Followers

Jul 8, 2008

Sumpah,Sumpah Seranah,Sesumpah

Seingat saya,cerita sumpah yang paling terkenal dikalangan masyarakat ialah kisah bagaimana Si Tanggang disumpah oleh ibunya menjadi batu . Cerita ini sebenarnya sangat baik dari segi pendekatan moral dan pengajarannya iaitu apabila sudah berada diatas,jangan sesekali lupa akan asal usul kita dan yang terpenting,jangan sesekali menderhaka kepada ibu yang telah melahirkan kita . Padahnya ialah apabila ibu sendiri telah kecewa hatinya,tersinggung dan marah,maka layaklah anak disumpah oleh ibunya kerana dosa,biadap dan onar yang dilakukan padanya .

Tetapi,seminggu yang lalu,satu Malaysia telah sibuk pula dengan satu lagi sumpah yang baru . Sumpah apa yang disibukkan ini?Jika di parlimen,yang biasa didengar ialah SUMPAH SERANAH yang selalunya datang dari golongan lama@Otai dan pemikiran lama yang sudah tidak releven . Mereka ini dangkal dalam berhujjah,lalu sumpah seranahlah menjadi senjata mereka untuk mempertahankan diri . Disamping suka akan sumpah seranah,ada juga yang sanggup menukarkan diri mereka menjadi dubuk penjilat bangkai yang sanggup mempertahankan kebatilan demi di lihat "bekerja kuat" untuk kumpulan parti mereka .

Satu lagi sumpah yang selalu saya dengar dan jumpa semasa kecil dulu dikampung ialah SESUMPAH atau SUMPAH-SUMPAH . Ianya sejenis binatang yang boleh menukarkan warna dirinya mengikut gerak hatinya sendiri . Dan penukaran warna tubuhnya ini juga bertujuan untuk mengelirukan musuh . Saya rasa sifat Sesumpah ini memang banyak sekali dipakai dikalangan kita dan ahli politik kita(Golongan Lama) . Yang terbaru,ada seorang manusia yang dulunya sangat setia menjadi panglima dalam menegakkan kebenaran,sanggup dipenjara,dibalun dan dialah wira bagi pendokong kebenaran dan pembaharuan . Tetapi,kini beliau telah pun menganuti fahaman Sesumpah dimana apa sahaja yang diperkatakannya,dipertahankkanya dahulu,telah menjadi sebaliknya dan beliau pula menjadi pemain utama menuduh dan merosakkan peribadi dan imej seseorang yang dulunya beliau puja dan pertahankan . Mungkin beliau tidak sedar,dalam masa beliau mengamalkan fahaman Sesumpah ini,beliau pula telah diSUMPAH oleh seluruh pencinta keadilan dan kebenaran di Malaysia . Walaubagaimanpun,disebabkan jati diri Sesumpah yang suka mengelirukan musuhnya dengan warna-warna,walaupun disumpah dengan begitu hebat,beliau tetap "gah" dipersada utama . Masih bangga memperjuangkan "Reformasi Tulen" . Pooooodaaaaaahhhhhh!!!

Kembali kepada acara bersumpah yang sangat hangat diperkatakan sekarang ini . Ramai sungguh umat Melayu,dari Kampung Tok Jebil di selatan tanah air hinggalah ke Kampung Pok Dok di utara tanah air,semuanya ingin menyertai acara memberi pendapat tentang sumpah . Mungkin disebabkan tidak pernah membuat Akuan Bersumpah(Statutory Declaration)yang pertama,kedua atau ketiga,maka mereka semua sungguh teruja untuk bercakap tentang isu sumpah .

Sekarang ada dua pihak yang disuruh bersumpah iaitu Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari . Khalayak mengatakan bahawa jika benarlah Anwar Ibrahim tidak meliwat seperti yang dituduh,silalah bersumpah dengan menggunakan nama Allah menafikan tuduhan dan dakwaan tersebut . Eh!!janggal sungguh bunyinya!Bila pula Allah terlibat dalam konspirasi politik kotor seperti ini?Plot yang hampir menitiskan air mata ini pula diheboh bisingkan oleh manusia manusia yang sikap dan perangai mereka lebih dekat kepada sifat sifat kesyaitanan daripada sifat-sifat ketuhanan . Jadi cadangan mereka yang nampak pelik lagi janggal itu telah membuktikan kedangkalan dan tohornya intelektual mereka yang seringkali menggunakan nama tuhan sebagai satu "escapisme" .

Ada juga dari kalangan para "cerdik pandai" yang memakai ketayap,tarbus,serban,jubah,kot dan kopiah yang beriya iya mengatakan bahawa bersumpah atau bermubahalah adalah cara terbaik untuk membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah . Come on Syeikh!!This is political conspiracy,how come you come out with such suggestion??Adakah anda fikir jika pihak yang melakukan konspirasi ini diajak bersumpah,maka mereka akan takut dan gentar untuk bersumpah?Jika mengadakan tuduhan yang tiada pun mereka sanggup lakukan,inikan pula bersumpah menggunakan nama Allah yang mereka tidak nampak didepan mata . Tulislah atas dahi mereka kalimah Allah seratus kali pun,adakah anda fikir mereka akan takut?Dan adakah anda fikir bahawa cadangan sebegini akan menghasilkan sesuatu yang positif?

Saya sangat musykil dengan pendirian beberapa puak yang kelihatannya rupa mereka sangat berilmu,tawaduk dan tulus,tetapi sukar sangatkah untuk membezakan konspirasi politik dengan tuduhan yang benar??Sukar sangatkah untuk membaca plot plot songsang lagi lompong yang dijaja setiap hari oleh para konspirator?Cubalah mengambil sedikit roh keberanian imam-imam besar yang dipenjara dan disebat kerana mempertahankan fatwa dan kebenaran . Takkanlah kerana "paycheck" setiap bulan menjadikan kita manusia yang hilang harga diri sehingga tidak mahu dan tidak sudi melihat kebenaran dan kebatilan .

Ingin saya mengutarakan beberapa persoalan tentang cadangan bersumpah yang konon-kononnya sangat menarik dan berkesan ini . Mari kita gambarkan,jika benar kedua dua pihak ini ingin bersumpah dihadapan khalayak ramai . Saudara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari,kedua keduanya berdiri dihadapan khalayak,kemudian mengatakan bahawa apa yang mereka perkatakan sebelum ini adalah benar benar belaka,tiada yang tidak benar melainkan benar belaka . Dan jika mereka melakukan pembohongan,Allah akan menurunkan bala kepada mereka . Kemudian,setelah selesai mereka melakukan sumpah dengan nama Allah,khalayak akan tertunggu-tunggu apakah bala akan turun secara tiba tiba . Katakanlah jika tidak turun bala seperti yang dikehendaki oleh mereka(dan bala pula sangatlah subjektif sifatnya),apakah langkah seterusnya?Adakah masing masing akan tercengang dan kemudian tersenyum disebabkan kedua duanya kelihatan seperti tidak bersalah .

Dan kemudian,apakah Hakim yang menyaksikan perkara tersebut berkuasa pula untuk mengggugurkan dakwaan kerana kedua duanya telah bersumpah?Atau Hakim akan memberi masa sehingga esok untuk melihat apakah bala akan turun atau tidak . Jika akhirnya bala tidak juga turun ,maka boleh tersenyumlah Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari kerana tidak dikenakan bala . Maknanya kedua duanya adalah dipihak yang benar . Begini mudahkahkah caranya menyelesaikan masalah ?Adakah ini pendekatan Islam atau pendekatan Melayu dizaman Kampung Semerah Padi?Jika begini,apakah gunanya hukum-hukum yang diturunkan didalam Quran seperti hudud,qazaf dan qisas yang umat Islam beriman dengannya??Jika bukan begini penyelesaiannya,maka kenapa kita cadangkan sesuatu yang akhirnya menimbulkan polemik dalam masyarakat dan akhirnya membawa implikasi hodoh dalam cara berfikir rakyat negara ini khususnya umat Islam .

Jika kita semua percaya bahawa ini adalah konspirasi dan proses memperbodohkan pemikiran rakyat serta untuk mengalihkan isu-isu yang menaikkan kemarahan rakyat seperti isu kenaikan harga minyak,kekal lah kita dengan pendapat kita . Kenapa perlu dibentangkan pula cadangan tidak masuk akal yang akhirnya memperhodohkan lagi sistem berfikir kita .

Jika bersumpah ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan kebenaran,sudah tentulah hampir semua penjenayah masyarakat majmuk di Malaysia ini akan memohon untuk bersumpah dan mengatakan bahawa mereka tidak bersalah . Sudah tentulah penjenayah yang sedang menunggu hukuman mati akan sanggup bersumpah menggunakan nama Allah walaupun disuruh bersumpah sebanyak 20 ribu kali .

Apabila tuduhan sebegini dilabelkan sebagai tuduhan politik,maka penyelesaiannya sudah tentu melalui fakta dan perundangan negara . Walaubagaimanapun,dicelah celah kemelut bersumpah ini timbul,ada juga puak puak yang bersifat Baboon,Ungka serta Dubuk yang lupa bahawa pemimpin pujaan mereka sebenarnya begitu banyak terpalit dengan tuduhan jenayah . Kenapa tidak pula mereka menyuruh Kepala Najis mereka ini bersumpah untuk membuktikan kebenaran??

TukunNegara No 5 : Kesombongan dan Kebiadapan

2 comments:

mustafa said...

sumpah orang minyak!

mustafa said...

sumpah orang minyak