Followers

Jul 10, 2008

Bila Badang Makan Muntah

One Upon A Time..oppss..(macam JK.Rowling plak) . Di zaman aku kecik kecik dulu,hobiku ialah menyimpan komik . Bujal,Bambino,Gila-Gila,Gelihati,SiButa Dari Gua Hantu,Wak Dojer dan macam-macam lagi samada yang berbentuk humor ataupun pengembaraan . Ini kerana semasa kecil aku menganggap diriku adalah kartunis dan majalah Gila-Gila pernah menyiarkan kartun yang aku hantarkan . Dalam banyak-banyak komik dan buku yang aku simpan,ada satu buku yang memang aku suka dan sangat terkenal iaitu Hikayat Si Badang . Aku menyukai buku ini kerana ilustrasinya yang cantik . Disebabkan itulah,apa saja buku yang ilustrasinya cantik seperti buku-buku Tintin ,aku akan baca dan kemudian letakkannya dibawah bantal dan aku akan tengok serta membacanya berkali kali termasuklah buku Hikayat SiBadang .

Gambar Hiasan Dari KL Pos

Mungkin generasi sekarang ini sudah tidak mengenali siapa Si Badang ini . Biarlah aku menyatakan sinopsisnya . Si Badang ni seorang pemuda kampung yang bekerja kampung,tiada elaun dan tiada overtime apatah lagi SOCSO . Dizaman ini mungkin Barisan Najis masih belum memerintah,itulah sebabnya rakyat semuanya kelihatan susah dan tidak makmur hidupnya .

Si Badang juga tidaklah rapat dengan mana mana ketua cawangan ataupun ketua kampung yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat . Tetapi sebagai seorang yang berdikari,beliau bekerja sendiri dan salah satu pekerjaannya dimasa lapang ialah menahan lukah . Lukah ini ialah alat menjerat ikan dimana ianya diperbuat daripada buluh dan diletakkan disesuatu tempat di dalam sungai . Kalau anda ingin tahu bagaimanakah bentuk lukah ini,sila lah ke arkib negara kerana aku tiada masa untuk sesekali menerangkannya .

Dipendekkan cerita,pada suatu hari,setelah bosan bekerja(mungkin disebabkan tiada access internet dan tak dapat berMySpace)Si Badang pun telah pergi ke sungai untuk melihat hasil tahanan lukahnya di sungai tu . Apabila sampai disana,Si Badang terkejut melihat lukahnya yang kosong tetapi mempunyai sisa sisa ikan melekat dilukahnya . Badang mengesyaki sesuatu dan berazam untuk mengintip siapakah yang telah mengambil ikan-ikan beliau .

Keesokan harinya,diwaktu yang sama,Si Badang telahpun menunggu untuk melihat siapakah sidurjana yang telah mencuri ikan-ikan tangkapannya . Sedang si Badang menunggu siapakah yang telah mencuri ikan-ikannya,muncul lah seekor lembaga yang sangat mengerikan(dimasa itu jika disebut ngeri,ianya mestilah berambut panjang,bermata merah dan mempunyai taring) .

Lembaga tadi dengan pantasnya terus menuju ke lukah yang ditahan oleh Si Badang untuk mengambil ikan-ikan yang berada didalamnya . Apabila melihat saja tindakan lembaga tersebut,Si Badang dengan tidak mempedulikan lagi kengerian wajah lembaga tersebut,terus menerkam kearah lembaga tersebut dan mencekik lehernya seraya mengeluarkan parangnya dan meletakkannya dileher lembaga tersebut .

Maka terkejut yang amatlah silembaga tersebut . Walaupun lembaga tersebut dikategorikan sebagai hantu,beliau juga boleh bercakap seperti manusia . Dipendekkan lagi cerita,Si Badang telah ditawarkan oleh hantu tersebut suatu bentuk rasuah(mujurlah tiada BPR masa tu) agar tidak membunuh lembaga tersebut . Rasuahnya adalah berbentuk kekuatan fizikal yang akan Si Badang perolehi . Si Badang walaubagaimanapun tidak mudah mempercayai janji lembaga tersebut(namapun lembaga,duit lembaga tabung haji pun boleh hilang kan?),tetapi lembaga tersebut tetap berjanji akan memberi Badang kekuatan .

Si Badang pun akhirnya bersetuju . Tapi bagaimana untuk Si Badang mendapatkan kekuatan tersebut?ye..Si Badang haruslah memakan muntah hantu tersebut(macam Fear Factor) . Walaupun Si Badang sangatlah fobia dengan muntah dan geli geleman,tetapi memandangkan KEKUASAAN(ayat ni ada makna ni)yang akan beliau perolehi,maka Si Badang pun bersetuju . Lalu dengan segeranya muntahlah hantu tersebut sebanyak 3 kali dengan muntah yang kesekian banyaknya . Si Badang yang berada didepan lembaga tersebut pun hampir-hampir muntah melihatkan muntah hantu tersebut yang penuh dengan ulat,virus serta bakteria(maklumlah,hantu kan..budak budak punya muntah pun kita geli) .

Setelah habis lembaga tersebut memuntahkan isi perutnya,maka beliaupun menyuruh si badang menelan kesemua muntah tersebut jika benar benar inginkan KEKUATAN & KEKUASAAN . Dengan harapan tinggi menggunung untuk mendapatkan KEKUASAAN(alert!alert),maka Si Badang,dengan menutup hidung dan mata,telah menelan kesemua muntah hantu tersebut dengan disaksikan(secara akuan bersumpah)oleh lembaga tersebut . Tetapi tidak ditemani peguam(nota penulis)

The rest is history . Si Badang adalah simbol kekuatan masyarakat lama walaupun caranya mendapatkan KEKUATAN & KEKUASAAN dengan memakan muntah hantu yang penuh dengan virus,bakteria dan kuman sangat diluar akal manusia dan amat menjijikkan . Tetapi,what to do,people will do anything for what he believes in right?

Walaupun begitu,sejarah tetap berulang . Dizaman RSS Feed ini dan dizaman statutory declaration ini,masih ada lagi manusia yang sanggup memakan muntah untuk mendapatkan KEKUASAAN & KEKUATAN . Tetapi dizaman ini,muntah sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan kekuasaan yang mutlak dan hakiki . Manusia yang benar-benar kemaruk KUASA wajib bukan sahaja memakan muntah,tetapi segala jenis najis termasuk najis dari lubang dubur,dari lubang yang satu lagi,najis mata,najis hidung,najis telinga,najis pusat kesemuanya harus ditelan . Itu adalah pakej lengkap sebagai "starter pack" untuk mendapatkan KEKUASAAN yang didambakan . Mujurlah apa yang harus ditelan ialah muntah dan najis sendiri yang telah dilepaskan 2-3 tahun dahulu dan telah pengik baunya serta kering lagi "busuk bango"kata orang terengganu .

Tetapi disebabkan KEKUASAAN yang bakal di genggam,muntah atau najis hanyalah kesukaran sementara dilidah sahaja . Akhirnya hilang rasa dan baunya apabila ianya telah masuk kedalam esofagus dan diproses untuk menjadi najis kembali .

Badang oh Badang...sekarang bukan sahaja rupa wajahmu ibarat najis,kata katamu berbau najis yang jijik lagi menjijikkan . Tidak ada yang tidak jijik melainkan jijik-jijik belaka .

Badang zaman MySpace ini berkata "Saya berjanji akan membuat reformasi tulen atau Islah terhadap muntah-muntah saya!"

1 comment:

Anonymous said...

tukun,
badang tahan lukah di sungai;
mungkin kalau dia ke laut, dia gunakan tukun;
dan bila ke laut, enjin bot diesel nya boleh mendapat subsidi;
nelayan sungai tak dapat subsidi diesel dan tak perlupun;
sebab nelayan sungai tak nak berniaga diesel & tiada pembeli di tengah2 sungai; lainlah di tengah2 laut, banyak kapal2 nak diesel...