Followers

Dec 25, 2008

If I was Born as A Non Muslim(Part 2)

If I was born as a non Muslim,which religion should i choose?Am I attracted to Islam?should I attracted to it because what I see,Islam now is a religion which their follower are 10 steps backward . Compared to the era of Muhammad p.b.u.h,their followers are people who loves knowledges . They are leaders of all fields . What about Islam now?See how Malays conducting their lives,from the aspect of healthy,knowledges,religion practising,morale,attitude and many many things that every one can see around us . As what I always thought,if we are follows what Muhammad and Allah says to us,we will definitely rule the world . Why,because the answer is in the Quran . Everything but we are practising this religion base on what we were told by our ancestor,not by the book(Quran) .

Let see how Muslim(especially Malay) taking wuduk(cleaning up using water before prayer) . We wasting so much water . Muhammad doesn't teached us that way bcoz its a sin for him to do what Syaitan's do(wasting water) . But,you can go to the mosque and see how terrible Muslim taking wuduq with such a waste . Its a small things but from the point of knowledge,Muslim is only teached how to taking wuduq,not the symbol of how we should clean ourselves with a minimun of water . Its only a symbol of cleaning our body,not using such an amount of water to clean up ourselves which is already clean . Think about that .

End of Part 2

Nov 1, 2008

If I was Born as A Non Muslim

Cuba letakkan diri anda,lahir sebagai bukan Islam,apa pandangan anda tentang Islam?Tertarikkah anda dengan ugama ini?

Tertarikkah anda melihat amalan,budi pekerti,kehidupan sosial,ilmu,budaya yang ada pada penganut ugama ini?

Anda yang lahir sebagai Islam,adakah anda menerima ugama ini sebagai ugama anda atau hanya mengikut sahaja kerana ianya ugama nenek moyang anda .

Jadi,jika anda rasa ugama ini tiada tarikan,adakah anda rasa amalan umat Islam sekarang adalah amalan yang disarankan oleh para Nabi?

Jika tidak,kenapa masih mengikut acuan lama?kenapa Melayu masih terus menerus dengan amalan yang tidak membawa tarikan pada ugama suci ini?

Melayu ialah sejenis bangsa,tidak pernah ada sangkut pautnya dengan nilai akhlak yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul . Dan Nabi yang bernama Adam,Yusof,Ismail ialah bukan berbangsa Melayu . Jadi,wahai Melayu,jangan taksub dengan bangsa Melayu kerana Nabi bukan Melayu,tidak pernah bercakap bahasa Melayu dan tidak pernah memperjuangkan ketuanan Melayu .

Jika ada suatu surah atau ayat al Quran yang memperjelaskan tentang peri pentingnya memperjuangkan bangsa,sila unjurkan kepada penulis supaya penulis dengan berbesar hati akan bersiap sedia memperjuangkan bangsa pula selepas ini .

Sep 27, 2008

Suka Yang Kurang

KUALA LUMPUR, Sept 27 — By a small margin, Malaysians think opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would make a better prime minister compared with Datuk Seri Najib Razak, according to a survey conducted recently by the independent Merdeka Centre.

In the same survey, Malaysians also appear more divided than ever over their support for the country's political leadership.

There are also sharp differences in preferences between the different races, with a majority of non-Malays supporting Anwar, while more Malays preferred Najib.


Itu petikan dari Malaysia Today .Bangsa X ni memang tak sukakan ilmu agaknya . Cuba fikirkan satu wacana ilmu yang Najib hadir sebagai sarjana/ilmiah yang mengupas isu-isu dunia/ekonomi/ugama . Boleh ingat tak?

Dan cuba bandingkan dengan sorang lagi yang mata lebam tu . Terlalu jauh seperti langit dan bumi . Di Malaysia,setakat ni hanya dua negarawan yang selalu dijemput dalam mana mana forum antarabangsa atau perbincangan ilmiah iaitu Anwar dan Mahathir . Memang ada cerdik pandai yang lain dijemput tetapi jika tokoh politik,hanya mereka berdua .

Macamana bangsa X lebih sukakan yang kurang??

Sep 26, 2008

Dot dot dot Masuk Kubur

Gambar Ehsan Tranungkite.online

This is pantun 3 rangkap which I created(in email) during my debate with my colleague . Too easy to create such pantun seems all the evil elements are inside them :)

Tajuk : UMNO Masuk Kubur

UMNO dah jadi mayat
Kena lipat dengan rakyat
Masa hidup jahat sangat
Rakyat bosan lalu kasi tendangan lipat

UMNO masuk kubur
Malaikat tengok pun muntah
UMNO dah lebur
Semua rakyat ludah

UMNO dah jadi ulat
Tanah pun menyampah nak jilat
Sebab UMNO suka khurafat
Konon nak perintah sepanjang hayat

Sekian dimaklumkan semoga pantun ini memberi manfaat yang besar di bulan Syawal ini .

Sep 25, 2008

Ketuanan X

Gambar ehsan The Star

Pernah dengar ketuanan X?mesti pernah kalau baca suratkhabar X . Kalau nak sangat jadi TUAN,mesti ada kuasa duit,ekonomi . Mesti ada kepandaian,kebijaksanaan,mesti segala galanya lebih sebab nak jadi TUAN . Ada tak TUAN yang melarat?atau ada tak TUAN yang miskin papa kedana dan bodoh?Biasanya TUAN mesti lebih dari semua aspek .

Tapi ada satu bahagian manusia atau satu puak di Malaysia ni(dinamakan puak X),yang suka cakap pasal ketuanan . Tapi bila tengok pulak pada jatidiri mereka,tiada satupun lambang TUAN pada mereka . Mereka bangkrap dari semua segi . Bangkrap moral,akhlak,politik,ekonomi dan ugama . Tapi masih suka nak bercakap pasal ketuanan . Dan yang menggelikan,mereka pula memanggil orang yang sepatutnya TUAN sebagai penumpang!hahaha

HOW DARE YOU!Cuba tengok sekeliling kau wahai bangsa X!!! . Nampak apa?bangunan siapa?harta siapa?ekonomi siapa?

Masih lagi perasan jadi TUAN

Bangsa yang bodoh sombong ni,yang tinggal pada mereka ialah TUAN HAMBA...

Gambar diatas hanya merujuk kepada seorang yang bukan Islam,tapi suka berderma kerana ayahnya juga suka berderma . Kalau satu bangsa tu,dahlah rompak duit rakyat,buat rumah macam istana,tapi pelan rumah pun tak submit kat Majlis Bandaran . Ada jugak kes yang bawak lari duit rakyat 20 juta tapi senyum simpul je bila balik ke Malaysia . Tapi nama macam nama Nabi .

What A Shame!

Gambar ehsan The Star

Someone who wrote about the thruth,reveal it to the public,teached people about Islam,end up in prison with no date . Imagine,this is ur daughter and and your wife . Can you take it?

Ada orang,sibuk cakap pasal Islam,tapi tak boleh bezakan mana dia kezaliman,mana dia keadilan hakiki . Tell me one word in the Quran that you can detain people without trial . Detain people only with your opinion . What a shame!

Sep 24, 2008

Melayu Islam,terselam dalam kelam

Bulan puasa bulan yang mulia . Hanya bulan sahaja yang mulia,perangai belum tentu yer...Apa sebenarnya tujuan kita disuruh berlapar dan dahaga serta menahan nafsu dibulan puasa ini?Aku jadi serba salah kerana tidak memahami apa beza bulan puasa dan bukan bulan puasa . Adakah setakat ritual bersahur(sudah tentu melahap nasi dengan lauk yang pelbagai),berpasar Ramadan,bertarawikh dan akhirnya berhari raya sakan?Hanya inikah puasa yang patut diamalkan kita?

Perkara pertama yang aku lihat di bulan puasa ialah perangai umat Islam Melayu . Contoh termudah ialah sewaktu membeli makanan . Sepatutnya di bulan yang MULIA ini,perangai pun menjadi mulia,bukan sebaliknya . Tetapi apa yang telah lama aku perhatikan,perangai umat Islam Melayu kadang kadang lebih besar gelojohnya daripada bulan selain Ramadan .

Sewaktu membeli makanan di Food Court petang tadi,perangai Melayu Islam masih tidak berubah . Memotong barisan untuk membeli makanan dan tiada rasa hormat sesama manusia sudah jadi amalan mulia masyarakat Melayu . Sedangkan beratur dalam barisan ini adalah asas moral yang paling "cikai" sekali . Jika beratur pun tidak dapat dilaksanakan dalam kehidupan,ini menunjukkan betapa seriusnya masalah moral Melayu Islam .

Kenapa perlu gelojoh untuk berbuka puasa?adakah terlalu lapar?bukankah kita diajar bersabar?bersabar itulah INTI kepada puasa . Sabar didalam perang ialah BERANI sementara sabar didalam puasa boleh dipecahkan kepada banyak elemen,diantaranya sabar menghadapi nafsu terhadap makanan . Kenapa perlu tolak menolak semata mata untuk menepati waktu 7.10pm untuk meneguk air . Adakah itu pahala terbesar yang harus diutamakan selain daripada membentangkan kecantikan akhlak mendahulukan sesiapa yang patut didahulukan?

Mereka menerima ajaran Islam iaitu berbuka mesti disegerakan,tetapi adakah suruhan ini menghalalkan ketidak hormatan kita pada manusia lain tidak kiralah mereka Islam atau bukan . Mempercepatkan berbuka puasa sebenarnya bertujuan untuk kita mendapatkan kembali tenaga supaya dapat mudah beribadat dimalam hari .

Ada suatu peristiwa yang menjengkelkan aku berlaku tidak lama dahulu sewaktu aku mengambil ibu ku di KLIA yang kembali dari menunaikan haji . Sewaktu beratur untuk mengambil barang-barang,aku telah dirempuh oleh 2-3 orang jemaah haji yang tidak sabar untuk mengambil barangnya sehingga sanggup menolak kami yang sedang beratur . Padahal mereka baru pulang dari menunaikan haji . Tapi inikah yang sepatutnya ditunjukkan oleh haji haji yang baru pulang dari "menghadap Allah"?Atau mungkin mereka hanya mendapat haji Dam sahaja agaknya berdasarkan perangai "lagha" dan gelojoh mereka itu .

