Followers

Jul 12, 2008

Cerita Tok Guru



Tok Guru mengaji saya ada memberitahu bahawa Neraka ada tujuh lapis . Dan Neraka paling bawah untuk orang Munafik . Seingat saya orang munafik ni Tok Guru saya cakap,dia ni jenis yang bermuka muka atau orang Melayu buat peribahasa,talam dua muka . Bila jumpa ahli kumpulan A,dia cakap kumpulan B songsang,rasuah,zalim dan penyeleweng . Bila dia jumpa kumpulan B,dia cakap kumpulan A tu kejam,penipu,rasuah,tak adil dan lain lain . Itu Tok Guru saya cakaplah . Saya ni bukan tau agama sangat,tapi dah nama Tok Guru yang cakap,saya dengar je lah . Karang kita ni dituduh menderhaka pada Tok Guru pulak . Maklumlah kan,budaya menderhaka ni bukan budaya kita kan kan kan?!!

No comments: