Followers

Aug 19, 2008

Republik Islam China dan Olimpik

Bayangkan kalau negara Cina ialah sebuah Republik Islam . Penduduknya adalah antara yang terbanyak dalam dunia . Tamadunnya sangat besar dan sejarahnya sangat mengkagumkan . Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang dapat menafikan kehebatan bangsa Cina dan kekaguman dunia terhadap sejarah dan ketamadunan Negara Cina .

Cuba lihat di sukan Olimpik sekarang . Siapa yang menguasai pingat?Negara Cina jauh meninggalkan antara negara-negara besar lain dalam dunia seperti USA,Australia,Jerman,Korea dan Jepun . Bayangkan kalau negara Cina ini ialah negara umat Islam . Sudah tentu masyarakat dunia akan takjub bagaimana umat Islam boleh memungut pingat sebanyak itu . Apakah amalan mereka?Apakah disiplin mereka? Tetapi malangnya negara Cina bukan sebuah negara umat Islam . Apakah signifikan Islam dan pungutan pingat dalam sukan Olimpik?

Sebenarnya jika kita memandang dalam skop yang lebih luas,negara Cina bukan sahaja maju dalam bidang sukan,malahan apa sahaja yang dikaitkan dengan negara Cina boleh dianggap suatu yang ada nilai nilai kemajuan . Walaupun ada beberapa dasar negaranya yang mungkin tidak releven semasa era pemerintahan komunis,negara Cina tetap kekal sebagai sebuah negara besar yang kuat dan disegani .

Apakah sebenarnya yang dapat kita pelajari dari kehebatan negara Cina memungut pingat emas yang sebegitu banyak sekali di sukan Olimpik ini?Kenapakah tidak ada satu pun negara Islam yang boleh membanggakan dalam soal pungutan pingat?Adakah Islam mengharamkan sukan dan memandang negatif pada sukan?Jawapannya tidak kerana Nabi Muhammad sendiri pun menggalakkan riadah dan sukan kerana ianya membawa kepada hasil yang sangat baik .

Bersukan membawa terlalu banyak makna dan kupasan yang sepatutnya selalu dijadikan agenda utama dalam hidup . Jika kita ingin bersukan,kita seharusnya mempunyai faktor faktor ini ;

1 . Badan yang sihat
2 . Kemahiran
3 . Disiplin
4 . Kesungguhan
5 . Semangat berlawan
6 . Analisa dan pengetahuan

Ini semua adalah asas asas penting dalam sukan . Tapi kenapa umat Islam tidak pernah maju dalam sukan . Bukankah tujuh asas diatas adalah nilai yang sepatutnya diajar kepada umat Islam dan menjadi tunjang utama kehidupan?

Yang terjadi pada umat Islam adalah sebaliknya . Bukan sahaja mereka malas bersukan,malahan tujuh asas diatas pun tidak diamalkan dalam menjalani kehidupan mereka . Bayangkan jika negara pertama diatas kedudukan pingat ialah Arab Saudi,kemudian Indonesia,Mesir,Iran,Iraq,Kuwait dll , bagaimanakah agaknya persepsi masyarakat dunia semasa ini . Sudah tentu mereka akan membuat kajian kenapakah umat Islam begitu kuat dalam sukan,apakah disiplin dan amalan hidup mereka . Adakah sumbangan Quran sebenarnya menjadi tunjang kepada kejayaan mereka?

Cuba kita lihat umat Islam di Malaysia yang lebih sinonim dipanggil Melayu . Bandingkan mereka dengan bangsa Cina disini . Bangsa Cina mengamalkan Islam walaupun tidak mengEsa kan Allah sementara bangsa Melayu mengamalkan kekufuran walaupun sembahyang sebanyak 5 kali sehari . Bangsa Cina ramai yang bangun pagi dan bersukan,bangsa Cina amat menitik beratkan soal kesihatan dan paling kurang diserang diabetes,bangsa Cina mengutamakan pendidikan,bangsa Cina paling kehadapan dalam bidang kemahiran,bangsa Cina paling kuat bersaing dan bangsa Cina diakui paling cerdik di negara ini .

Jika umat Islam Melayu sedar akan kelemahan mereka,jangan malu untuk belajar dengan satu bangsa yang lebih hebat dari mereka . Tidak salah untuk mencontohi sesuatu yang baik walau dari mana saja puncanya .

Masalah Melayu dan Islam,walau dimana sahaja mereka berada ialah suka mengambil label yang berada didepan mata daripada mengkaji intipati sesuatu perkara . Perlu diingat bahawa Nabi Muhammad menggalakkan kita beriadah seperti memanah,berkuda dan berenang . Itu hanyalah 3 contoh yang membawa makna bahawa sukan itu sesuatu yang sangat baik . Jika umat Islam sangat taat pada suruhan Nabi Muhammad ini,kenapa sukan renang,memanah dan berkuda tidak dimonopoli oleh umat Islam?Paling kurang pun sepatutnya umat Islam menguasai sukan main pedang atau "Fencing" kerana mengambil sunnah Nabi Muhammad yang berperang dengan pedang . Tetapi,satu sukan pun tidak dimonopoli oleh umat Melayu Islam .

Jika umat Islam tidak dapat menguasai sukan,jangan harap mereka akan dapat menguasai teknologi . Kerana sukan dan memenangi medal Olimpik adalah sesuatu yang boleh dilakukan . Sepatutnya bidang sukan membawa kita kepada kehidupan yang lebih baik,lebih fokus dan lebih berdisiplin . Bukankah ini yang dianjurkan Islam?

No comments: