Followers

Jul 13, 2008

Who Taught You To Hate Yourself



Learn how to be a human with dignity . This is Malcom X . He is a Muslim . Nak jadi Islam tak semestinya kena pakai songkok,jubah or serban . Dan tak hilang tawadduk kalau tak pakai jubah . Sebab Islam mementingkan intelektual,bukan label samada pakaian or rupa paras(yang berjambang tak terurus pun nak claim kononnya ikut sunnah) . Ada kumpulan kat Malaysia ni,berdakwah ialah portfolia utama dia,tapi badan bau masam dan jubah kotor . Siapalah nak dengar ceramah dia . Nak duduk dekat pun orang tak mahu,lagikan nak dengar ceramah dia .

Patutnya masa khutbah Jumaat,pasang je suara Malcom X ni.Banyak ceramah dia yang inspired orang ramai . So,Tok Siak masjid boleh download daripada YouTube aje. Jangan Tok Siak sibuk tengok RedTube dahlah . Kalau pasang suara suara yang inspired macam ni,takdelah aku mengantuk sampai berlenje keluar air liur basi dan kebas kaki pasal bosan dengan isi khutbah yang tak mencabar minda dan menghina intelektual .

Sekarang ni,semua benda dah upgrade,takkan khutbah tak pernah upgrade . Selagi khutbah ada orang nak kontrol konon-kononnya tak mahu khutbah dipolitikkan,sampai kiamat orang Islam tak akan cerdik dan terus tidor masa khutbah . Bayangkan,bila tiba time raya,cerita pasal hikmah bayar zakat fitrah . Bila tiba time raya haji,cerita pasal Nabi Ismail kena sembelih lepas tu jadi Qibas . Cerita ni standard Tadika Kemas . Bila tiba Israq Miqraj,cerita pasal Buraq naik kelangit . Dah takde kupasan lain lagi dah yang menyentuh pasal masa depan . Cuba cerita macamana nak berdakwah guna blogspot atau website . Apa itu web hosting,RSS Feed,email broadcasting system..ini semua teknologi yang umat Islam kena belajar sebab dalam 20 tahun lagi,baca khutbah macam sekarang mungkin dah tak releven .

Pemimpin politik memang suka orang bodoh,macam dia . Sebab bila dia bodoh,dia tak rasa terancam . Aku tengok,politician kat Malaysia ni,walaupun ada yang belajar tahap degree celcius dan Master of Ass,tapi bila dia attach dengan parti yang menyanjung feudalism dan ketakutan bersuara,semua politician ni nampak bodoh dan buat statement macam keldai . Contohnya demonstrasi,bila duduk dalam parti yang dia ada jawatan,dia kata demonstrasi ni kerja orang tak bertamadun dan sila gunakan cara yang betul untuk suarakan pendapat . Bila dia dah keluar parti,dia sibuk nak berdemo,lepas tu marah sebab kena pancut dengan water cannon atau gas pemedih mata . Bila marah,dia jadi blogger,tapi tak buka column dalam blog dia untuk orang komen sebab takut kena maki . Huhuhu..apa bengong punya manusia macam ni pun ada!

No comments: