Followers

Jul 5, 2008

Najib Penghalang Anwar Jadi PM-Ezam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD(Utusan Malaysia)

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.
Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.
“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.
“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”
Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang .
“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.
“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.
“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.
Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.
“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.
Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.
Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.
“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.
“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.
Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik
“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.
“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.


Kata TukunNegara ;

Ish ish,bawaklah mengucap banyak-banyak saudara Ezam . Janganlah disebabkan kekecewaan peribadi menyebabkan kita memusingkan tumit kita kebelakang . Lupakah saudara pada enam buah kotak yang kami semua tunggu-tunggu dan sampai sekarang belum muncul-muncul . Seingat saya,saudara adalah manusia yang paling kritikal dan sinikal terhadap pimpinan dan parti keris UMNO,boleh dikatakan hampir keseluruhan kepimpinan UMNO di belasah oleh saudara dan semua cerita kebobrokan UMNO telahpun di keluarkan oleh anda .

Ingin saya bertanya,apakah yang telah berubah sekarang didalam UMNO?cuba saudara senaraikan tiga sahaja . Tagline saudara pada blog saudara seperti yang saya lihat ialah "Reformasi Tulen" . Adakah saudara nampak sesuatu yang telah berubah dalam UMNO?Setahu kami rakyat Malaysia,UMNO terkejut dengan perubahan komitmen rakyat Malaysia pada pilihanraya baru baru ini,bukan sebaliknya . Yang saya nampak perubahan dalam UMNO yang paling ketara ialah bekas presidennya(yang anda serang sampai telanjang)iaitu Tun Mahathir sahajalah yang berubah . Baboon,Ungka,Beruk,Dubuk yang ada didalam UMNO masih kekal dalam sifat mereka yang sedia ada . Anda dahulunya pejuang keadilan,bersama-sama para ulama,para pimpinan yang rekod kepimpinan mereka bersih dari segala rasuah dan penyelewengan,bersama rakyat memperjuangkan keadilan,ketelusan dan martabat bangsa Malaysia . Dimana diri "anda" yang dahulunya sekarang?Adakah anda menemui cahaya kebenaran dan kehidupan abadi didalam parti berlambangkan keris??

Jika Anwar Ibrahim seorang pemutar kata kata,pembohong atau penuh konspirasi,kenapa tidak anda nyatakannya apabila keluar sahaja dari Parti Keadilan dahulu?Kami juga ingin tahu apakah kejelekan Anwar Ibrahim,bagaimana beliau menyeleweng,bagaimana beliau memperdayakan orang ramai,kami mahu dengar semua itu daripada anda .

Anda kata ingin menyertai UMNO sebagai ahli biasa,tetapi sekarang sudahpun bersedia bertanding dalam pilihanraya kecil untuk menentang Anwar Ibrahim jika pilihanraya kecil diadakan . Segala-galanya makin jelas sekarang siapa yang mengambil jalan celaka dan siapa di jalan bahagia . Rakyat masih mempunyai segumpal daging diatas kepalanya yang boleh digunakan dan dizaman YouTube dan RSS Feed sekarang ini,suatu perkataan pembohongan akan dijawab oleh 100 kebenaran . Kemana anda mahu pergi?Fikir-fikirkan..



2 comments:

Anonymous said...

ezam bertukar parti kerana dia sedar dgn politik anuar yg semakin hari semkin memualkan.....dan dia sedar umno adalah salah 1 wadah utk mempertahnkn martabat org melayu....dan dier sedar pkr hanya bersasakan politik yg gilakan kuasa..

TukunNegara said...

ye ke?anwar yg memualkan ke atau ezam?dulu sibuk jaja citer hampir 8 tahun pasal rasuah dlm umno,rasuah menteri,ada 6 kotak kes rasuah . mana pegi smua tu?takkan simpan kat reban ayam kak fidah kot??umno mempertahankan melayu?ish ish,lawak tukun buruk betul lah mamat ni . Hang tgk tak macamana muka presiden dan timbalan presiden umno bila BN hilang 5 negeri?macam muka itik kesejukan . memang semua politik gilakan kuasa,kalau tak tak payah lah masuk politik . kalau nak politik tapi tak nak kuasa,balik kampung jadi siak je lah . Disebabkan nak pertahankan kuasalah orang letak C4 kat badan altantuya