Followers

Jul 14, 2008

Interviewed By Koffi Annan


Wawancara dengan Profesor Jomo

Profesor Jomo Kwame Sundram,dinamakan sempena pemimpin nasionalis Afrika,Jomo Kenyatta,dilahirkan di Pulau Pinang pada 11 Disember 1952 . Lulusan Yale dalam bidang Ekonomi dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam Hal Ehwal Awam di Kennedy School of Government di Universiti Harvard . Dan kemudian meneruskan pengajian Phdnya juga di Harvard pada 1977 .

Akhir sekali beliau bertugas di Malaysia ialah di Universiti Malaya pada tahun 2004 .

Ramai yang mungkin mengenali beliau lebih lebih lagi bagi sesiapa yang mendekati peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 . Dan sebelum krisis pemecatan itu juga,Prof Jomo adalah antara susuk yang selalu dirujuk dalam hal ehwal ekonomi Malaysia .

Tetapi setelah peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998,dan Prof Jomo secara terang-terangan menentang kezaliman tersebut,dan juga aktif dalam gerakan rakyat menentang kezaliman,maka beliau terus tenggelam daripada siaran media arus perdana .

Inilah cerita beliau(yang diringkaskan) seperti yang telah diceritakan dalam Suara Keadilan;

Beliau meletakkan jawatan pada tahun 2004 daripada Universiti Malaya kerana pihak pentadbiran jelas tidak mahu beliau bekerja disana . Pihak Universiti memberi kata dua kepada beliau,samada berhenti atau dipecat . Pernah disuatu ketika,Naib Canselor menjerit-jerit memanggil beliau Hanuman(karektor nakal seekor wira monyet dalam lagenda agama Buddha) .

Kata beliau,ada seorang temannya(Profesor Madya Chee Peng Lim-Ketua Jabatan Analisa Ekonomi) yang bekerja sama dengan beliau,tidak bersetuju dan mengkritik Proton sewaktu Mahathir melancarkannya,telah ditekan dan akhirnya membawa diri ke Bangkok dan akhirnya bekerja di Sekretariat Asean di Jakarta . Beliau berkata bahawa tekanan,kekangan dan macam macama lagi yang telah dikenakan terhadap cendekiawan dan tenaga profesional ini telah menyebabkan ramai daripada mereka yang berpindah dan tidak mahu pulang ke Malaysia .

Profesor Jomo sekarang bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Agung PBB untuk Pembangunan Ekonomi di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi & Sosial PBB .

Kita semua tahu tak pasal ni?tak ada pun cerita pasal ni kan?Kerana apa?kerana dulunya beliau adalah pengkritik tindakan kerajaan menzalimi Anwar Ibrahim dan dianggap golongan kiri lalu segala wibawa dan intelektual beliau diketepikan .

Sepatutnya orang-orang yang seperti ini di angkat sebagai seorang yang mengharumkan nama negara dan menjadi contoh kepada rakyat,bukannya PERENANG LAUT INGGERIS dan PELAYAR yang ntah kemana belayarnya(siap sponsor lagi) dan ANGKA-SAWAN yang menumpang kapal Russia . Ini semua absolutely insult my intelligence !!

Untuk pengetahuan,Prof Jomo ni diinterview oleh Koffi Anan,tapi kat Malaysia,ada Melayu tu,jadi Pengerusi Kilang Kopi pun lagaknya mengalahkan profesor .

2 comments:

Suria said...

Ooo... Padan ler Prof. K.S. Jomo ni dah hilang terus dr limelight.. Kalo x, ada jer terpampang wajah dia di kaca tv dan akhbar beri pandangan ttg ekonomi negara.. Rugi Malysia camni, proffesionals berhijrah ke luar negara angkara fahaman politik yg x sehaluan dgn kerajaan..

TukunNegara said...

yg saya tau dan dgr cite,mmg ramai Malaysian yg migrate sbb negara ni mengamalkan sikap kelembuan melampau dalam melayani cendekiawan . Tengoklah kalau ulas isu isu semasa,yang sehaluan dengan Barua Negara sahaj yg dpt coverage,kalau kritikal skit,jwpnya kena hina lah.