Inilah celakanya bila beribadat kerana label dan ikut ikutan tanpa mahu memahami apakah amalan dan intipati yang terkandung didalam setiap ibadat . Sepatutnya apabila pulang dari haji,perangai dan akhlak kita 3 kali ganda lebih baik daripada sebelumnya . Kalaupun tidak berganda,lakukanlah perubahan asas dalam kehidupan seperti lebih mengutamakan orang lain,menghormati binatang,dahulukan orang tua atau bantu mereka yang dalam kesusahan .

Kalau anda perhatikan,dibulan puasa ini adakah umat Islam Melayu memandu kereta dengan lebih baik atau lebih gelojoh?Jika lebih gelojoh,maka tiada jugalah kebaikan daripada puasa yang dikerjakannya itu . Walaupun berpuasa tetapi tiada perubahan dalam perilaku moral,maka puasa tidak mengajar apa apa .

Umat Islam Melayu semakin lama semakin bercelaru akhlak mereka walaupun dibandingkan dengan mereka yang bukan Islam . Katakanlah didalam LRT,anda ternampak seorang wanita mengandung atau yang menggendong anak,berdiri dan meninjau untuk mencari tempat duduk,perhatikan siapa yang bangun untuk memberi tempat duduk kepada mereka?TIADA,NONE,NIL. Jika anda yang bangun,semua mata tertumpu pada anda seolah olah anda melakukan suatu yang luar biasa . Tak percaya,cubalah .

Aku rasa para pemimpin ugama harus kembali memperbetulkan nilai pengajaran Islam mereka kepada generasi sekarang . Ini kerana kita terlalu banyak mengambil label Islam daripada persoalan akhlak yang sebenarnya dalam sesuatu ibadat . Masih ada umat Islam Melayu yang tidak memahami bagaimanakah untuk berakhlak didalam surau,contohnya apabila lelaki melakukan solat secara berasingan,katakanlah solat Maghrib yang sunat nya kita membaca secara kuat sedikit,tetapi apabila ada orang lain yang solat di dalamnya,kita tidak perlu menguatkan suara kita kerana akan mengganggu mereka . Persoalan semudah inipun tidak difahami oleh umat Melayu Islam .

Sep 20, 2008

Fatwa Terkini-Pasar Ramadan amalan SESAT

Sesat,umat sudah jauh sesat .

Pasar Ramadan . Benda ni tak wujud dizaman Nabi ataupun sahabat . Dan kewujudannya pun mungkin paling meriah di negara Boleh Land ini sahaja .

Cuba intai semula,kenapa kita disuruh puasa . Supaya meninggalkan makanan dan lain lain benda yang "sedap" . Tapi umat melayu(bukan Islam-buat rosak nama Islam sahaja),puasa dijadikan medan mencari kueh yang paling sedap,hotel yang paling murah juadah buffetnya,makanan apa yang dah lama tak makan dan kemuncaknya bergaya sakan dihari raya sambil melangsaikan semua duit yang ada . Berpuasa sudah jadi ritual atau amalan,bukan suruhan tuhan yang mendatangkan nilai pembaikan kepada kehidupan umat .

Sepatutnya di bulan puasa,kita diajar melupakan makanan dan makanan harus dijadikan agenda paling corot dalam kehidupan kita . Sepatutnya dibulan puasa ini,kompas hidup kita diajar menoleh kearah lain yang dibulan bukan Ramadan,kita tidak melakukannya .

Apa yang kita tidak lakukan dibulan bukan Ramadan?Banyak sangat . Contohnya bersedekah secara kerap,membantu golongan warga tua dan anak yatim,membantu menyelesaikan masalah sosial,membantu golongan OKU,berjumpa dan berbincang tentang masalah jenayah di kawasan kita,membantu muda mudi yang ingin berkahwin tapi tak mampu,membantu para pelajar yang memerlukan bantuan dan mcm mcm lagi masalah umat Islam .

Tapi kita buat atau tidak?

Tentulah tak buat sebab kita sibuk makan dan sibuk tempah baju raya .

Apa yang kita fokus di bulan Ramadan ni biasanya ialah agenda nak berbuka dan kemudian pergi bertarawikh . Kalau dapat bertarawikh 20 kali dah dikira sangat besar amalannya . Bila tiba 10 malam terakhir,para Khatib akan mengingatkan kita betapa malam lailatul qadar sangat sangat ditunggu oleh umat Islam .

kalau dah hidup 65 tahun,takkan malam lailatul qadar kita boleh lupa . So,kenapa nak ingatkan lagi?perlu ke?

Cubalah tok khatib tu bawak pemikiran umat islam ini meneroka agenda lain untuk umat yang lebih terkehadapan dan sofistikated . Zaman sekarang zaman blog dan myspace,tapi adakah umat islam menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menyebarkan kebaikan yang ada dalam Islam?

jawapannya tidak sebab kita terlalu mementingkan makan di bulan Ramadan .

Sep 19, 2008

Kawan Punya Hal

Ada kawan aku,pompuan...tengok gambar gambar aku pergi perhimpunan rakyat,Protes dan Countdown to 16 Sept . Dia tak suka . Ntah apa yang dia tak suka aku pun tak tahu . Aku maafkan dia sebab dia cun :)

Dia tak suka agaknya sebab aku sokong Anwar . Aku tak tau kenapa . Tapi ramai Melayu macam ni . Ikut ikutan . Bila tanya kenapa tak mahu sokong Anwar,mereka akan jawap,Anwar gila kuasa,ejen bangsa tu,bangsa ni,Anwar gila nak jadi PM,Anwar punca negara tak stabil dll .

Inilah sikap bangsa Melayu . Ikut ikutan . Nak kata Anwar ada salahguna kuasa,mana dia?Kalau ada,dah lama kena .

Melayu sebab lama sangat makan belacan dan baca suratkhabar sewel,sebab tu susah nak fikir dua hala . Yang jadi haru,bila jatidiri lemah,dia nak salahkan bangsa lain . Padahal,dah umur 60 tahun pun masih tak boleh bezakan pemimpin bersih dengan pemimpin suku sakat dan pelahap duit rakyat .

Aku kesian kat kawan aku ni . Sebab alasan dia,dia nak negara aman je . Aku tanya semula,siapa nak negara kacau bilau?ada ke?

So,wahai Melayu,jangan suka pikir pasal hantu . Dari kecik kita ajar anak kita takutkan tempat gelap kononnya hantu . Sebab tu Melayu takut pada benda yang tak nampak .

Lepas ni Melayu semua tolong banyakkan baca tafsir Quran . Jangan pandai je nak bubuh nama anak Muhammad Adam Isa,tapi bila kena goreng dengan pemimpin pelahap,terus nganga tak boleh jawap . Sedih tau!

Sep 18, 2008

Hantu Mata Lebam

8hb Mac 2008 - Suku sakat hantu Raya,Polong,Toyol,Kuntilanak dan Hantu Kopek telah di diludah dan dilumur najis oleh rakyat manusia..kesian..nak buat macamana,rakyat dah tak suka tapi masih nak kacau manusia dengan gangguan yang tak releven lagi seperti mengilai di atas pokok,bertelanjang dan mencuri duit,menghisap ibu jari tuan nya,menyergah manusia secara aktif tak kira siang atau malam,melompat lompat ditepi jalan dan berterbangan menggunakan kepala tanpa badan . Ini semua taktik lama yang rakyat manusia dah tak boleh terima serta tidak lagi menyeramkan .

14 April 2008 - Hantu versi lama iaitu Hantu Mata Lebam yang hensem telah keluar dari kubur(setelah 10 tahun tinggal dialam barzakh) dan telah ber evolusi semula menjadi manusia baru untuk bertanding melawan suku sakat hantu pelbagai jenis(Multi Type Ghost) yang tak mahu-mahu masuk kubur

14 April-25 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam berjaya menarik suku sakat manusia menubuhkan satu Batalion yang dinamakan Kumpulan Bomoh Sejagat untuk mengusir suku sakat hantu Polong,Toyol,Pontianak,Hantu Raya dan Hantu Kopek yang tak mahu mahu masuk kubur dan sombong dengan jatidiri hantu mereka serta tak serik serik membuat kacau selama 51 tahun .

26 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam telah sebulat suara dipilih oleh semua golongan wakil manusia untuk menjadi Ketua Umum Kumpulan Bomoh Sejagat dan mendapat lesen menghalau suku sakat hantu untuk kembali masuk kubur .

16 Sept 2008 - Tarikh permulaan Hantu Mata Lebam memimpin Kumpulan Bomoh Sejagat masuk ke gelanggang untuk mengusir golongan suku sakat hantu hantu jahat masuk ke kubur .

Dari kenyataan Hantu Raya sebentar tadi,Hantu Mata Lebam harus dikuburkan kembali dan dimasukkan kedalam keranda besi yang dipateri dengan besi kursani kerana Hantu Mata Lebam sekarang telah menjadi ancaman kepada dunia keseluruhannya . Hantu Raya sangat berharap agar apabila Hantu Mata Lebam ini dikuburkan maka ianya nanti akan hanya kekal sebagai mitos mitos lama sahaja .

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

This is article from Blogger Kickdefella yang aku difahamkan oleh Malaysiakini bahawa beliau telah ditahan oleh PDRM(Polis DiRaja Malaysia) .

Memang aku pelik kalau ada sesapa dlm parti komponen samada DAP,PAS atau PKR yang against dengan wawasan Anwar utk menjadikan 16 Sept sebagai tarikh memasuki Gerbang Malaysia Baru .

Kenyataan Nasharuddin,Mat Sabu dan ada segelintir pimpinan PAS yang seolah olah curiga dengan Anwar tak mendatangkan keuntungan kepada PR walau sebutir apa pun . So,Jawapan Nik Aziz ni memang sangat tepat dengan semangat dan aspirasi rakyat yang resah dan inginkan perubahan dalam negara .

http://kickdefella.wordpress.com/2008/09/15/kenyataan-nik-abdul-aziz-yang-di-haramkan/

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Sep 16, 2008

Total Lie

Aku bersyukur sepanjang hayat hidup aku,dan dah 4 kali aku mengundi,tak pernah aku mengundi wakil yang memuja kebodohan iaitu Bebal Nasional . Cuba lihat kemelut yang berlaku sekarang . Pak Lah hilang punca . Zaid letak jawatan . ISA tak berkesan dan menampakkan kedangkalan mereka menangani isu isu peralihan kuasa . Ahmad Ismail lepas begitu sahaja dan reporter pulak yang kedalam .

Kalau peralihan kuasa tak menjadi kenyataan,kenapa bising dan menggelabah??Kenapa takut nak berjumpa Anwar . Pemimpin besar sepatutnya berani berhadapan dengan sesiapa saja,lebih lebih lagi cucu ulamak dan pemimpin Islam Hadhari .

Kalau peralihan tak menjadi kenyataan,kenapa keluarkan kenyataan berbau ugutan dalam sidang parlimen?

Anwar mungkin bermain politik dengan anda wahai Pak Lah,tapi beliau sekarang sudahpun menjadi ahli parlimen Permatang Pauh . Jawatan itu sama dengan anda . Siapa anda untuk menghalang Anwar mengajak ahli parlimen lain menubuhkan kerajaan baru .

Anda sebenarnya silap wahai Pak Lah,ahli parlimen mempunyai tanggungjawap mereka terhadap rakyat dikawasan mereka . Ahli parlimen sepatutnya mempunyai penghakiman mereka sendiri bagaimana tindakan mereka dapat membantu rakyat dikawasan mereka .

Cuba dengar komen ahli parlimen Bebal Nasional yang kepanasan

" Permainan politik Anwar menyebabkan kesusahan pada rakyat dan mengganggu kestabilan negara "

"Anwar gila kuasa dan gila untuk menjadi Perdana Menteri"

"Kalau ada nama nama yang betul nak melompat,kenapa tak siarkan"

Hahaha..komen bebal orang yang ketakutan . Kalau tak betul kenapa risau?

Aku bersyukur tak menjadi sebahagian drp mereka .

Jawi ialah Masuk Jawi dan Jabatan Agama Wilayah

Ramai kengkawan aku tanya,tindakan membuang tulisan jawi pada tanda nama jalan oleh seorang MP Cina . Jawapan aku,tulisan jawi bukan Islam dan tiada kena mengena dengan Islam . Hurufnya mungkin sama,dan nampak ada signifikan,tapi tiada apa apa pahala yang mutlak diberikan kepada manusia yang memperjuangkan tulisan jawi .

So,apa masalahnya tulisan jawi dikaitkan dengan jatidiri Islam?Islam adalah agama langit,diturunkan oleh tuhan iaitu Allah melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w . Ugama ini disebarkan untuk semua manusia melalui pelbagai tulisan termasuklah tulisan jawi oleh kalangan bangsa Melayu dahulu . So,tak timbul soal kenapa tulisan jawi mesti dipertahankan dengan alasan ianya memperteguhkan Islam . Lagipun,sekarang ini tulisan Rumi lebih releven dengan kehidupan kita .

Ramai umat Islam sungguh terhibur dan terharu jika dapat mendengar bacaan Quran,samada melalui musabaqah al quran,ataupun melalui corong corong speaker atau apa saja medium . Memanglah bagus mendengar bacaan Quran,tapi jangan pula disalahtafsirkan bahawa mendengar Quran boleh menghalang hantu masuk kedalam rumah . Nabi menganjurkan kita mendengar Quran dan memahami ayat ayat dan pengajarannya .

Kesukaan mereka pada lagu lagu quran ini pula akan diperturunkan kepada anak cucu mereka sehinggalah ada yang menghantar anak anak mereka memasuki sekolah Tahfiz Al Quran . Adakah ini salah?langsung tidak salah tetapi seperti membawa kereta BMW yang cantik bodynya tapi enjin nya hanyalah menggunakan enjin proton yang tidak diservis selama 3 tahun . Kosong jika mempelajari Al Quran semata mata kerana sukakan pada hafalannya .

Kita kena kembali kepada asas penurunan Quran sebagai amalan,bukan bacaan . Quran ditulis selepas kematian Nabi dizaman Uthman . Cuba bayangkan bagaimana amal ibadat sahabat sahabat dizaman Baginda?adakah Umar bersila di dalam surau dengan rehal yang meletakkan kulit kulit unta yang ditulis dengan al quran?dizaman Baginda dan sahabat,kehidupan mereka adalah al quran . Quran adalah makanan mereka .

Tapi setelah 1500 tahun Baginda meninggalkan kita,umat Islam mengambil quran sebagai hiburan . Kalau tak percaya,cuba tanya kawan disebelah anda,apa makna ayat ayat Al Fatihah yang dibaca semasa solat . Kalau tak dapat dijawap,cuba tanya pula apakah maknanya ayat yang dibaca semasa rukuk(ini yang paling senang) . Jawapannya hanya 70% atau lebih tidak dapat menjawap . Ini kerana sikap menghafal yang gemar betul diajar oleh umat islam terhadap al Quran .

Cuba lah lihat bagaimana syahdunya umat Islam di Malaysia bertakbir di pagi raya . Cuba lihat apakah ayat ayat yang di takbirkan di pagi raya . Ayat tersebut adalah ayat perjuaangan,ayat kemenangan . Tapi nada umat Islam di Malaysia bertakbir seolah olah bersedih . Entah apa yang disedihkannya pun tak tahulah . Mungkin teringat tentang kepupusan tulisan jawi agaknya . Huhuhu...

So,kenapa Melayu bising sangat pasal tulisan jawi?Mungkin sebab Cina yang buat tindakan tu,maka kita memandangnya dengan pandangan yang bernilai perkauman . Tulisan adalah untuk kefahaman . Jika tulisan jawi menyebabkan ramai manusia tidak faham tentang mesejnya,untuk apa ianya ditulis?

Sep 11, 2008

Puak Anti Tuhan Memulakan Langkah Pertama

Sesiapa yang racist,bagi aku anti tuhan . Sifirnya senang saja,tuhan memandang semua manusia adalah sama . Adalah amat biadab bagi manusia untuk mengkelaskan sesama manusia mengikut warna kulit . Itulah sebabnya sesiapa yang menghidupkan api api perkauman bangsa ialah mereka yang terdiri dari golongan anti tuhan .

Memanglah sekali imbas laungan mereka,contoh nya"Hidup Lembu",seolah olah ingin memperjuangkan bangsa Lembu,tetapi laungan ini hanya diwar warkan apabila tanduk sudah dipegang,kaki sudah diikat kayu dan parang sudah dileher,bersedia untuk dikorbankan . Masa inilah mereka menjerit dengan kuat sekali seolah olah merekalah selama ini pejuang nasionalis bangsa Lembu .

Puak puak biadab ini,melaungkan slogan bangsa apabila tahi telah dilumur kemuka mereka . Sedangkan 50tahun sebelum ini,mereka mengaut kesemuanya dalam tembolok mereka dan anak beranak mereka .

Sekarang haba perkauman sudah mula meningkat . Bukan disebabkan oleh keseluruhan rakyatpun,cuma segelintir lembu lembu biadab yang bukan sahaja anti tuhan,tetapi tidak memahami sejarah negara,tidak memahami tuntutan ugama dan yang sebenar benarnya,sudah mula kehilangan kuasa .

Dulunya kesalahan itu milik seorang pemberita,sekarang ditujukan pula pada sesuatu bangsa dan sesuatu parti . Dan gesaan ini pula sengaja diwar warkan sebagai satu agenda bangsa iaitu bangsa yang memerintah selama 50 tahun ini telah tersepit dan akhirnya akan menjadi hamba dinegara sendiri jika tidak bertindak tegas dengan apa yang sedang berlaku sekarang . What a shame!

Biadab betul perangai lembu lembu yang hidup dalam ketakutan seperti ini

Aku yakin,ini adalah suatu skrip besar untuk menggagalkan perjalanan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya . Aku yakin skrip besar ini akan diteruskan sehinggalah akhirnya impian Pakatan Rakyat untuk memerintah tidak akan berjaya . Betul seperti kata Salahuddin Ayub,pihak tentera sila jangan campur tangan dalam politik . Kerana apa?kerana kita sudah nampak dimana skrip ini akan berakhir jika ianya tidak ditangani dengan betul serta pemikiran yang waras .

Sep 8, 2008

Sejarah Pun Dia Nak Tipu

Ramai yang tak tahu pasal benda ni,eloklah hang semua tgk video ni,dapat sikit gambaran kat mana parti keris masa tu .

1st Video


2nd Video



3rd Video



4th Video

Aug 29, 2008

Suratkhabar Melayu,Otak Melayu,Rugilah Melayu




Suratkhabar Cina,muka Anwar . Suratkhabar ni aku jumpa kat kedai hari ni . Mungkin suratkhabar semalam atau hari ni,aku tak sure . Yang penting,muka Anwar kat depan,dan sudah tentu cakap cakap Anwar ada dalam tu . Yang penting,aku tau suratkhabar ni mengutamakan berita yang perlu didengar oleh rakyat . Ada sesetengah suratkhabar(biasanya yang bertulisan Rumi),tidak sanggup meletakkan muka Anwar(walaupun beliau sekarang ialah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia-bekas banduan!) . Jangankan sekarang,sebelum ini semasa dizaman beliau sebagai bekas banduan sekalipun,pelajar-pelajar di luar negara dengar ceritanya disekat daripada menghadiri apa saja majlis yang mengemukakan Anwar sebagai penceramah . Suratkhabar apatah lagi,jangan harap nak cover berita Anwar .

Hello Melayu!tahu tak kenapa parti Melayu kalah lagi besar daripada sebelum ni?Sebab parti Melayu suka jaja kebodohan pada orang yang dah cerdik . Parti Melayu suka main ugama,suka jaja sumpah yang sememangnya idea sampah . Parti Melayu ingat orang orang semua baca suratkhabar dia . Ini zaman RSS Feed lah,Anwar ceramah di Guar Perahu,orang boleh baca petikan ceramahnya di Batu Pahat selepas 15 minit . Bajib Mongolia kena boooooo dekat Kubang Semang,TukunNegara boleh tengok dalam YouTube lepas setengah jam . Tapi dalam TV hari hari masih mau main sumpah . Memang sampah betul baka baka Melayu macam ni!

Kalau kau orang peminat berita,cuba jenguk jenguk suratkhabar Cina setiap hari . Bezakan dengan suratkhabar tulisan Rumi . Kat situ kita boleh tahu kenapa otak Melayu diameternya 50cm dan otak Cina diameternya 15cm . (Rujukan : Makin kecil otak makin cerdas orangnya,bermakna ianya banyak digunakan untuk berfikir dan menghadamkan input yang masuk kedalam otak sementara otak yang besar bermakna ianya bebal dan tidak digunakan untuk berfikir)

Aku petik sedikit petikan daripada Star hari ni(28 August 2008),Mukasurat N10(UMNO dissidents want change in leadership) ;

"In Muar,several UMNO branch leaders represented by Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman Ninam Shah said,one major reason for Barisan's loss was the swearing on the Quran by both Saiful Bukhari Azlan and Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak . He said UMNO leaders should not allow the use of Quran to resolve personal matters or to prove one's innocence"

Agak-agak perkataan ni keluar tak daripada mamat ni kalau parti Melayu tu menang?

Yang aku seronok,di ruangan atas suratkhabar tu siap ada gambar Anwar dengan Wan Azizah,macam time World Cup,ada gambar logo World Cup kat atas tu . Memang bijak betul Cina ni berniaga . Kalau compare dengan bangsa Lembu yang suka jaja fitnah ni,memang jauh betul bezanya .

Pagi tadi,aku dengan penuh excitednya menunggu sidang parlimen untuk menonton Ketua Pembangkang baru yang paling ditunggu-tunggu mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen . Dah siap nak rekod dalam tape lagi . Tepat pukul 10.00am,aku dah tercokoh didepan TV . Tiba tiba,terus keluar entah mamat mana tanya soalan(maknanya perdebatan telah bermula dan majlis angkat sumpah telah berlalu) . Aku pun duk tunggu lagi,sampai sejam masih takde lagi muka Anwar angkat sumpah . Jangankan angkat sumpah,nak keluar sesaat dua pun takde . Tak taulah waktu aku pergi toilet muka dia keluar . Yang penting,disini menunjukkan kebebalan serta ketakutan melampau yang ditunjukkan oleh stesen TV yang dibiayai oleh duit hangpa semua dan duit aku juga . Macamana satu nilai berita yang sangat tinggi dan dinantikan oleh sebahagian rakyat Malaysia dinafikan untuk ditonton . At least,siarkan rakaman tertunda untuk seketika .

Melayu oh Melayu...malang nasibmu
Pemimpin mu banyak yang kaki sapu
Cakap depan macam berilmu
Bila berdebat air liur turun laju
Otak bebal suka menipu
Rakyat dah jemu kena tipu
Sekarang Rakyat dah mula berbulu
Bagi majoriti lebih daripada dulu
Parti Lembu akhirnya hanya tinggal bulu...
huhuhuhuhuhuhuhu(gelak ala sms!)

Aug 27, 2008

Wabillah Hi Taufiq Wal Hidayah!!!

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi



Yang penting,ayat akhir mesti ada masuk ayat-ayat bunyi arab . Paling best ialah "semoga kita dapat hidayah" . Hidayah ni nama orang ke atau kata sifat?

Aug 25, 2008

P44 Keranda Untuk Siapa???





Semalam aku dengan kawan aku ke Permatang Pauh . Hari ni dah balik ke KL . Saja je aku pegi sbb nak tgk apa benda dah jadi kat sana . Tapi otw dari KL ke sana,jalan sibuk giler . Aku tak tahu yang otw tu orang Permatang Pauh yang nak balik mengundi,atau orang bukan Permatang Pauh yang disuruh balik mengundi . Dah lah hujan,lori banyak,yang nak ke Permatang Pauh pun ramai termasuk kami .

Sampai disana,aku terus pergi ke program ceramah Anwar di Guar Perahu . Tapi aku pelik dan sangat musykil sebab sepanjang perjalanan,aku tengok markas Gelembung Biru orang tak ramai . Aku sangka semuanya pergi dengar ceramah calon mereka agaknya . Poster dan bendera jangan ceritalah,takde tempat yang takde lambang . Bila sampai ke Guar Perahu,aku pelik lagi sekali sebab penuh sesak dengan manusia . Kenapa dia orang nak dengar ceramah Anwar??Bukankah Anwar diwarwarkan sebagai peliwat dan agen Kristian/Yahudi/Amerika dan nak jual negara . Ishh..nape jadi macam ni,makin buruk akhlak,makin ramai datang nak dengar ceramah . Adakah yang nak dengar ceramah ni buruk akhlak jugak?Tapi aku tengok atas kepala mereka banyak sungguh pakai kopiah putih dan songkok haji . Tak nampak pulak yang datang dengar ceramah ni mabuk-mabuk,atau pun pakai separuh bogel .


Lepas ceramah dan habiskan duit beli t-shirt,aku balik ke rumah abang kawan aku,nak tidur . Sampai sana dapatlah cerita 1st hand . Sebelum tu pun dah ada orang bagitau,ceramah puak-puak Gelembung Biru biasanya yang hadir hanya dalam skala orang tahlil kat rumah sahaja . Sedih sungguh aku dengar . Tapi aku bersangka baik dan positif . Mungkin sebab orang dah biasa dengar ceramah puak-puak Gelembung Biru ni,jadi tak perlu nak dengar lagi . Sebab biasanya ceramah mereka akan keluar TV . Ceramah Anwar,semakin malam semakin ramai org datang . Ini sungguh pelik lagi benar . Sepatutnya makin lama ceramah makin bosan sebab mesti takde isu lain selain isu peribadi liwat seperti yang di katakan oleh puak puak Gelembung Biru . Tapi ini tak berlaku pada ceramah Anwar,makin lama makin sedap pulak didengar . Orang semakin padat walaupun hari hujan dan bunyi generator bising .


Bila aku lalu lalu kat tepi jalan,dekat dengan markas Gelembung Biru,ada pulak poster sorang mamat tongong ni bersumpah . Salinan sumpah tu dijadikan poster . Aku nak gelak pun tak jadi,terus terkincit dalam seluar sebab lawak bangsat macam ni,sepatutnya di zaman nabi Luth pun dah tak releven . Makhluk Gelembung Biru ni,nama Islam sebab ada Bin kat tengah nama,tapi bila berpolitik,otak dalam kepala dia cair dan jadi najis . Geli geleman rasa(macam dipegang oleh Puteri Merah Muda) bila tengok poster sumpah tu,sampaikan aku yang nak ambik gambar pun tak jadi sebab dah terkincit .


Ada satu cerita lawak antarabangsa . Kakak ipar kawan aku cerita . Strategi baru Puteri Merah Muda nak approach pengundi hang tau macamana?Dengar tak cerita macamana Mamat C4 kena boo dengan pengundi kat Kubang Semang . So,daripada peristiwa ni lah menyebabkan Puteri Merah Muda takut nak pergi rumah ke rumah agaknya utk approach pengundi,so dia org pun guna taktik baru iaitu telefon setiap rumah pengundi . Diantara soal jawab dan dialog dia org dengan pengundi ialah ;

Puteri Merah Muda(PMM) : Assalamualaikum,salam dulu kini dan selamanya..

Pengundi : Sapa ni?macam pernah dengar je slogan tu?!

PMM : Yelah,kamilah akak,perayu undi dari Parti Gelembung Biru

Pengundi : Hah,apa kau nak(dengan nada tegas)??

PMM : Alaa akak ni,janganlah garang sangat

Pengundi : Bukan garang,apa yang kau orang nak? . Aku rasa macam tau je niat kau org ni . Nak ajak aku undi Parti Gelembung Birulah ni

PMM : Kak,akak percaya ke Anwar boleh buat perubahan???Boleh turun minyak..??

Pengundi : (Terdiam)...Kenapa tak boleh??

PMM : Kak,Kenapa Anwar tak mahu bersumpah??Itukan cara Islam . Sepatutnya dia kena sumpah kan kak....??kan kan kan??SighFool tu elok je bersumpah . Mesti dia betul tak tipu punya...Orang Islam kenalah sumpah kan kak????

Pengundi : (Terdiam)....betul gak,tapi....(blurr sekejap)

PMM : Takde tapi-tapinya kak,Anwar memang buat kerja tu kak...percayalah akak..Mengorat bini orang pun dia buat . Takkan akak nak percaya orang macam tu . Tahun 1998 dulupun dia buat kak . Saya ni pakai tudung kak,takkan saya nak tipu kan...percayalah kak...

Pengundi : Macam ni lah..saya senang cakap,saya nak pangkah parti yang boleh turun minyak jadi RM2.00 . Kalau minyak mahal susah hidup saya . Kalau ekonomi merudum,cakap sumpah 8 ribu kali pun tak guna woi....Lagipun,kalau Anwar menang,dia jadi PM,saya pun bangga orang tempat saya jadi PM .

PMM : Memang sesatlah akak ni!!!!!(sambil meletakkan telefon dan membuat isyarat lucah yang bertentangan dengan norma norma hidup melayu) .

Ini hanyalah satu daripada beribu ribu dialog yang berlaku di Permatang Pauh P44 . Bayangkan anda adalah seorang menteri kabinet telah diboo di pasar malam,apa perasaan anda?sudah tentu mau balik kampung dan tak mungkin akan datang berkempen lagi .

Tengahari Ahad,aku ke Yayasan Nadhoh dimana jadual Anwar akan merasmikan Konvensyen Masyarakat Madani . Ini adalah kali ketiga aku bertemu Anwar secara peribadi semenjak tahun 1998 dimana pada waktu itu,kesihatan Anwar ditahap yang sangat baik(sebelum upacara pembulian oleh Anjing berdehem) . Tetapi kali ini berlainan . Aku sedih dan agak tersentuh melihat bagaimana Anwar dipimpin ketika menuruni tangga . Jelas kesakitan belakang yang dialaminya mengganggu perjalanan dan kehidupan beliau .


Apa yang aku boleh simpulkan dalam ucapan beliau di sepanjang konvensyen tersebut ialah,Anwar seorang pencinta ilmu dan sentiasa terkehadapan dalam mengupas persoalan ummah . Benda seperti ini tidak akan ditemui pada susuk tubuh menteri-menteri di parti Gelembong Biru . Apa yang di sampaikan sentiasa menjana intelektual minda aku . Jika pemimpin tidak dahulu kehadapan dalam soal pemikiran,bagaimana kita boleh mengharapkan mereka memimpin kita?


Aku bukan pengkagum atau pengtaksub Anwar . Tapi aku sentiasa mencintai kebenaran dan wacana intelektual . Kebersamaan aku dalam setiap majlis bersama Anwar sentiasa menghasilkan input positif dalam minda aku . Tidak ada sebab untuk aku tidak menyokong susuk seperti Anwar untuk menjadi seorang pemimpin . Hari ini adalah kali ketiga aku bersalaman dengan beliau . Tidak sekalipun aku terfikir untuk mencium tangan beliau . Tapi kenapa budaya mencium tangan ini masih wujud dalam parti Gelembung Biru?bukankah ini suatu bentuk feudalism tegar yang menyumbang dalam kecacatan peribadi untuk membentuk jatidiri merdeka bagi setiap insan yang cintakan kebebasan .

