Gambar Hiasan dari YouTube
Orang Melayu selalu berkata bahawa binatang ini menyalak kerana mereka sedang nampak hantu atau syaitan yang berkeliaran . Dan ada disebutkan dalam Hadis(ucapan mulut dari Nabi Muhammad s.a.w) bahawa apabila dilaungkan azan,maka syaitan akan lari dengan lajunya sehingga terkentut-kentut . Sebagai seorang Muslim,ramai yang akan percayakan kenyataan ini kerana ianya datang dari mulut Nabi Muhammad s.a.w . Jadi,manifestasi dari menyalaknya binatang ini tatkala azan dilaungkan seolah olah membenarkan perkara tersebut bahawa binatang ini memang benar benar melihat syaitan yang sedang lari terkinja kinja dan terkentut kentut .
Binatang jenis ini memang amat berguna sebagai senjata bagi tuannya . Biasanya ia digunakan sebagai penjaga rumah atau pintu pagar . Dan jika berhadapan dengan perompak,binatang ini boleh bertindak untuk menggigit perompak tersebut . Memang sungguh berguna sekali segala skill yang ada pada binatang ini samada dari segi menyalaknya ataupun keberaniannya menentang perompak dan pengganggu . Walaupun begitu,spesis binatang ini sangat banyak jenisnya,ada yang suka menyalak sahaja,ada yang suka menyalak sambil mengampu,ada juga yang mempunyai rupa paras yang hensem,tubuh badan yang ganteng tapi tidak boleh diharap hanya mengharapkan belas ihsan tuannya,ada juga yang bermuka huduh tetapi sangat garang lagi mengerikan,ada juga yang comel dan suka berhiasa sahaja kerjanya . Boleh dikatakan ada puluhan jenis spesis binatang ini . Bergantung kepada apakah tujuannya ia dibela
Tetapi,dalam golongan manusia pun,ada juga manusia yang suka meresapkan dirinya dengan sifat binatang ini . Tidak kira masa,mereka akan menyalak tanpa diketahui apa sebabnya mereka menyalak . Dan dengan latihan dan strategi yang baik,mereka akan setia pada tuan mereka dan sanggup menggadai nyawa untuk tuan mereka . Memang sangat berguna bagi sesiapa yang mempunyai binatang ini sebagai pelindung dan pembantu .
No comments:
Post a Comment