Bila kita dihadapkan dengan isu terbaru DSAI,ramai yg terkentut,buntut terhenjut dan mulut ternganga kerana terkejut atau saja saja buat terkejut . Ini isu politik atau isu apa?Ramai yang sebelum ini berkata "aku tak campur politik sangat,yg penting 5 tahun sekali aku pangkah,tapi undi tetap rahsia" . Ini kata kata ramai manusia yang berpandangan serong pada politik . Bagi mereka politik adalah permainan lidah dan strategi bagi sekumpulan manusia(yang mereka juga memilihnya) . Tetapi apabila harga minyak dunia mencecah pada harga USD 140 setong,badan yang sihat pun rasa nak demam,bila menguap rasa nak sawan,makan nasi lemak pun dah tak ada sotong lagi .
Jadi,isu seperti isu minyak adalah masalah siapa?masalah orang yang ambil tahu tentang politik saja kah atau masalah semua rakyat?Kenapa bila leher sudah dijerut,baru kita ingin ambil tahu apa itu makna politik?
Marilah kita semua memahami bahawa politik adalah Ibu kepada kehidupan dibumi ini . Dan kita jangan sesekali memusatkan kepala kita bahawa politik itu ialah untuk ahli politik sahaja . Dan hendaklah berkata kepada diri kita sendiri,berpolitik bukan semestinya mendaftar sebagai ahli politik . Tetapi mengambil tahu dan menyertai perbincangan politik sepatutnya menjadi kewajipan bagi setiap jiwa yang inginkan kepuasan dalam mengendalikan hidup di bumi ini .
Hendaklah kita semua memahami bahawa dibawah tajuk politik,tersebarnya tajuk tajuk penindasan,kemanusiaan,budaya,bahasa,kehidupan,keadilan dan segala macam aspek kehidupan yang menjadi elemen penting sebagai seorang manusia yg bertamadun .
Jadi,apabila kita menghadap kes-kes seperti Hindraf,ISA dan yang terbaru,DSAI,dimanakah pemusatan fikiran kita . Adakah bila ianya tidak menyentuh tentang diri dan keluarga kita atau bangsa kita,maka kita harus lari dari isu isu tersebut?Adakah kita ini manusia yang lain dari acuan mereka?
Ini bukan soal Mahathir atau Najib,ini soal kemanusiaan . Berfikir tentang kemanusiaan adalah suatu yang dituntut dalam mana mana ajaran agama . Jadi,berpolitiklah dengan bijak sebelum kita menjadi mangsa kerakusan politikus yang mementingkan perut dan yang dibawah perut . Zahirkan sokongan anda pada isu isu yang menyangkut paut tentang kesusahan kita bersama .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment