"Melepaskan Syaitan Tersepit" - itulah ungkapan yang paling tepat lagi molek sebagai ganti kepada "Melepaskan Anjing Tersepit"yang telah dibuat oleh masyarakat Melayu dahulukala . Jika melepaskan anjing yang tersepit,kita hanya berkemungkinan untuk digigit sahaja,dan kemudian kita boleh menyamaknya, tetapi melepaskan Syaitan Tersepit,bukan kita sahaja yang akan dihisap darah,malahan Syaitan ini akan membawa kita kelubang-lubang Neraka yang dahulunya sangat sangat kita hindarkan .
Bagaimana sebuah parti yang mengakui menjunjung tinggi kedaulatan ugama samawi(langit) dan telah mengecam(sejak azali lagi) lagak kesyaitanan anutan Syaitan Besar ini akhirnya boleh datang melalui pintu dapur rumah Syaitan seraya menanggalkan jubah dan serban dan menawarkan bantuan kerana sifat kasihan yang amat tinggi serta prihatin dengan kebinasaan Syaitan ditangan Rakyat .
Yang menjadikan isu ini sangat memualkan serta menambahkan benci Rakyat kepada politik sempit lagi bodoh ini ialah disaat kemuncak atau klimak kemenangan Rakyat,PBS(Parti Bodoh Sombong) ini sanggup berpanas berpinar dengan mendekati Syaitan secara senyap tanpa restu Rakyat dan Pakatannya . Bukan hanya sekali,malahan berkali kali .
Bagaimana agaknya analisis PBS(Parti Bodoh Sombong) ini terhadap kemenangan parti mereka dalam pilihanraya baru baru ini?Adakah mereka menyangkakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat adalah kerana kekuatan mereka sahaja?Tidak sedarkah mereka bahawa satu susuk tubuh yang tinggi keramatnya telah melakukan pusingan-pusingan yang hebat diseluruh negara untuk mengemblengkan kekuatan rakyat agar bersama sama menumbangkan Syaitan Besar dinegara ini . Setelah kemenangan mutlak hampir tiba untuk rakyat,Parti Bodoh Sombong ini telah muncul dengan agenda baru bersama syaitan iaitu -"Agenda Penyatuan Syaitan-Syaitan Melayu Untuk Kepentingan Islam".
Adakah Syaitan itu Islam?Pernahkan Syaitan tersebut mengislamkan dirinya dengan bersyahadah dan mengamalkan tingkah laku Islam?Adakah Syaitan itu mengamalkan keadilan sejagat,meraikan demokrasi bersih,menghormati hak hak rakyat dan tidak pernah melakukan segala bentuk penyelewenagn kuasa,wang dan segala galanya?
Jika Syaitan tersebut tidak mengamalkan apa yang Islam anjurkan selama ini,kenapa sebuah parti yang dilihat bersih dan suci dari segala anutan kesyaitanan,sanggup pula melumurkan najis khinzir,anjing dan syaitan ketubuh,serban dan jubah mereka . Dan mereka sanggup pula "kencing" kepada ahli-ahli mereka yang sangat taat dalam menjalankan kerja kerja berpersatuan untuk kemenangan rakyat . Apakah kebebalan melampau ini tidak disedari oleh pasukan pemikir mereka?
Disaat susuk tubuh keramat berhempas pulas menentang penindasan syaitan dengan tuduhan menjolok punggung,parti yang menjunjung agama langit bermesra dan bercumbu(sehingga hampir inzal) dengan syaitan dibilik karaoke . Memualkan dan menjijikkan !!! . Bagaimana parti yang menjunjung agama langit ini sanggup membiarkan susuk tubuh keramat yang tidak menghiraukan penat lelah berdakwah disetiap pelusuk negara untuk menumbangkan Syaitan Besar yang telah 50 tahun membakar kita dalam unggun api ciptaan mereka menjawap sendiri pertuduhan jahat yang dikenakan terhadap beliau . Bukan sahaja membiarkan,malahan pemimpin Parti Bodoh Sombong ini sanggup pula mengeluarkan kenyataan bahawa kes menjolok punggung tersebut adalah masalah individu tersebut . Cih!!jahanam punya bebal!!!Islam punggung keldai mana yang dikutip oleh manusia seperti ini ?
Apabila wujud watak tua berjanggut putih(yang bukan Islam lagi dilihat seolah olah musuh kepada Islam) yang memberi amaran bahawa penyertaan mereka dalam gagasan rakyat ini harus dinilai kembali,maka melentinglah lebai dan ulama yang telahpun kepanasan kerana bersekongkol dengan Syaitan yang sedang tersenyum puas kerana telah mendapat kembali tongkat jahanam mereka dan strategi mereka telah mengena . "Wahai ulamak!!!dengar sini,walaupun Si Janggut Putih itu bukan Islam,tetapi sedarlah bahawa percakapan mereka itu ada mempunyai kebenaran dari segi moral dan pertanggungjawaban . Bukankah engkau memenangi pilihanraya kerana pakatan bertiga,jadi kenapa engkau menjadi bodoh sombong pergi berjumpa dengan musuh tanpa kebenaran oleh pakatan semua??"
No comments:
Post a Comment