Followers

Jul 14, 2008

Tolong Jadi Binatang....pleaseee!!!



Apakah caranya untuk membezakan binatang dengan manusia?? Binatang ialah makhluk ciptaan tuhan yang perangainya berbeza dengan manusia . Dan binatang biasanya hanya menggunakan emosi untuk melahirkan sesuatu perasaan samada marah,gatal,biang,seronok,lapar dan memberontak . Manusia telah diberi kelebihan iaitu kepala hotak yang mempunyai otak+intelektual atau akal . Walaubagaimanapun,aku masih berpendapat bahawa binatang juga mempunyai akal,berdasarkan peristiwa Nabi Sulaiman bercakap dengan binatang . Jika binatang tidak mempunyai akal,mana mungkin Nabi Sulaiman mendapat manfaat daripada percakapan baginda dengan binatang .

Tetapi,sifat binatang yang biasanya mengikut emosi tanpa ada pertimbangan akal biasanya disebabkan kelemahan mereka dalam menyatakan hujah melalui akal . Dimana jika ditakdirkan Harimau boleh berhubung dengan kita seperti mana manusia biasa,kita mungkin akan menguji Sang Harimau dengan soalan seperti " Wahai Harimau,apakah nama saintifik bagi pokok Tembusu" . Dan apabila mendapat soalan sebegini,Sang Harimau akan tercengang-cengang kerana soalan ini perlu kepada pemerahan minda dan ketajaman intelektual . Oleh itu,Sang Harimau akan menjadi marah dan memberontak adanya kerana begitu marah tidak dapat menjawap persoalan tadi . Maka,akhirnya kita sebagai manusia yang bertanyakan soalan tadi akan dibaham dengan penuh emosi dan terus diheret keluar daripada hutan .

Oleh itu,peringatan kepada masyarakat manusia yang tiada hujah,tolonglah berperangai seperti binatang dengan mencekup leher orang lain jika tidak dapat menjawap soalan dengan menggunakan akal+intelektual .

TukunNegara ke 5 : Kesombongan dan Kebiadapan

No comments: