Salam Sejahtera Kepada Anda Saudari Janna;
Kesabaran diwaktu perang ialah berani . Saya percaya bahawa menjadi seorang Janna Syariza buat masa sekarang adalah adalah sesuatu yang amat sukar sekali,namun nyatanya anda memang sudah tiada pilihan lagi . Bagaimana sukarnya menghadapi segala tribulasi,begitulah juga kesukaran yang dihadapi oleh Dr Wan Azizan dan anak anaknya apabila suami beliau dihadapkan dengan tuduhan meliwat pada tahun 1998 dan kemudiannya pada tahun ini,2008 . Kenapa sukar?kerana pertuduhan liwat ialah pertuduhan yang melibatkan moral dan harga diri . Kesukarannya adalah sangat berkali ganda jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah yang lain .
Saya menulis kepada anda bukan kerana saya pengkagum Anwar Ibrahim atau pembenci Najib Razak atau Abdullah Badawi . Saya menulis kerana saya pengkagum KEBENARAN & KETELUSAN . Saya membuang jauh jauh sifat berpihak saya kerana kebenaran dan kebatilan adalah ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur .
Saya kagum dengan kesungguhan anda mempertahankan tunang anda Saiful . Sesiapa jua yang punya hati nurani luhur seperti anda akan berbuat sedemikian untuk seseorang yang disayanginya . Begitu juga rakyat Malaysia yang sayangkan Anwar Ibrahim dan mengkagumi peribadi,perjuangan dan kepimpinan beliau . Jadi,dimanakah kita sekarang?
Bagi saya,kita semua adalah mangsa . Mangsa kepada kejelekan sistem yang cuba memisahkan kebenaran daripada inti pati kehidupan kita . Mangsa kepada sistem kehidupan yang diatur oleh sebahagian manusia jahanam yang berlindung atas nama politik . Perlukah kita bersedih dan meratapi nasib kita diatas kejadian seperti ini?Tidak!Anda perlu tahu Janna bahawa rakyat Malaysia sentiasa berada pada panji panji kebenaran . Kebenaran adalah hak mutlak Tuhan dan sesiapa jua suka pada kebenaran dan benci pada kebatilan . Itu adalah lumrah .
Saya sedar bahawa sebilangan dari mereka begitu mudah mencaci dan mencemuh tunang anda kerana benci dengan kejadian ini . Saya dapat memahami suhu kemarahan mereka dan perkara ini memang sudah dijangkakan . Tetapi mereka lupa sebenarnya bahawa nasib Saiful adalah terletak ditangan anda . Terkejut?Bagaimana?
Kerana semuanya adalah konspirasi . Konspirasi untuk menamatkan karier politik seseorang dan menghalang seseorang untuk berkuasa dan mencemarkan imej Pakatan Rakyat . Inilah juga yang terjadi pada tahun 1998 dan skrip bangsat ini dibawa sekali lagi kemuka kita dan adalah menjadi fardu ain bagi kita semua berpegang kepada paksi kebenaran .
Apakah itu konspirasi ?Mari saya bawakan anda makna konspirasi secara ringkas .
From an Oxford Dictionary : Conspiracy is a secret plan by a group to do something unlawful or harmful
Konspirasi hanya boleh disebut dan dibincangkan oleh manusia yang inginkan kebenaran,yang meraikan ketelusan,yang tidak taksub kepada parti dan yang bersifat kemanusiaan . Jika mereka adalah dari golongan yang taat membuta tuli kepada pemimpin,taat pada lambang,tidak suka membaca dan menganalisis maka mereka tidak layak untuk bercakap tentang konspirasi . Kerana konspirasi adalah suatu perancangan sulit,dan harus dibaca dari semua sudut,samada dari atas,bawah,terbalik atau menonggeng . Untungnya,konspirasi seperti ini telah terbongkar pada tahun 1998 dimana Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemuda pemuda yang berbadan sihat,serta orang tua yang sebaya dengannya . Ini adalah konspirasi,tetapi konspirasi bahlol yang telah menghancurkan maruah bangsa dan negara Malaysia . Konspirasi jelek ini dihina oleh seluruh manusia(yang berfikir) dan tidak mungkin diterima oleh mana mana tamadun didunia sekalipun .
