Di sebuah bilik mewah di satu kawasan di Kuala Lumpur
Konspirator 1 : (Sambil tolong melilit kain samping Mohd SighFool),"Engkau sanggup ke bersumpah ni?
Mohd SighFool : "Eh!apahal plak kau ni,takkan kau ingat aku ni lembik sangat,nak bersumpah pun takut"
Konspirator 1 : "Yelah,sumpah ni bukan memain tau,ada sebut nama tuhan lagi,siap laknat laknat lagi,kau berani ke?
Mohd SighFool : "Bengong betul kau ni!aku semayang pun tak buat,puasa lagi aku ponteng,setakat sumpah ni apa la sangat . Engkau pun tak pernah semayang,nape tetiba plak sebut tuhan ni?"
Konspirator 1 : "Tapi lepas sumpah nanti kau balik naik teksi jelah,takut aku nak bawak sebab aku tengok hari nak hujan,mana lah tau tetiba petir plak,kang mampus kita kena sambar"(sambil memakaikan songkok ke kepala Mohd SighFool yang tersenyum sumbing kerana teringatkan hari pernikahannya nanti yang bakal tiba dimana beliau juga akan memakai baju Melayu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Majoriti rakyat Malaysia masih tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan jenayah liwat biarpun bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan melakukan mubahalah atau Sumpah Laknat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.
Saiful, ketika melakukan sumpah laknat tersebut beberapa kali melakukan kesilapan, antaranya ialah ketika menyebut kalimah ‘Watallahi, dan juga tersasul menyebut tarikh 26 hb Ogos 2008 sebagai waktu beliau diliwat oleh DSAI.
Di dalam Syariat Islam, perlakuan sumpah tidak disyaratkan untuk memegang atau menjunjung Al-Qur’an. Tidak ada nas yang menyatakan demikian. Tiada juga disebutkan di dalam Islam bahawa sumpah perlu dilakukan di dalam Masjid. Bahkan dalam undang-undang Islam yang melibatkan perkara lafaz seperti Ila’, Zihar, Qadzaf dan Li’an, lafaz perlu dilakukan di hadapan hakim dan disaksikan oleh orang ramai. Daripada 4 perkara tersebut iaitu Ila’. Zihar, Qadzah dan Li’an, hanya hukum ila’ dan li’an sahaja yang melibatkan lafaz sumpah.
Ila’ ialah perkataan atau lafaz sumpah suami untuk tidak menyetubuhi isterinya lebih dari empat bulan seperti katanya, ’ Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu selama setahun.” Pun begitu, sumpah suami dalam perkara ila’ ini tidak semestinya dikaitkan dengan batas waktu sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 226 & 227. ” Orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, hendaklah menunggu empat bulan. Maka apabila mereka kembali (menyetubuhi) isteri mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apabila mereka sudah yakin untuk menjatuhkan talaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Zihar pula ialah ucapan atau lafaz suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana individu yang menjadi mahram suami seperti suami menyamakan punggung isterinya dengan punggung ibunya samada dengan lafaz sarih seperti kata suami kepada isteri, ” Punggungmu seperti punggung ibuku” atau dengan lafaz kinayah seperti kata suami,” Badanmu seperti badan ibuku”. Apabila terjadi zihar, maka suami haram menyetubuhi isterinya sehinggalah ia membayar kafarah iaitu memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak ada hamba hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut atau jika tidak mampu kerana uzur syar’ei hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin.
Qadzaf pula ialah menuduh seseorang melakukan zina samada secara jelas ataupun secara lafaz tuduhan yang membawa maksud zina seperti kata, ” Anak yang engkau susukan itu bukan anak suamimu”. Atau dengan lafaz tuduhan, ” Anak yang di dalam kandunganmu itu bukan dari benih suamimu”. Orang yang melakukan qadzaf hendaklah membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya, jika tidak, mengikut hukum syara’ ia hendaklah dihukum dengan 80 kali sebatan dan dia digolongan kedalam golongan orang fasik yang tidak boleh diterima kesaksiannya buat selama-lamanya Hukum Qadzaf boleh gugur dengan berlakumya 3 keadaan iaitu:- 1) Yang menuduh berjaya membawa 4 orang saksi yang cukup syarat-syaratnya untuk membuktikan kebenarannya.2) Yang kena tuduh memberi maaf kepada yang menuduh kerana hukuman qadzaf itu adalah hak yang kena tuduh.3) Yang menuduh melakukan li’an sebagai ganti kepada 4 orang saksi.
Li’an ini adalah lafaz sumpah yang dilakukan yang berlaku hanya dalam ikatan suami isteri yang sah iaitu suami bersumpah sebanyak 4 kali dengan nama Allah dan sumpah yang kelima menyatakan bahawa isterinya melakukan zina dan jika ia berdusta laknat Allah akan tertimpa ke atas dirinya.
Tapi ramai melayu yang ingat,tuhan nak turunkan laknat ni mcm kita tgk cerita si Tanggang,habis je sumpah terus jadi batu!siapa kita nak predict perangai Allah dan sesungguhnya Allah lebih bijak drp kita semua .
Kesian Melayu,suka betul main sumpah..
Post a Comment