Pilihanraya P44 Permatang pauh adalah keranda politik samada untuk Gelembung Biru atau Anwar . Jangan terlalu yakin bahawa kemenangan berpihak kepada kebenaran kerana nilai kebenaran sangat sukar ditelah . Kekuasaan Daulah yang telah berakar umbi selama lebih 51 tahun pasti akan menjadi punca matlamat menghalalkan cara . Jadi,bersedialah anda untuk mendengar sesuatu yang ajaib,pelik,ganas,kejam,abnormal dan macam macam lagi sebelum atau selepas keputusan Parlimen P44 diumumkan nanti .


P44 Keranda Untuk Siapa???

Aug 19, 2008

Republik Islam China dan Olimpik

Bayangkan kalau negara Cina ialah sebuah Republik Islam . Penduduknya adalah antara yang terbanyak dalam dunia . Tamadunnya sangat besar dan sejarahnya sangat mengkagumkan . Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang dapat menafikan kehebatan bangsa Cina dan kekaguman dunia terhadap sejarah dan ketamadunan Negara Cina .

Cuba lihat di sukan Olimpik sekarang . Siapa yang menguasai pingat?Negara Cina jauh meninggalkan antara negara-negara besar lain dalam dunia seperti USA,Australia,Jerman,Korea dan Jepun . Bayangkan kalau negara Cina ini ialah negara umat Islam . Sudah tentu masyarakat dunia akan takjub bagaimana umat Islam boleh memungut pingat sebanyak itu . Apakah amalan mereka?Apakah disiplin mereka? Tetapi malangnya negara Cina bukan sebuah negara umat Islam . Apakah signifikan Islam dan pungutan pingat dalam sukan Olimpik?

Sebenarnya jika kita memandang dalam skop yang lebih luas,negara Cina bukan sahaja maju dalam bidang sukan,malahan apa sahaja yang dikaitkan dengan negara Cina boleh dianggap suatu yang ada nilai nilai kemajuan . Walaupun ada beberapa dasar negaranya yang mungkin tidak releven semasa era pemerintahan komunis,negara Cina tetap kekal sebagai sebuah negara besar yang kuat dan disegani .

Apakah sebenarnya yang dapat kita pelajari dari kehebatan negara Cina memungut pingat emas yang sebegitu banyak sekali di sukan Olimpik ini?Kenapakah tidak ada satu pun negara Islam yang boleh membanggakan dalam soal pungutan pingat?Adakah Islam mengharamkan sukan dan memandang negatif pada sukan?Jawapannya tidak kerana Nabi Muhammad sendiri pun menggalakkan riadah dan sukan kerana ianya membawa kepada hasil yang sangat baik .

Bersukan membawa terlalu banyak makna dan kupasan yang sepatutnya selalu dijadikan agenda utama dalam hidup . Jika kita ingin bersukan,kita seharusnya mempunyai faktor faktor ini ;

1 . Badan yang sihat
2 . Kemahiran
3 . Disiplin
4 . Kesungguhan
5 . Semangat berlawan
6 . Analisa dan pengetahuan

Ini semua adalah asas asas penting dalam sukan . Tapi kenapa umat Islam tidak pernah maju dalam sukan . Bukankah tujuh asas diatas adalah nilai yang sepatutnya diajar kepada umat Islam dan menjadi tunjang utama kehidupan?

Yang terjadi pada umat Islam adalah sebaliknya . Bukan sahaja mereka malas bersukan,malahan tujuh asas diatas pun tidak diamalkan dalam menjalani kehidupan mereka . Bayangkan jika negara pertama diatas kedudukan pingat ialah Arab Saudi,kemudian Indonesia,Mesir,Iran,Iraq,Kuwait dll , bagaimanakah agaknya persepsi masyarakat dunia semasa ini . Sudah tentu mereka akan membuat kajian kenapakah umat Islam begitu kuat dalam sukan,apakah disiplin dan amalan hidup mereka . Adakah sumbangan Quran sebenarnya menjadi tunjang kepada kejayaan mereka?

Cuba kita lihat umat Islam di Malaysia yang lebih sinonim dipanggil Melayu . Bandingkan mereka dengan bangsa Cina disini . Bangsa Cina mengamalkan Islam walaupun tidak mengEsa kan Allah sementara bangsa Melayu mengamalkan kekufuran walaupun sembahyang sebanyak 5 kali sehari . Bangsa Cina ramai yang bangun pagi dan bersukan,bangsa Cina amat menitik beratkan soal kesihatan dan paling kurang diserang diabetes,bangsa Cina mengutamakan pendidikan,bangsa Cina paling kehadapan dalam bidang kemahiran,bangsa Cina paling kuat bersaing dan bangsa Cina diakui paling cerdik di negara ini .

Jika umat Islam Melayu sedar akan kelemahan mereka,jangan malu untuk belajar dengan satu bangsa yang lebih hebat dari mereka . Tidak salah untuk mencontohi sesuatu yang baik walau dari mana saja puncanya .

Masalah Melayu dan Islam,walau dimana sahaja mereka berada ialah suka mengambil label yang berada didepan mata daripada mengkaji intipati sesuatu perkara . Perlu diingat bahawa Nabi Muhammad menggalakkan kita beriadah seperti memanah,berkuda dan berenang . Itu hanyalah 3 contoh yang membawa makna bahawa sukan itu sesuatu yang sangat baik . Jika umat Islam sangat taat pada suruhan Nabi Muhammad ini,kenapa sukan renang,memanah dan berkuda tidak dimonopoli oleh umat Islam?Paling kurang pun sepatutnya umat Islam menguasai sukan main pedang atau "Fencing" kerana mengambil sunnah Nabi Muhammad yang berperang dengan pedang . Tetapi,satu sukan pun tidak dimonopoli oleh umat Melayu Islam .

Jika umat Islam tidak dapat menguasai sukan,jangan harap mereka akan dapat menguasai teknologi . Kerana sukan dan memenangi medal Olimpik adalah sesuatu yang boleh dilakukan . Sepatutnya bidang sukan membawa kita kepada kehidupan yang lebih baik,lebih fokus dan lebih berdisiplin . Bukankah ini yang dianjurkan Islam?

Aug 17, 2008

Dialog MukahpastuBlah!

Nota Atas : Mukah ialah Perzinaan dalam bahasa kamus dewan,sementara dalam bahasa Mat Rempit,Mukah ialah projek dengan bohsia .

Di dalam sebuah bilik rahsia di bangunan Majlis Pecah Amanah Rakyat . Perjumpaan yang dinamakan MUKAHpastuBLAH telah diadakan diantara ketua Parti Amalkan Serban dan ketua United Moron NationWide Organization .

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Terimakasih lah datang ni Syeikh . Bukan senang bagi kami nak dapat jumpa fulamak besar macam Syeikh ni,nak nak selepas parti Syekh menang besar baru baru ni .

Datuk Seri Haji Hudud : "Alah,janganlah puji ana lebih lebih,lagipun ana ni pikir sebab nak satukan Melayu je,sebab tu ana setuju datang . Tapi dengar cerita anta nak bagi offer baiiiikkk punya dekat konco-konco ana dan diri ana sendiri,betul ke?"tanya Datuk Seri Haji Hudud dengan penuh excited hingga senget serban nya .

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Bab tu jangan risau Syekh!taulah ana uruskan dengan moron moron dalam kumpulan ana"tegas Datuk Seri Bodohlah

Datuk Seri Haji Hudud : "Tapi kalau anta main-mainkan kumpulan ana,ana akan bersumpah laknat di Masjid yang ana akan ajar kumpulan anta betul betul nanti . Jadi,anta jangan cuba cuba nak main-mainkan kumpulan ana tau!"tegas Datuk Seri Haji Hudud dengan penuh garang .

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Jangan macam tu,main ugut-ugut plak!anta ni macam baru sekarang kenal ana,pernah ke ana menipu?ana kan cucu fulamak besar,mana leh tipu siang siang,kalau malam malam bolehlah!takkanlah ana sebagai cucu fulamak nak buat kerja dosa tuh!Beginilah Datuk Seri Haji Hudud,kumpulan ana ni sebenarnya dah buat keputusan untuk bagi anta jawatan Ketua Eksekutif Parti Barang Naik Bila Naik . Sebab kami tengok hanya Syeikh saja yang layak jadi pemimpin kami . Sebagai tambahan,kami setuju kalau anta nak buat hukum Hudhud sebab nanti senang kita nak jalankan hukum Qazak dekat peliwat dan agen negara asing boleh dikenakan hukuman sebat dan tumbuk atas mata .

Datuk Seri Haji Hudud : "Uish!mantap betul cadangan anta wahai cucu fulamak!Memang nampak sangat anta dah dapat hidayah dari tuhan kita . Syukur...tak perlu lah anta penat penat ceramah lagi kat Kampung Rugila Camni,buat mengabih boreh je . Ana duk hari hari ceramah pun,tahun 2004 pun ana kalah jugak pilihanraya . Serban ana ni,siap ana isi kotak kat dalam dia bagi nampak besar,tapi orang kampung Rugila Camni masih lagi tak nampak kealiman ana,dia orang masih lagi bagi undi kat kumpulan anta sebab anta ni cucu fulamak"Kata Datuk Seri haji Hudud dengan nada sesal .

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Tulah Haji Hudud,hang ni bodoh,tak pandai berlakon . Orang kampung ana,dikawasan Kepala Butus kata lurus bendul macam lembu . Macam kami,bila kami kalah macam sekarang,kami akan mainkan isu bangsa dan buat muka kesian dan kami semua masuk kelas tuisyen untuk belajar menulis blog . Macam anta,ana dengar anta ni buta komputer,laptop tu anta ingat topless . Sebab tu anta ni asyik nak haramkan aje apabila dengar benda-benda lucah macam tu . Janganlah extreme sangat Syeikh,fleksibel lah skit! . Tengok tahun 2004,kumpulan anta kalah sebab pendekatan anta ni terlampau macam pramugara terlampau pulak . Orang bangsa Moron ni bukan suka perkara terlampau. Yang dia orang suka ialah bila duit terlampau,sex melampau,makan melampau dan rasuah melampau . So,macamana dengan offer ana tadi?"tanya datuk Seri Bodohlah Bodohwi .

Datuk Seri Haji Hudud : "Rilexlah Bodohlah,ana kena bawak benda ni berjumpa dengan kuncu kuncu ana dulu,ana mesti kena Mauzakarkah dulu supaya dapat keputusan yang adil sptmana dianjurkan ugama kita .

Tiba-tiba dalam hati tercetus perasaan riak dan ujub Datuk Seri Haji Hudud..

"Tapi best jugak kalau dapat jadi Ketua Eksekutif ni,boleh ana buat Hukum Hudhud dan cuti hari Jumaat . Pastu bolehlah ana pakai kalendar Islam menggantikan kalendar kafir . Ana pun dah lama sangat asyik berkitab di Kg Rugila Camni . Kalau dapat bersyarah di TV,barulah nampak sikit kewibawaan ana..kih kih kih"ketawa datuk Seri Haji Hudud seorang diri..

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Hah!apa lak gelak sorang sorang ni?blum dapat jawatan lagi dah gelak besar...tapi takpe,kami semua pun mcm tu jugak dulu...anta terima je,tapi ingat,lepas ni anta kena kurangkan pergi jumpa mamat yang suka sumbat dubur budak budak dengan plastik tu . Dia tu bahaya,silap silap anta pulak jadi mangsa . Lagipun,dulu kan dia dah sumbat dubur Dr Mawar Anus,orang tu pun umur tua macam anta jugak . Ana nipun,pakai cawat besi sebab takut kena disumbat dubur . Lagipun ana tengok,anta ni suka pakai jubah,memang senang mamat tu nak selak kain anta . huhuhuhu..Lepas ni anta jangan iktiraf dia sebagai ketua,anta buat muka sardin je bila orang tanya pasal mamat tu tau!"

Datuk Seri Haji Hudud : "Anta ni Bodohlah,muka je nampak bodoh dan kuat tidur,tapi otak bergeliga . Ana ni yang kuat mengaji kitab pun tak dapat idea macam tu . Ana ingat pakai jubah serban ni orang bangsa Moron boleh suka sebab ana nampak alim . Rupanya bangsa Moron ni suka benda benda macam ni rupanya . Macam tu ana akan cuba bawak isu dubur pulak ke kampung ana "cadang datuk Seri Haji Hudud

Datuk Seri Bodohlah Bodohwi : "Ok,now you can go...but dont forget,Ketua Eksekutif..tulis ayat tu kat peti ais rumah anta,supaya hari hari anta boleh nampak dan excited!"

Datuk Seri Haji Hudud : (Tak berkata apa apa,cuma tersenyum lebar terdengar kata-kata Ketua Eksekutif keluar dari mulut Datuk Seri Bodohlah Bodohwi) .

Aug 16, 2008

Dialog Sumpah Si SighFool Siri 1

Di sebuah bilik mewah di satu kawasan di Kuala Lumpur

Konspirator 1 : (Sambil tolong melilit kain samping Mohd SighFool),"Engkau sanggup ke bersumpah ni?

Mohd SighFool : "Eh!apahal plak kau ni,takkan kau ingat aku ni lembik sangat,nak bersumpah pun takut"

Konspirator 1 : "Yelah,sumpah ni bukan memain tau,ada sebut nama tuhan lagi,siap laknat laknat lagi,kau berani ke?

Mohd SighFool : "Bengong betul kau ni!aku semayang pun tak buat,puasa lagi aku ponteng,setakat sumpah ni apa la sangat . Engkau pun tak pernah semayang,nape tetiba plak sebut tuhan ni?"

Konspirator 1 : "Tapi lepas sumpah nanti kau balik naik teksi jelah,takut aku nak bawak sebab aku tengok hari nak hujan,mana lah tau tetiba petir plak,kang mampus kita kena sambar"(sambil memakaikan songkok ke kepala Mohd SighFool yang tersenyum sumbing kerana teringatkan hari pernikahannya nanti yang bakal tiba dimana beliau juga akan memakai baju Melayu)

Aug 13, 2008

Sokongan Bangsa Hidung Kemek

Pelajar berdemo membantah cadangan MB Selangor . Ini sangat pelik lagi ajaib . Pelajar boleh berdemo dengan begitu senang dan mudah tanpa gangguan . Bukankah pelajar seharusnya belajar dan tidak mencampuri urusan politik-kata pemimpin Melayu dari parti senjata pendek yang bernama keris . Kata mereka pelajar dibiayai untuk hanya belajar dan jangan sesekali mencampuri urusan politik . Dan memang pernah berlaku pelajar-pelajar yang didapati terlibat dalam kegiatan parti-parti politik telah diugut atau disuruh beri surat tunjuk sebab . Tapi,hari ini pelajar UiTM boleh berdemo tanpa gangguan dan sambil tersenyum lebar melaungkan slogan-slogan perkauman .

Kenapa agaknya apabila isu seperti ini sahaja pelajar turun berdemo atau turun menunjukkan perasaan?kenapakah dalam isu isu yang lebih besar seperti kenaikan harga petrol dan masalah AUKU,pelajar tidak mempunyai perasaan untuk menunjukkan perasaan . Adakah mereka hanya mempunyai perasaan apabila MB Selangor yang baru "hanya mencadangkan" kemasukan bangsa lain kedalam UiTM lalu menyebabkan mereka gubra kerana sudah tentu mereka mereka yang bebal(tapi masih layak masuk ke UiTM) akan terjejas peluang mereka .

Malang sungguh nasib pelajar pelajar ini kerana hanya dapat menunjukkan perasaan pada isu-isu terpilih . Nampak sangat kemandulan intelektual mereka pada tahap yang sangat kronik . Sepatutnya pelajar bertindak pada kesemua isu yang menyentuh kepentingan masyarakat,bukan hanya isu bangsat yang hanya diperbesarkan oleh media . TukunNegara melihat isu perkauman ini hanya dimainkan oleh corong-corong kapal yang telah hampir tenggelam untuk kembali memohon sokongan bangsa hidung kemek ini . Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Anwar Ibrahim dalam perjalanan menuju ke Putrajaya .

Aug 8, 2008

Jangan Bersikap Selesa

Walaupun Anwar Ibrahim bebas dengan jaminan bon,penyokong kedamaian dan penyokong rakyat yang anti konspirasi tidaklah harus bersikap lega dan berpuas hati . Perlu kita menanam sikap untuk sentiasa memantau strategi-strategi para konspirator kerana "jika kita merancang,mereka juga merancang" . Mereka juga punya think-tank yang bekerja 24 jam sehari untuk memastikan konspirasi ini berjaya . Tidak mungkin jika mereka memulakan konspirasi ini maka ianya harus dibiarkan kecundang sebelum mendapatkan keputusan yang dikehendaki .

Saya menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong rakyat berdaulat supaya tidak terlalu ber emosi dengan kehadiran Anwar dimana mana terutamanya di mahkamah nanti kerana emosi anda boleh dimanipulasikan oleh ejen ejen provokasi untuk mendatangkan sebab musabab yang akhirnya membantutkan kemenangan rakyat .

Aug 6, 2008

Penyokong Pakatan Rakyat Sila Jangan Ke Mahkamah

Kenapa?dah tentu ada sebabnya . Nyawa Anwar dalam bahaya . Dan bahayanya bersebab . Apakah sebab-sebab yang menyebabkan nyawa Anwar dalam bahaya?

1 . Bahaya kerana Anwar bakal memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dan memasuki Parlimen .

2 . Bahaya kerana Anwar bakal menjana kemasukan 30 atau lebih ahli parlimen BN kedalam Pakatan Rakyat dan akan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara sah dan mengikut undang-undang .

3 . Bahaya kerana Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan memulakan politik era baru di Malaysia .

4 . Bahaya kerana Anwar akan memastikan segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional akan diadili didepan mata rakyat dengan ketelusan yang sewajarnya .

5 . Bahaya kerana Barisan Nasional tak suka perkara diatas terutamanya perkara no 4 !!!

Itulah 5 sebab utama kenapa nyawa Anwar berada dalam bahaya . Cuba bayangkan jika anda telah mendiami sebuah istana yang besar,indah dan cukup serba serbi selama 50 tahun,tetapi dengan tiba tiba,datang pihak lain untuk merampasnya dari anda dan menghalau anda keluar dengan penuh kehinaan,adakah anda dengan senang hati akan membiarkannya?Tentu tidak bukan?dan cukup mustahil untuk begitu mudah melepaskannya kepada orang lain .

Perjalanan panjang dan pengorbanan Anwar untuk memastikan Malaysia memasuki gerbang politik baru seharusnya disertai dan digembleng bersama oleh kita sebagai rakyat yang cintakan kebenaran,keadilan dan kesaksamaan . Tetapi,dalam menuju kearah gerbang yang seakan-akan hampir dalam genggaman kita,sedarlah bahawa musuh yang berada disekeliling kita sedang menanti waktu sesuai untuk mencari apa sahaja peluang yang timbul dan menggunakan peluang tersebut untuk memadamkan cita cita kita selama ini .

Oleh itu,saranan supaya penyokong Pakatan Rakyat tidak turun ke mahkamah seharusnya tidak dilihat sebagai tidak menyokong susuk tubuh Anwar itu sendiri,tetapi sebagai senjata yang ampuh untuk memadamkan keinginan mereka membuat huru-hara yang kita sudah tahu datangnya dari ejen-ejen provokasi .

Apa yang amat dibimbangkan ialah jika mereka mengambil keputusan untuk melibatkan susuk tubuh Anwar sendiri dalam provokasi ini . Itu yang sangat-sangat dibimbangkan dan harus difikirkan oleh semua penyokong .

Jadi,dengan tidak ke mahkamah,anda semua telahpun mengurangkan satu sumber provokasi yang sangat-sangat dinantikan oleh ejen-ejen mereka . Tahun 1998 sudah cukup memberi pengajaran kepada kita semua bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja jika air sudah sampai ke lubang hidung dan udara sudah tiada lagi untuk bernafas .

Percayalah bahawa Anwar tidak akan bersusah hati dengan ketidakhadiran kita dimahkamah kerana Anwar tahu bahawa kita semua sentiasa dibelakang beliau selama ini . Lagipun,berkumpulnya kita dimahkamah tidak lagi releven untuk membuktikan sokongan kita kepada Anwar kerana di Malaysia,perhimpunan rakyat dianggap haram . Lebih baik kita menggunakan platform halal di alam cyber untuk mencari pengaruh dan menjana sokongan yang sebagaimana telahpun terbukti pada pilihanraya baru baru ini .

Aug 3, 2008

Satu Lambang Satu Suara

Kata TukunNegara;

Apakah lambang parti membawa suara penyatuan ahli parti?perlukah parti parti politik bersatu dibawah satu lambang?Adakah lambang membawa apa apa makna kepada pergerakan dan halatuju sesuatu parti . Jawapannya ya!

Dalam konteks politik di Malaysia,hanya satu gabungan parti politik yang mempunyai lambang kesatuan diantara parti-parti iaitu Barisan Nasional atau BN dengan mengambil dacing sebagai lambang . Apakah kesannya mempunyai lambang sebegini?Apakah mereka benar benar bersatu dibawah lambang ini ?

Sebenarnya tiada satu pun gabungan parti-parti politik yang boleh mengatakan bahawa mereka akan bersetuju sepanjang masa dengan parti-parti politik dalam gabungan mereka kerana setiap parti mempunyai halatuju dan teras perjuangan mereka . Tetapi,apa yang harus dilihat ialah dimanakah titik kebersamaan mereka dalam memperjuangkan agenda politik mereka .

Dalam mengatakan tentang penubuhan Pakatan Rakyat sebagai satu wadah baru agenda politik Malaysia,mengapakah mereka masih belum boleh bersatu dibawah satu lambang sebagai bukti kesatuan diantara Parti Keadilan Rakyat(PKR),Parti Islam SeMalaysia(PAS) dan Parti Tindakan Demokratik(DAP) . Apakah mereka tidak langsung mempunyai titik bersama untuk memperjuangkan agenda rakyat?Contohnya PAS,bukankah PAS memperjuangkan keadilan yang dituntut Islam?Dan ini jugalah yang diperjuangkan oleh PKR serta DAP . PKR memperjuangkan kesamarataan antara semua rakyat,bukankah ini juga yang dianjurkan Islam?bukankah ini juga yang telah dilaungkan oleh DAP tentang meritokrasi?Apakah PAS menentang keadilan tanpa mengira kaum?sudah tentu tidak bukan?

Kenapa disaat sebelum pilihanraya umum baru-baru ini kita dapat bersama sama duduk semeja dan bergerak bersama,kenapa setelah memenangi begitu banyak kerusi parlimen,kita tidak dapat melangkah ke suatu anjakan paradigma yang baru untuk menubuhkan suatu pakatan bersama yang lebih rasmi sifatnya . Ini samalah sepertimana pertemuan lelaki dan wanita yang merasakan mereka mempunyai persefahaman untuk hidup bersama,mempunyai citarasa yang sama dan yakin tentang pilihan mereka untuk bersama lalu memeterai perjanjian mereka dengan suatu perkahwinan yang sah . Bukankah ini adalah suatu label yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat yang mementingkan nilai integriti .

Cuba kita bawa diri kita ke suatu pilihanraya,dan kita melihat disuatu bilik gerakan atau pondok panas,pelbagai bendera terdapat disitu,iaitu bendera PKR,PAS & DAP . Bukankah pemandangan ini sebenarnya membawa satu idea bahawa mereka masih tidak bersatu . Jika bersatu pun,benarlah seperti yang diwar warkan oleh Barisan Nasional bahawa kesatuan mereka hanyalah kesatuan yang longgar . Ini memang benar dan boleh dibuktikan apabila DAP akhirnya bertindak keluar dari Barisan Alternatif setelah tidak sebulu dengan PAS yang masih degil dengan konsep Negara Islam selepas pilihanraya 2004 .

Rakyat sebenarnya melihat,dan mereka melihat dengan pemikiran yang kritis dan membina . Jika benar Pakatan Rakyat mahu berganding bahu untuk memerintah negara,bersatu lah sekarang sebelum mempunyai kuasa . Dibimbangi jika telah mendapat kuasa,mereka mula kelaparan pangkat dan jawatan dan akhirnya berlakulah tuding menuding sebagaimana yang telah terjadi baru baru ini dimana PAS dengan bodoh sombongnya telah berjumpa musuh yang telah dikaterogikan sebagai "Syaitan Tersepit"melalui pintu belakang .

Tidak dapat difahami kenapa perlunya menjadi bodoh sombong sepertimana yang dipaparkan baru baru ini oleh parti PAS . Agenda utama untuk menumbangkan gergasi jahat iaitu BN sepatutnya didulukan . Sepatutnya segala senjata dan penggabungan strategi difikirkan bersama kerana musuh telah terlalu lemah dan menunggu masa untuk di nyahkan oleh gabungan rakyat yang membawa panji panji baru . Kenapa ada pihak yang tidak mahu mengakui Anwar Ibrahim adalah ketua kepada Pakatan Rakyat walaupun ianya tidak rasmi,tetapi siapakh yang boleh menafikan bahawa "faktor Anwar"adalah faktor kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya baru baru ini . Bukankah setiap kumpulan masyarakat perlu mempunyai pemimpin . Dan apabila pemimpin kita dituduh dengan tuduhan jahat dan konspirasi murahan(yang telah diakui sifat kesyaitanannya 10 tahun lepas),maka tidaklah perlu menunggu lama untuk menolak tuduhan ini dengan sekeras kerasnya .

Cuba kita bayangkan betapa indahnya apabila dalam pilihanraya di Permatang Pauh nanti,hanya ada dua bendera dipamerkan iaitu bendera Syaitan Bertanduk Biru dan bendera Malaikat Rakyat berkibar untuk menentukan kemenangan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam . Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia dapat menumpukan idea untuk menghasilkan suatu lambang yang membawa Malaysia ke era baru politik rakyat yang sudah tentu terhasil "Dari Rakyat Untuk Rakyat "

Mungkin laman blog seperti Malaysia Today boleh menganjurkan kegiatan mencipta logo Pakatan Rakyat . Sorry RPK kalau ini menyusahkan anda!Cukuplah Uncle Pet mahu bertemu anda di gelanggang...

Jul 30, 2008

P.A.S Jadi P.B.S(Parti Bodoh Sombong)

Apabila membicarakan tentang kebodohan mutlak,sekarang dan pada hari ini didepan mata kita telah nyata suatu tindakan kebodohan bertaraf najis mughalazah telah dipersembahkan dan telah didalangi oleh manusia manusia yang dulunya berpegang kepada prinsip ketuhanan,ketinggian akidah dan menjunjung keluhuran akhlak tetapi akhirnya sanggup melumurkan najis syaitan kebadan mereka sendiri lalu tercabutlah segala serban,tarbus dan songkok haji mereka . Warna putih songkok haji mereka juga telah bewarna kekuning-kuningan kesan daripada tahik cirit yang sangat busuk lagi hina baunya yang dipindahkan daripada badan syaitan kepada mereka .

"Melepaskan Syaitan Tersepit" - itulah ungkapan yang paling tepat lagi molek sebagai ganti kepada "Melepaskan Anjing Tersepit"yang telah dibuat oleh masyarakat Melayu dahulukala . Jika melepaskan anjing yang tersepit,kita hanya berkemungkinan untuk digigit sahaja,dan kemudian kita boleh menyamaknya, tetapi melepaskan Syaitan Tersepit,bukan kita sahaja yang akan dihisap darah,malahan Syaitan ini akan membawa kita kelubang-lubang Neraka yang dahulunya sangat sangat kita hindarkan .

Bagaimana sebuah parti yang mengakui menjunjung tinggi kedaulatan ugama samawi(langit) dan telah mengecam(sejak azali lagi) lagak kesyaitanan anutan Syaitan Besar ini akhirnya boleh datang melalui pintu dapur rumah Syaitan seraya menanggalkan jubah dan serban dan menawarkan bantuan kerana sifat kasihan yang amat tinggi serta prihatin dengan kebinasaan Syaitan ditangan Rakyat .

Yang menjadikan isu ini sangat memualkan serta menambahkan benci Rakyat kepada politik sempit lagi bodoh ini ialah disaat kemuncak atau klimak kemenangan Rakyat,PBS(Parti Bodoh Sombong) ini sanggup berpanas berpinar dengan mendekati Syaitan secara senyap tanpa restu Rakyat dan Pakatannya . Bukan hanya sekali,malahan berkali kali .

Bagaimana agaknya analisis PBS(Parti Bodoh Sombong) ini terhadap kemenangan parti mereka dalam pilihanraya baru baru ini?Adakah mereka menyangkakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat adalah kerana kekuatan mereka sahaja?Tidak sedarkah mereka bahawa satu susuk tubuh yang tinggi keramatnya telah melakukan pusingan-pusingan yang hebat diseluruh negara untuk mengemblengkan kekuatan rakyat agar bersama sama menumbangkan Syaitan Besar dinegara ini . Setelah kemenangan mutlak hampir tiba untuk rakyat,Parti Bodoh Sombong ini telah muncul dengan agenda baru bersama syaitan iaitu -"Agenda Penyatuan Syaitan-Syaitan Melayu Untuk Kepentingan Islam".

Adakah Syaitan itu Islam?Pernahkan Syaitan tersebut mengislamkan dirinya dengan bersyahadah dan mengamalkan tingkah laku Islam?Adakah Syaitan itu mengamalkan keadilan sejagat,meraikan demokrasi bersih,menghormati hak hak rakyat dan tidak pernah melakukan segala bentuk penyelewenagn kuasa,wang dan segala galanya?

Jika Syaitan tersebut tidak mengamalkan apa yang Islam anjurkan selama ini,kenapa sebuah parti yang dilihat bersih dan suci dari segala anutan kesyaitanan,sanggup pula melumurkan najis khinzir,anjing dan syaitan ketubuh,serban dan jubah mereka . Dan mereka sanggup pula "kencing" kepada ahli-ahli mereka yang sangat taat dalam menjalankan kerja kerja berpersatuan untuk kemenangan rakyat . Apakah kebebalan melampau ini tidak disedari oleh pasukan pemikir mereka?

Disaat susuk tubuh keramat berhempas pulas menentang penindasan syaitan dengan tuduhan menjolok punggung,parti yang menjunjung agama langit bermesra dan bercumbu(sehingga hampir inzal) dengan syaitan dibilik karaoke . Memualkan dan menjijikkan !!! . Bagaimana parti yang menjunjung agama langit ini sanggup membiarkan susuk tubuh keramat yang tidak menghiraukan penat lelah berdakwah disetiap pelusuk negara untuk menumbangkan Syaitan Besar yang telah 50 tahun membakar kita dalam unggun api ciptaan mereka menjawap sendiri pertuduhan jahat yang dikenakan terhadap beliau . Bukan sahaja membiarkan,malahan pemimpin Parti Bodoh Sombong ini sanggup pula mengeluarkan kenyataan bahawa kes menjolok punggung tersebut adalah masalah individu tersebut . Cih!!jahanam punya bebal!!!Islam punggung keldai mana yang dikutip oleh manusia seperti ini ?

Apabila wujud watak tua berjanggut putih(yang bukan Islam lagi dilihat seolah olah musuh kepada Islam) yang memberi amaran bahawa penyertaan mereka dalam gagasan rakyat ini harus dinilai kembali,maka melentinglah lebai dan ulama yang telahpun kepanasan kerana bersekongkol dengan Syaitan yang sedang tersenyum puas kerana telah mendapat kembali tongkat jahanam mereka dan strategi mereka telah mengena . "Wahai ulamak!!!dengar sini,walaupun Si Janggut Putih itu bukan Islam,tetapi sedarlah bahawa percakapan mereka itu ada mempunyai kebenaran dari segi moral dan pertanggungjawaban . Bukankah engkau memenangi pilihanraya kerana pakatan bertiga,jadi kenapa engkau menjadi bodoh sombong pergi berjumpa dengan musuh tanpa kebenaran oleh pakatan semua??"

Jul 26, 2008

Kereta Kebal Tu Pun Duit Rakyat

Apa masalah pulak mamat ni nak tahan kereta kebal?kalau dia boleh tahan kereta kebal,kereta tu boleh dipanggil kereta bebal lah sebab sudah tak berfungsi kebalnya .

Ini adalah salah satu "Historical Moment" di Medan Tiananmen dimana demonstrasi rakyat pada tahun 1989(atau lebih dikenali sebagai June Fourth Incident) menyebabkan kematian ribuan pelajar-pelajar universiti tempatan .

Jika disini,pelajar pelajar cuma menahan bas untuk ke Komplek Pertama atau Sogo ataupun Pasar Seni . Yang lebih syok,menahan bas untuk ke Taman Tasik Titiwangsa dan kemudian menjalankan aktiviti membuang masa .

Semenjak AUKU diperkenalkan,pelajar pelajar telah mandul dari segi kesedaran politik dan keterlibatan dalam aktiviti politik . Yang menjadi bahan lawak,kursus Sains Politik masih lagi diajar di universiti tempatan,dan sewaktu di sekolah menengah,perdebatan antara sekolah sekolah adalah perkara biasa . Tapi bila diuniversiti,pelajar pelajar pula diharamkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik sedangkan politik ialah asas kepada kemerdekaan jiwa rakyat .

Walaubagaimana mandul pun pelajar Malaysia sekarang dengan aktiviti politik mereka,kes kes buang bayi dan termengandung di kolej serta pusat-pusat pengajian tinggi masih wujud . Ini menunjukkan bahawa tahap kesuburan mereka masih lagi terkawal .

Jul 23, 2008

Jews Is Our Brothers


Hehe..cuba tengok betul betul video ni,Presiden Paling Mengancam dan Paling Berani(walaupun bukan Pengerusi Oh I See)Mahmoud Ahmadinejad,sedang berpeluk dengan Rabbi Jews . Untuk pengetahuan anda,Ahmadinejad masih tinggal dirumahnya yang sederhana dan telah mendermakan karpet mahal serta pelbagai barangan mewah dipejabat Presiden kepada pihak Muzium semasa beliau memasuki Pejabat Presiden pada kali pertama dahulu .

Berbalik pada soal video,cuba kita ingat semula macamana media media beruk di Malaysia telah mempermainkan adegan peluk memeluk diantara Anwar Ibrahim dengan Mat Saleh dan memperbesarkan tajuk "ANWAR IBRAHIM AGEN AMERIKA " . Hahaha...lawak lendir+air liur basi naik bas ekspress . Macamana kepala otak Penerbit yang boleh duduk dalam syarikat media macam ni . Sure dalam kepala dia hanya ada suku je membran otak . Itupun otak itu digunakan untuk memikirkan soal nafsu syahwat dan menggerakkan anggota badan sahaja . Nanti pada tahun 2050,cucu cicit Penerbit tersebut akan tengok semula siaran berita tu,dan maki hamun moyang dia sebab sanggup melacurkan intelektual manusia dengan menyiarkan berita hina macam tu .

Cuba pulak kita baca tajuk baru macam ni " MAHMOUD AHMADINEJAD BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI",hanya dengan merujuk video diatas sahaja . Macamana pulak rasanya?mesti kita semua akan pengsan kerana kenyataan tu macam tengok Rosmah(bukan nama sebenar) jual Apam Balik kat Kg Temai,Pekan Pahang .

Jul 22, 2008

Mari Kita Tegakkan Salib

Mesti minda anda semua sedang terfikir sekarang,murtadkah TukunNegara?Ini menandakan anda fobia dengan salib . Dan jika anda fobia dengan salib,bermakna anda sedang berperang dengan kekalutan jiwa dan akidah Islamiah anda sendiri .

Ada rakan yang menceritakan bahawa jirannya telah membuka semua "tiles" di garaj rumahnya kerana coraknya mempunyai lambang "+" atau Salib . Hahaha..ini betul betul lawak pembaziran yang mengecutkan usus .

Ada rakan yang memakai jersi pasukan bolasepak England(yang mempunyai lambang salib pada lambang persatuan bolasepaknya) merasa berdosa yang amat sangat dan gundah gulana kerana merasakan telah mengagungkan ugama Kristian . Tapi rakan tersebut tidak pernah dilihat menunaikan solat 5 waktu kecuali solat sunat AidilFitri .

Jadi,dimana asasnya ketakutan kita kepada lambang salib jika kita sendiri mempercayai dan mengimani bahawa segala kebaikan atau musibah adalah datang daripada Allah . Mungkin ramai daripada kita telah mendengar syarahan tok-tok guru dahulu yang sangat keras menentang apa sahaja lambang salib yang wujud dipersekitaran kita . Hinggakan tiang kayu penyandar pokok mempelam pun tidak dibenarkan berbentuk salib . Apa sahaja yang berbentuk salib dikhuatiri akan mengakibatkan akidah umat Islam terpesong .
Hahahaha..lawak buasir betul macam ni . Adakah begitu rapuhnya akidah umat Islam?Sepatutnya umat Islam digalakkan menyimpan Kitab Injil/Bible dirumah dan juga lain lain kitab supaya kita semua menjadi masyarakat pembaca atau Iqra' yang suka membaca dan bolehlah mematahkan apa apa hujjah tentang akidah dan nilai ketuhanan serta apa sahaja yang berkait dengan kitab suci yang kita imani .

Jika kita percaya bahawa Islam adalah ugama tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam,mengapa takut dengan salib dan Injil?Bagaimana untuk kita melahirkan seorang lagi Ahmad Deedat yang kehilangannya sangat sangat ditangisi oleh seluruh dunia Islam kerana wibawanya berdebat dan bermuzakarah dalam soal perbandingan ugama .

Umat Islam sepatutnya sangat terbuka dengan dialog antara ugama,bukan melarikan diri dengan pelbagai alasan . Ulama yang menentang dialog adalah ulama yang sempit dan terkebelakang pemikirannya . Umat Islam sepatutnya meraikan kepercayaan orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain menerima keislaman mereka .

Sekarang apa yang kita lihat, keislaman kita menjadi satu "escapism" untuk kita tidak membantu manusia yang lain dalam menjalani kebebasan beragama mereka . Sehinggakan ada diantara kita yang sanggup lari dari membantu manusia yang sedang kemalangan kerana mereka bukan Islam . Dari langit manakah ajaran sebegini dikembangkan?

Dalam syarahan Dr Syed Farid Al Attas,seorang professor Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Singapura,beliau menyatakan bahawa umat Islam sepatutnya membantu umat Kristian menyelesaikan masalah hidup mereka walaupun dalam soal menegakkan salib dibangunan dan tidak dibenarkan . Ini kerana kedudukan umat Islam yang menjadi majoriti dinegara ini,dan sebagai umat Islam kita sepatutnya komited untuk membantu masyarakat walaupun berlainan kepercayaan .

Dalam satu peristiwa forum awam tentang kebebasan pemikiran,kesedaran dan ugama pada tahun 2004,Presiden Penasihat Majlis Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh SeMalaysia telah mendedahkan bahawa walaupun banyak kuil "gurdwaras" termasuk yang berusia 100 tahun di Kuantan,mempunyai kubah,mereka sekarang nampaknya tidak lagi dibenarkan membina kuil mereka dengan bentuk kubah kerana dikhuatiri mengelirukan umat Islam yang menyangkakannya adalah masjid .

Untuk pengetahuan anda,Masjid Hagia Sophia(Ayasofia) yang mempunyai kubah,dan kemudian kubah tersebut menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain selepas kerajaan Uthmaniyah menakluki Konstantinopel(Istanbul),adalah sebenarnya gereja semasa Empayar Bizantin . Jadi,sepatutnya kita semua harus membuang semua kubah dari masjid kita kerana ianya adalah tinggalan senireka gereja . Jika pergi ke negara China pula,masjid mereka berbentuk seperti kuil Buddha atau Pagoda di Pulau Pinang .

Alangkah terpesongnya kita apabila mencampurkan ugama dan budaya serta menganggap bahawa ugama berpegang pada teras budaya . Cuba perhatikan bunyi gambus dan irama muzik Timur Tengah sebelum pengumuman waktu solat di TV,adakah irama muzik ini menandakan Islam dan apakah signifikan irama muzik sebegini dengan jati diri Islam itu sendiri . Apakah nilai keAraban menandakan keislaman?

Ada umat Islam yang pernah menegur saya dimasjid dan marahkan saya kerana memakai topi ketika bersolat . Mungkin beliau mempunyai bukti bahawa Nabi Muhammad pernah memakai songkok yang dikatakan berasal dari India .

The Hagia Sophia (aka Saint Sophia, Sancta Sophia, or Church of Divine Wisdom) was first built in the fourth century in Constantinople (now known under the Turkish name of Istanbul). That church was destroyed in a revolt, and the current building was erected on orders of Roman Emperor Justinian I in AD 532 and took five years and 10,000 workers to build. It was the center of the Orthodox Church for a thousand years and also the place of the coronation of the Byzantine Emperors. When Constantinople was captured in 1453 by the Muslim Turks they changed the Hagia Sofia into a mosque, and built several more (including the Sulemaniye and Blue Mosques) based on the Hagia Sophia. (The four minarets [towers] and some buttressing were added to the building by the Turks.) Ayasofya, as it is now called, became a museum in 1935 on order of Mustafa Kemal Attaturk (the founder of the modern Turkish Republic), and many Byzantine icons and images have since been uncovered after centuries under plaster.