Walaupun begitu,selepas 10 tahun,sepatutnya negara ini menuju kearah sistem kehidupan dan kepelbagaian tamadun yang jauh lebih baik,amalan akhlak yang lebih terpuji,tetapi yang terjadi adalah sebaliknya . Disaat-saat rakyat Malaysia telah menolak kepimpinan angkuh dan bobrok kumpulan manusia lama,dengan tidak semena-mena konspirasi jahat ini berulang kembali dan anda,Janna,telah menjadi mangsa yang tidak disengajakan .
Saya percaya Anwar telah sekali lagi menjadi mangsa . Mana mungkin setelah merengkok 6 tahun didalam penjara,ditumbuk sehingga lebam,dihina dan dimalukan,dan telahpun mengetuai rakyat serta kepimpinan Pakatan rakyat untuk ke Putrajaya,Anwar sebodoh itu mengambil langkah untuk mencemarkan maruah seluruh rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepadanya . Fikirkan dengan hati terbuka,bukan dengan sifat benci yang ditanam oleh sebahagian manusia tak bermaruah lewat kejadian ini dimedia massa . Anda fikir mudahkah untuk seorang lelaki berumur 61 tahun meliwat seorang pemuda sihat dan tegap berusia 23 tahun?Jika anda meneliti kes-kes liwat yang pernah terjadi,ianya selalu berlaku pada kanak-kanak yang lazimnya lemah dan mudah diperdayakan . Adakah Saiful lemah untuk mempertahankan dirinya?masuk akal kah perkara sedemikian?
Sangat sukar untuk mencari rakyat Malaysia yang percayakan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat tunang anda atau sesiapa jua pun . Kerana apa?kerana pada tahun 1998,tuduhan yang sama juga dikenakan dan apabila skrip jahat mereka dikemukakan,timbul lah pelbagai perkara songsang yang melukakan kita semua . Mungkin anda masih muda pada ketika itu,tetapi kebenaran akhirnya timbul dipermukaan .
Janna,
Dari sudut hati saya sebagai seorang manusia dan berkongsi tuhan yang sama,walau bagaimana sayangnya anda pada tunang anda,biarlah kasih sayang itu berpaksikan kebenaran,kejujuran dan maruah . Saya tetap dengan pendirian saya bahawa kesemua ini adalah konspirasi dan kita semua(mungkin juga Saiful)adalah mangsa yang terpukul dan terperuk dalam lubang-lubang konspirasi jahat ini . Kita harus keluar dan nyatakan sesuatu dari hati kita .
Anda harus tahu bahawa anda tidak bersalah sama sekali kerana menjadi tunang beliau,tetapi percayalah,jika anda mahu Saiful diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai lelaki terhebat abad ini,katakanlah pada beliau bahawa Allah suka pada orang orang yang bertaubat dan memohon keampunan . Berilah peluang pada beliau untuk mendengar kata hatinya dan tampil dengan kebenaran mutlak . Ini kerana akhirnya kebenaran akan timbul jua dan mereka yang bersalah tidak akan dapat lari dari kekesalan sepanjang hayat .
Andalah penyelamat Saiful!
Semoga anda mendapat pertolongan tuhan dalam menghadapi hari hari mendatang yang sukar
Untuk mengetahui bagaimana sukarnya meliwat seseorang,sila ke laman blog saya http://tukunnegara.blogspot.com/
Jul 8, 2008
Surat Kepada Janna Syariza-Andalah Penyelamat Saiful Bukhari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Aslm.
Blog janna dan saiful pun dah tak boleh akses hari ini. Setiap hari saya mengikut perkembangannya dan membaca segala komen yang rata-ratanya tidak percayakan dakwaan liwat tersebut. Kita lihat sahajalah perkembangan konspirasi yang byk sangat lompangnya. Nampak sangat blog tersebut dikendalikan oleh kumpulan orang yang sama. he he
tukun,
tau di mana rumah saiful? katanya di bandar utama; apa kata kita buat appointment jumpa saiful sendiri; usrah, tabligh dulu; kalau tak jalan jugak, liwat je dia lagi, dia jenis tak melawan, rela je...
Memang,saya dah cuba masuk blog tu,tapi utk invited user saja . Dulu sempat gak saya masuk blog Janna. Dah takut lah tu . Kalau berani,cubalah buka.Macam tulah fitrah konspirator .
Rumah Saiful kat Negeri Aad agaknya . Tempat kaum Nabi Luth dulu . Sbb tmpt tu je layak untuk dia aku rasa . :)
Post a Comment