Pelajar berdemo membantah cadangan MB Selangor . Ini sangat pelik lagi ajaib . Pelajar boleh berdemo dengan begitu senang dan mudah tanpa gangguan . Bukankah pelajar seharusnya belajar dan tidak mencampuri urusan politik-kata pemimpin Melayu dari parti senjata pendek yang bernama keris . Kata mereka pelajar dibiayai untuk hanya belajar dan jangan sesekali mencampuri urusan politik . Dan memang pernah berlaku pelajar-pelajar yang didapati terlibat dalam kegiatan parti-parti politik telah diugut atau disuruh beri surat tunjuk sebab . Tapi,hari ini pelajar UiTM boleh berdemo tanpa gangguan dan sambil tersenyum lebar melaungkan slogan-slogan perkauman .
Kenapa agaknya apabila isu seperti ini sahaja pelajar turun berdemo atau turun menunjukkan perasaan?kenapakah dalam isu isu yang lebih besar seperti kenaikan harga petrol dan masalah AUKU,pelajar tidak mempunyai perasaan untuk menunjukkan perasaan . Adakah mereka hanya mempunyai perasaan apabila MB Selangor yang baru "hanya mencadangkan" kemasukan bangsa lain kedalam UiTM lalu menyebabkan mereka gubra kerana sudah tentu mereka mereka yang bebal(tapi masih layak masuk ke UiTM) akan terjejas peluang mereka .
Malang sungguh nasib pelajar pelajar ini kerana hanya dapat menunjukkan perasaan pada isu-isu terpilih . Nampak sangat kemandulan intelektual mereka pada tahap yang sangat kronik . Sepatutnya pelajar bertindak pada kesemua isu yang menyentuh kepentingan masyarakat,bukan hanya isu bangsat yang hanya diperbesarkan oleh media . TukunNegara melihat isu perkauman ini hanya dimainkan oleh corong-corong kapal yang telah hampir tenggelam untuk kembali memohon sokongan bangsa hidung kemek ini . Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Anwar Ibrahim dalam perjalanan menuju ke Putrajaya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment