nabi Luth pun dah tak releven . Makhluk Gelembung Biru ni,nama Islam sebab ada Bin kat tengah nama,tapi bila berpolitik,otak dalam kepala dia cair dan jadi najis . Geli geleman rasa(macam dipegang oleh Puteri Merah Muda) bila tengok poster sumpah tu,sampaikan aku yang nak ambik gambar pun tak jadi sebab dah terkincit .


Ada satu cerita lawak antarabangsa . Kakak ipar kawan aku cerita . Strategi baru Puteri Merah Muda nak approach pengundi hang tau macamana?Dengar tak cerita macamana Mamat C4 kena boo dengan pengundi kat Kubang Semang . So,daripada peristiwa ni lah menyebabkan Puteri Merah Muda takut nak pergi rumah ke rumah agaknya utk approach pengundi,so dia org pun guna taktik baru iaitu telefon setiap rumah pengundi . Diantara soal jawab dan dialog dia org dengan pengundi ialah ;

Puteri Merah Muda(PMM) : Assalamualaikum,salam dulu kini dan selamanya..

Pengundi : Sapa ni?macam pernah dengar je slogan tu?!

PMM : Yelah,kamilah akak,perayu undi dari Parti Gelembung Biru

Pengundi : Hah,apa kau nak(dengan nada tegas)??

PMM : Alaa akak ni,janganlah garang sangat

Pengundi : Bukan garang,apa yang kau orang nak? . Aku rasa macam tau je niat kau org ni . Nak ajak aku undi Parti Gelembung Birulah ni

PMM : Kak,akak percaya ke Anwar boleh buat perubahan???Boleh turun minyak..??

Pengundi : (Terdiam)...Kenapa tak boleh??

PMM : Kak,Kenapa Anwar tak mahu bersumpah??Itukan cara Islam . Sepatutnya dia kena sumpah kan kak....??kan kan kan??SighFool tu elok je bersumpah . Mesti dia betul tak tipu punya...Orang Islam kenalah sumpah kan kak????

Pengundi : (Terdiam)....betul gak,tapi....(blurr sekejap)

PMM : Takde tapi-tapinya kak,Anwar memang buat kerja tu kak...percayalah akak..Mengorat bini orang pun dia buat . Takkan akak nak percaya orang macam tu . Tahun 1998 dulupun dia buat kak . Saya ni pakai tudung kak,takkan saya nak tipu kan...percayalah kak...

Pengundi : Macam ni lah..saya senang cakap,saya nak pangkah parti yang boleh turun minyak jadi RM2.00 . Kalau minyak mahal susah hidup saya . Kalau ekonomi merudum,cakap sumpah 8 ribu kali pun tak guna woi....Lagipun,kalau Anwar menang,dia jadi PM,saya pun bangga orang tempat saya jadi PM .

PMM : Memang sesatlah akak ni!!!!!(sambil meletakkan telefon dan membuat isyarat lucah yang bertentangan dengan norma norma hidup melayu) .

Ini hanyalah satu daripada beribu ribu dialog yang berlaku di Permatang Pauh P44 . Bayangkan anda adalah seorang menteri kabinet telah diboo di pasar malam,apa perasaan anda?sudah tentu mau balik kampung dan tak mungkin akan datang berkempen lagi .

Tengahari Ahad,aku ke Yayasan Nadhoh dimana jadual Anwar akan merasmikan Konvensyen Masyarakat Madani . Ini adalah kali ketiga aku bertemu Anwar secara peribadi semenjak tahun 1998 dimana pada waktu itu,kesihatan Anwar ditahap yang sangat baik(sebelum upacara pembulian oleh Anjing berdehem) . Tetapi kali ini berlainan . Aku sedih dan agak tersentuh melihat bagaimana Anwar dipimpin ketika menuruni tangga . Jelas kesakitan belakang yang dialaminya mengganggu perjalanan dan kehidupan beliau .


Apa yang aku boleh simpulkan dalam ucapan beliau di sepanjang konvensyen tersebut ialah,Anwar seorang pencinta ilmu dan sentiasa terkehadapan dalam mengupas persoalan ummah . Benda seperti ini tidak akan ditemui pada susuk tubuh menteri-menteri di parti Gelembong Biru . Apa yang di sampaikan sentiasa menjana intelektual minda aku . Jika pemimpin tidak dahulu kehadapan dalam soal pemikiran,bagaimana kita boleh mengharapkan mereka memimpin kita?


Aku bukan pengkagum atau pengtaksub Anwar . Tapi aku sentiasa mencintai kebenaran dan wacana intelektual . Kebersamaan aku dalam setiap majlis bersama Anwar sentiasa menghasilkan input positif dalam minda aku . Tidak ada sebab untuk aku tidak menyokong susuk seperti Anwar untuk menjadi seorang pemimpin . Hari ini adalah kali ketiga aku bersalaman dengan beliau . Tidak sekalipun aku terfikir untuk mencium tangan beliau . Tapi kenapa budaya mencium tangan ini masih wujud dalam parti Gelembung Biru?bukankah ini suatu bentuk feudalism tegar yang menyumbang dalam kecacatan peribadi untuk membentuk jatidiri merdeka bagi setiap insan yang cintakan kebebasan .

Pilihanraya P44 Permatang pauh adalah keranda politik samada untuk Gelembung Biru atau Anwar . Jangan terlalu yakin bahawa kemenangan berpihak kepada kebenaran kerana nilai kebenaran sangat sukar ditelah . Kekuasaan Daulah yang telah berakar umbi selama lebih 51 tahun pasti akan menjadi punca matlamat menghalalkan cara . Jadi,bersedialah anda untuk mendengar sesuatu yang ajaib,pelik,ganas,kejam,abnormal dan macam macam lagi sebelum atau selepas keputusan Parlimen P44 diumumkan nanti .


P44 Keranda Untuk Siapa???

1 comment:

Nadia said...

I wish i was at Permatang Pauh