Followers

Aug 6, 2008

Penyokong Pakatan Rakyat Sila Jangan Ke Mahkamah

Kenapa?dah tentu ada sebabnya . Nyawa Anwar dalam bahaya . Dan bahayanya bersebab . Apakah sebab-sebab yang menyebabkan nyawa Anwar dalam bahaya?

1 . Bahaya kerana Anwar bakal memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dan memasuki Parlimen .

2 . Bahaya kerana Anwar bakal menjana kemasukan 30 atau lebih ahli parlimen BN kedalam Pakatan Rakyat dan akan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara sah dan mengikut undang-undang .

3 . Bahaya kerana Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan memulakan politik era baru di Malaysia .

4 . Bahaya kerana Anwar akan memastikan segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional akan diadili didepan mata rakyat dengan ketelusan yang sewajarnya .

5 . Bahaya kerana Barisan Nasional tak suka perkara diatas terutamanya perkara no 4 !!!

Itulah 5 sebab utama kenapa nyawa Anwar berada dalam bahaya . Cuba bayangkan jika anda telah mendiami sebuah istana yang besar,indah dan cukup serba serbi selama 50 tahun,tetapi dengan tiba tiba,datang pihak lain untuk merampasnya dari anda dan menghalau anda keluar dengan penuh kehinaan,adakah anda dengan senang hati akan membiarkannya?Tentu tidak bukan?dan cukup mustahil untuk begitu mudah melepaskannya kepada orang lain .

Perjalanan panjang dan pengorbanan Anwar untuk memastikan Malaysia memasuki gerbang politik baru seharusnya disertai dan digembleng bersama oleh kita sebagai rakyat yang cintakan kebenaran,keadilan dan kesaksamaan . Tetapi,dalam menuju kearah gerbang yang seakan-akan hampir dalam genggaman kita,sedarlah bahawa musuh yang berada disekeliling kita sedang menanti waktu sesuai untuk mencari apa sahaja peluang yang timbul dan menggunakan peluang tersebut untuk memadamkan cita cita kita selama ini .

Oleh itu,saranan supaya penyokong Pakatan Rakyat tidak turun ke mahkamah seharusnya tidak dilihat sebagai tidak menyokong susuk tubuh Anwar itu sendiri,tetapi sebagai senjata yang ampuh untuk memadamkan keinginan mereka membuat huru-hara yang kita sudah tahu datangnya dari ejen-ejen provokasi .

Apa yang amat dibimbangkan ialah jika mereka mengambil keputusan untuk melibatkan susuk tubuh Anwar sendiri dalam provokasi ini . Itu yang sangat-sangat dibimbangkan dan harus difikirkan oleh semua penyokong .

Jadi,dengan tidak ke mahkamah,anda semua telahpun mengurangkan satu sumber provokasi yang sangat-sangat dinantikan oleh ejen-ejen mereka . Tahun 1998 sudah cukup memberi pengajaran kepada kita semua bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja jika air sudah sampai ke lubang hidung dan udara sudah tiada lagi untuk bernafas .

Percayalah bahawa Anwar tidak akan bersusah hati dengan ketidakhadiran kita dimahkamah kerana Anwar tahu bahawa kita semua sentiasa dibelakang beliau selama ini . Lagipun,berkumpulnya kita dimahkamah tidak lagi releven untuk membuktikan sokongan kita kepada Anwar kerana di Malaysia,perhimpunan rakyat dianggap haram . Lebih baik kita menggunakan platform halal di alam cyber untuk mencari pengaruh dan menjana sokongan yang sebagaimana telahpun terbukti pada pilihanraya baru baru ini .

4 comments:

Anonymous said...

Tukun,

Dalam pandangan saya, adalah kurang baik untuk memandang tinggi Che Guevara.

walaupun dia merupakan pejuang yang menentang kerajaan Batista yang despotisme dan kejam, tetapi Che sendiri menjadi seorang despotisme dan amat kejam dalam nama Komunis.

Che lebih dekat kepada si pengguna ISA daripada wira rakyat.

kata-kata Che Guevara sendiri, daripada http://www.moonbattery.com/archives/2008/06/idolizing_both.html

Dismissing the objections of a colleague who understood the importance of trials and proof:

Go ahead and try them tomorrow morning — but execute them NOW!

From his Motorcycle Diaries, which acolyte Robert Redford managed to edit into a cinematic hagiography:

Crazy with fury I will stain my rifle red while slaughtering any enemy that falls in my hands! My nostrils dilate while savoring the acrid odor of gunpowder and blood. With the deaths of my enemies I prepare my being for the sacred fight and join the triumphant proletariat with a bestial howl!

Instructing his Revolutionary Tribunals:

We don’t need proof to execute a man. We only need proof that it’s necessary to execute him. A revolutionary must become a cold killing machine motivated by pure hate.

From a letter to his father:

I’d like to confess, papa, at that moment I discovered that I really like killing.

Summing up socialism, after describing how he shot some poor helpless guy in the head at point-blank range:

He went into convulsions for a while and was finally still. Now his belongings were mine.

To a 14-year-old boy, just before he personally blew the kid’s brains out for trying to defend his father, who was also executed:

I said: KNEEL DOWN!

(The kid wouldn’t kneel and had to be murdered standing up.)

Anonymous said...

macam laknat..

Anonymous said...

Tak sanggup nak jadikan anuar sebagai PM malaysia... abis semua hak2 orang melayu nanti sama adil dgn bangsa lain... habis la tanah2 kita... ini tanah melayu... dan aku percaya suatu hari nanti sekiranya anuar yang naik jadi PM jgn terkejut kita pula org MELAYU akan di halau ke ladang2... dah takde universiti MELAYU or Universiti Bumiputera.. Abislah... cukup dkt PERAK yang PAS hanya jadi kambing hitam kepada DAP.. tanah PERAK diberikan hak 999 tahun hak milik kekal kepada KG. BARU.. siape penghuni KG. BARU tu... abis Pulau Pinang dpt kat DAP... PAS kambing hitam.. KEADILAN porak perandakan MELAYU.. DAP tunggu mase je... ingat jgn sampai perlembagaan di gubal... wahai saudara ku... jaga lah tanah kita... jgn sampai kita menumpang di tanah sendiri... Ya Allah kau selamatkan Bangsa MELAYU dari porak... dari kehancuran... satukan la kami... amin ya rabbala'lamin....

Anonymous said...

Renung-renungkan lah…..

paklah tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan. ..
cina ngan india dah jadik johan!

pkr mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
mca n mic pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...

pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..
kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya. ..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana...
bikin kacau bilau satu negara...
cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..

di perak satu hal...
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal.. .
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...
jangan buat keputusan yang tak masuk akal...
smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..

cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!

kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yang akan mengganti?
ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...
orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..
ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..

skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina/india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...

krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...

ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...

tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..

SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK KISAHLA BN KE...PAS KE...
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...

TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...
FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..

DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...

SEDARLAH SIKIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????
CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...

MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..
JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..

SEDARLA...
FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...

TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...

SLMTKAN MARUAH MELAYU..

UBAHLAH SEKARANG....

PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU....