Followers

Jul 4, 2008

Merdeka 2008

Politik ialah seni mentadbir manusia . Tanyakan pada diri kita bagaimana mengasuh politik supaya ianya bermanfaat untuk kita dan manusia keseluruhannya . Ramai manusia enggan bicara soal politik atau malas,kerana acuh tak acuh dengan apa yang berlaku disekeliling mereka . Peperangan dan keamanan datang dari sikap politik suatu bangsa dan negara .

Kesengsaraan rakyat dari sikap rakus kapitalis sepatutnya membawa kita kearah satu penyatuan jiwa menentang penindasan . Bukan memandang serong berdasarkan parti . Parti hanyalah satu ciptaan dan label yang manusia tandakan sebagai satu suara bersama dalam suatu gerakan . Apa saja label dan tujuan parti ini wajiblah membawa rakyat kearah kesejahteraan hidup . Jangan sampai sikap taksub tidak bertempat kita pada sebuah gerakan atau parti menghilangkan rasa kemanusiaan dan membantu kesombongan dan keangkuhan penguasa untuk meneruskan survival mereka untuk kekal menjarah harta pusaka rakyat dibumi Malaysia ini .

Suarakan hak anda . Mari bersama sama luahkan perasaan sengsara anda dimana mana . Ingatlah bahawa rakyat yang bersatu akan melahirkan tenaga yang satu . Dan ingatlah bahawa pemimpin adalah hamba kita walau mereka diletakkan ditempat terhormat . Tapi jiwa dan maruah kita sebagai rakyat mesti kekal sebagai mahkota . Terlalu lama jiwa dan akal budi serta nilai intelektual kita diinjak oleh penguasa,memperbodohkan dan menipu kita dalam ketawa mereka . Merdekalah kita semua dari cengkaman dan kebergantungan terhadap kebodohan ini .


Ahad 6 Julai 2008 , Mari kita suarakan hak rakyat,zahirkan bahawa penindasan adalah musuh kemanusiaan

No comments: