Kata TukunNegara;
Apakah lambang parti membawa suara penyatuan ahli parti?perlukah parti parti politik bersatu dibawah satu lambang?Adakah lambang membawa apa apa makna kepada pergerakan dan halatuju sesuatu parti . Jawapannya ya!
Dalam konteks politik di Malaysia,hanya satu gabungan parti politik yang mempunyai lambang kesatuan diantara parti-parti iaitu Barisan Nasional atau BN dengan mengambil dacing sebagai lambang . Apakah kesannya mempunyai lambang sebegini?Apakah mereka benar benar bersatu dibawah lambang ini ?
Sebenarnya tiada satu pun gabungan parti-parti politik yang boleh mengatakan bahawa mereka akan bersetuju sepanjang masa dengan parti-parti politik dalam gabungan mereka kerana setiap parti mempunyai halatuju dan teras perjuangan mereka . Tetapi,apa yang harus dilihat ialah dimanakah titik kebersamaan mereka dalam memperjuangkan agenda politik mereka .
Dalam mengatakan tentang penubuhan Pakatan Rakyat sebagai satu wadah baru agenda politik Malaysia,mengapakah mereka masih belum boleh bersatu dibawah satu lambang sebagai bukti kesatuan diantara Parti Keadilan Rakyat(PKR),Parti Islam SeMalaysia(PAS) dan Parti Tindakan Demokratik(DAP) . Apakah mereka tidak langsung mempunyai titik bersama untuk memperjuangkan agenda rakyat?Contohnya PAS,bukankah PAS memperjuangkan keadilan yang dituntut Islam?Dan ini jugalah yang diperjuangkan oleh PKR serta DAP . PKR memperjuangkan kesamarataan antara semua rakyat,bukankah ini juga yang dianjurkan Islam?bukankah ini juga yang telah dilaungkan oleh DAP tentang meritokrasi?Apakah PAS menentang keadilan tanpa mengira kaum?sudah tentu tidak bukan?
Kenapa disaat sebelum pilihanraya umum baru-baru ini kita dapat bersama sama duduk semeja dan bergerak bersama,kenapa setelah memenangi begitu banyak kerusi parlimen,kita tidak dapat melangkah ke suatu anjakan paradigma yang baru untuk menubuhkan suatu pakatan bersama yang lebih rasmi sifatnya . Ini samalah sepertimana pertemuan lelaki dan wanita yang merasakan mereka mempunyai persefahaman untuk hidup bersama,mempunyai citarasa yang sama dan yakin tentang pilihan mereka untuk bersama lalu memeterai perjanjian mereka dengan suatu perkahwinan yang sah . Bukankah ini adalah suatu label yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat yang mementingkan nilai integriti .
Cuba kita bawa diri kita ke suatu pilihanraya,dan kita melihat disuatu bilik gerakan atau pondok panas,pelbagai bendera terdapat disitu,iaitu bendera PKR,PAS & DAP . Bukankah pemandangan ini sebenarnya membawa satu idea bahawa mereka masih tidak bersatu . Jika bersatu pun,benarlah seperti yang diwar warkan oleh Barisan Nasional bahawa kesatuan mereka hanyalah kesatuan yang longgar . Ini memang benar dan boleh dibuktikan apabila DAP akhirnya bertindak keluar dari Barisan Alternatif setelah tidak sebulu dengan PAS yang masih degil dengan konsep Negara Islam selepas pilihanraya 2004 .
Rakyat sebenarnya melihat,dan mereka melihat dengan pemikiran yang kritis dan membina . Jika benar Pakatan Rakyat mahu berganding bahu untuk memerintah negara,bersatu lah sekarang sebelum mempunyai kuasa . Dibimbangi jika telah mendapat kuasa,mereka mula kelaparan pangkat dan jawatan dan akhirnya berlakulah tuding menuding sebagaimana yang telah terjadi baru baru ini dimana PAS dengan bodoh sombongnya telah berjumpa musuh yang telah dikaterogikan sebagai "Syaitan Tersepit"melalui pintu belakang .
Tidak dapat difahami kenapa perlunya menjadi bodoh sombong sepertimana yang dipaparkan baru baru ini oleh parti PAS . Agenda utama untuk menumbangkan gergasi jahat iaitu BN sepatutnya didulukan . Sepatutnya segala senjata dan penggabungan strategi difikirkan bersama kerana musuh telah terlalu lemah dan menunggu masa untuk di nyahkan oleh gabungan rakyat yang membawa panji panji baru . Kenapa ada pihak yang tidak mahu mengakui Anwar Ibrahim adalah ketua kepada Pakatan Rakyat walaupun ianya tidak rasmi,tetapi siapakh yang boleh menafikan bahawa "faktor Anwar"adalah faktor kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya baru baru ini . Bukankah setiap kumpulan masyarakat perlu mempunyai pemimpin . Dan apabila pemimpin kita dituduh dengan tuduhan jahat dan konspirasi murahan(yang telah diakui sifat kesyaitanannya 10 tahun lepas),maka tidaklah perlu menunggu lama untuk menolak tuduhan ini dengan sekeras kerasnya .
Cuba kita bayangkan betapa indahnya apabila dalam pilihanraya di Permatang Pauh nanti,hanya ada dua bendera dipamerkan iaitu bendera Syaitan Bertanduk Biru dan bendera Malaikat Rakyat berkibar untuk menentukan kemenangan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam . Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia dapat menumpukan idea untuk menghasilkan suatu lambang yang membawa Malaysia ke era baru politik rakyat yang sudah tentu terhasil "Dari Rakyat Untuk Rakyat "
Mungkin laman blog seperti Malaysia Today boleh menganjurkan kegiatan mencipta logo Pakatan Rakyat . Sorry RPK kalau ini menyusahkan anda!Cukuplah Uncle Pet mahu bertemu anda di gelanggang...
Aug 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tukun,
smlm keluar tv3,ada jumpa peluru tercicir kat mahkamah . adakah ini tanda tanda awal sesuatu yg buruk akan berlaku?
Post a Comment