Followers

Jul 22, 2008

Mari Kita Tegakkan Salib

Mesti minda anda semua sedang terfikir sekarang,murtadkah TukunNegara?Ini menandakan anda fobia dengan salib . Dan jika anda fobia dengan salib,bermakna anda sedang berperang dengan kekalutan jiwa dan akidah Islamiah anda sendiri .

Ada rakan yang menceritakan bahawa jirannya telah membuka semua "tiles" di garaj rumahnya kerana coraknya mempunyai lambang "+" atau Salib . Hahaha..ini betul betul lawak pembaziran yang mengecutkan usus .

Ada rakan yang memakai jersi pasukan bolasepak England(yang mempunyai lambang salib pada lambang persatuan bolasepaknya) merasa berdosa yang amat sangat dan gundah gulana kerana merasakan telah mengagungkan ugama Kristian . Tapi rakan tersebut tidak pernah dilihat menunaikan solat 5 waktu kecuali solat sunat AidilFitri .

Jadi,dimana asasnya ketakutan kita kepada lambang salib jika kita sendiri mempercayai dan mengimani bahawa segala kebaikan atau musibah adalah datang daripada Allah . Mungkin ramai daripada kita telah mendengar syarahan tok-tok guru dahulu yang sangat keras menentang apa sahaja lambang salib yang wujud dipersekitaran kita . Hinggakan tiang kayu penyandar pokok mempelam pun tidak dibenarkan berbentuk salib . Apa sahaja yang berbentuk salib dikhuatiri akan mengakibatkan akidah umat Islam terpesong .
Hahahaha..lawak buasir betul macam ni . Adakah begitu rapuhnya akidah umat Islam?Sepatutnya umat Islam digalakkan menyimpan Kitab Injil/Bible dirumah dan juga lain lain kitab supaya kita semua menjadi masyarakat pembaca atau Iqra' yang suka membaca dan bolehlah mematahkan apa apa hujjah tentang akidah dan nilai ketuhanan serta apa sahaja yang berkait dengan kitab suci yang kita imani .

Jika kita percaya bahawa Islam adalah ugama tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam,mengapa takut dengan salib dan Injil?Bagaimana untuk kita melahirkan seorang lagi Ahmad Deedat yang kehilangannya sangat sangat ditangisi oleh seluruh dunia Islam kerana wibawanya berdebat dan bermuzakarah dalam soal perbandingan ugama .

Umat Islam sepatutnya sangat terbuka dengan dialog antara ugama,bukan melarikan diri dengan pelbagai alasan . Ulama yang menentang dialog adalah ulama yang sempit dan terkebelakang pemikirannya . Umat Islam sepatutnya meraikan kepercayaan orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain menerima keislaman mereka .

Sekarang apa yang kita lihat, keislaman kita menjadi satu "escapism" untuk kita tidak membantu manusia yang lain dalam menjalani kebebasan beragama mereka . Sehinggakan ada diantara kita yang sanggup lari dari membantu manusia yang sedang kemalangan kerana mereka bukan Islam . Dari langit manakah ajaran sebegini dikembangkan?

Dalam syarahan Dr Syed Farid Al Attas,seorang professor Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Singapura,beliau menyatakan bahawa umat Islam sepatutnya membantu umat Kristian menyelesaikan masalah hidup mereka walaupun dalam soal menegakkan salib dibangunan dan tidak dibenarkan . Ini kerana kedudukan umat Islam yang menjadi majoriti dinegara ini,dan sebagai umat Islam kita sepatutnya komited untuk membantu masyarakat walaupun berlainan kepercayaan .

Dalam satu peristiwa forum awam tentang kebebasan pemikiran,kesedaran dan ugama pada tahun 2004,Presiden Penasihat Majlis Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh SeMalaysia telah mendedahkan bahawa walaupun banyak kuil "gurdwaras" termasuk yang berusia 100 tahun di Kuantan,mempunyai kubah,mereka sekarang nampaknya tidak lagi dibenarkan membina kuil mereka dengan bentuk kubah kerana dikhuatiri mengelirukan umat Islam yang menyangkakannya adalah masjid .

Untuk pengetahuan anda,Masjid Hagia Sophia(Ayasofia) yang mempunyai kubah,dan kemudian kubah tersebut menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain selepas kerajaan Uthmaniyah menakluki Konstantinopel(Istanbul),adalah sebenarnya gereja semasa Empayar Bizantin . Jadi,sepatutnya kita semua harus membuang semua kubah dari masjid kita kerana ianya adalah tinggalan senireka gereja . Jika pergi ke negara China pula,masjid mereka berbentuk seperti kuil Buddha atau Pagoda di Pulau Pinang .

Alangkah terpesongnya kita apabila mencampurkan ugama dan budaya serta menganggap bahawa ugama berpegang pada teras budaya . Cuba perhatikan bunyi gambus dan irama muzik Timur Tengah sebelum pengumuman waktu solat di TV,adakah irama muzik ini menandakan Islam dan apakah signifikan irama muzik sebegini dengan jati diri Islam itu sendiri . Apakah nilai keAraban menandakan keislaman?

Ada umat Islam yang pernah menegur saya dimasjid dan marahkan saya kerana memakai topi ketika bersolat . Mungkin beliau mempunyai bukti bahawa Nabi Muhammad pernah memakai songkok yang dikatakan berasal dari India .

The Hagia Sophia (aka Saint Sophia, Sancta Sophia, or Church of Divine Wisdom) was first built in the fourth century in Constantinople (now known under the Turkish name of Istanbul). That church was destroyed in a revolt, and the current building was erected on orders of Roman Emperor Justinian I in AD 532 and took five years and 10,000 workers to build. It was the center of the Orthodox Church for a thousand years and also the place of the coronation of the Byzantine Emperors. When Constantinople was captured in 1453 by the Muslim Turks they changed the Hagia Sofia into a mosque, and built several more (including the Sulemaniye and Blue Mosques) based on the Hagia Sophia. (The four minarets [towers] and some buttressing were added to the building by the Turks.) Ayasofya, as it is now called, became a museum in 1935 on order of Mustafa Kemal Attaturk (the founder of the modern Turkish Republic), and many Byzantine icons and images have since been uncovered after centuries under plaster.

1 comment:

Mademoiselle Ayu said...

love your post abt this. i've been in hagia sophia and was quite surprised to see a christian image in the middle of 'Allah' 'Muhd'..