Lawak kebinatangan telahpun bermula . Bagaimana mungkin seseorang yang telahpun membuat satu pengakuan bersumpah dengan secara sukarela(ini telah diperakui oleh peguam beliau dan juga pesuruhjaya sumpah itu sendiri)secara tiba tiba menarik kembali pengakuan tersebut dan membuat pengakuan baru dimana nama "orang besar negara"telahpun dibuang daripada pengakuan tersebut . Beliau mengatakan bahawa pengakuan pertama yang dibuat pada 1 Julai lalu telah dibuat dibawah ugutan(under duress) . Siapakah yang mengugutnya??Dan jika beliau benar benar diugut,beliau seharusnya membuat satu laporan polis bahawa beliau telah diugut dan nyatakan siapa yang mengugutnya .
Mari kita lihat kembali perbezaan riak muka seseorang yang diugut dengan riak muka seseorang yang tidak diugut . Jika anda semua melihat siaran berita hari ini(4/7/08),yang menunjukkan P.Balasubramaniam dengan ditemani oleh seorang peguamnya yang baru,berjalan dalam keadaan yang tergesa gesa . Beliau tidak mahu menjawap sebarang soalan dari pemberita dan wajahnya kelihatan sugul,serba salah dan ragu-ragu . Dan kenapa pula pengakuan bersumpah yang kedua ini tidak dibuat sebagaimana pengakuan bersumpah yang pertama dimana begitu ramai wartawan akhbar datang untuk membuat liputan dan ianya dibuat dalam keadaan yang sangat terbuka . Wajah Balasubramaniam jugak agak tenang dan tersenyum ketika bersalaman dengan Datuk Seri Anwar(lihat foto) .
Cuba lihat pula wajah beliau hari ini semasa berjalan menuju kedalam lif . Kenapa seseorang yang sepatutnya menceritakan kebenaran nampak gentar dan resah gelisah . Ini perbezaan yang seharusnya difikirkan bersama . Sekarang timbul persoalan,siapa yang mengugut siapa?Dan jika benar lah bahawa pengakuan bersumpah yang pertama adalah palsu,apakah tindakan yang sepatutnya diambil kerana beliau telah mencemarkan nama seseorang dengan penjelasan yang sebegitu rupa . Perkara ini sepatutnya disiasat oleh pihak berwajib untuk mengetahui perkara yang sebenarnya .
Saya sekarang sedang menunggu mana mana Ulama atau Tok Guru atau Lebai yang akan menganjurkan sembahyang hajat dimasjid supaya Allah memberikan petunjuk dan kebenaran . Setakat ini masih belum terdengar lagi usaha besar besaran supaya diadakan sembahyang hajat atau doa tak selamat untuk manusia yang menjaja fitnah besar besaran ini .
Saya masih tertanya tanya pada diri sendiri,bagaimanakah rakyat melihat isu ini?terutamanya masyarakat Islam di negara ini yang masih menganggap Islam Hadhari adalah idea yang sangat mantap untuk diketengahkan . Kenapakah tidak ada masjid yang membaca khutbah tentang hak hak orang yang dituduh dan apakah dosanya membuat pertuduhan secara tangkap muat . Apakah perspektif Islam dalam mencari keadilan?Kenapa perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka??Adakah kita mahu umat Islam terus bodoh dan bengap dan hanya menerima input sahaja dari pemimpin pemimpin yang meracuni minda mereka?Kenapa tidak dibuat forum bagaimana bersikap adil dalam menghadapi krisis moral seperti ini . Rakyat harus diberi sesuatu sebagai makanan minda untuk mereka menganalisis sesuatu . Jangan mudah terpengaruh dengan cakap cakap yang dikeluarkan pada saluran utama . Bersikap adil adalah tuntutan Islam . Tetapi bagaimana menganalisis keadilan itulah yang sepatutnya diamalkan . Adakah para para ulama,ustaz,tuan guru dan lebai lebai menganggap membincangkan isu-isu politik seperti ini tidak dilayan oleh tuhan orang Islam... ??
Dibawah ini ialah diantara perkara-perkara yang telah ditarik keluar dari pengakuan bersumpah P.Balasubramaniam yang pertama dan pengakuan bersumpah beliau yang kedua tidak lagi mempunyai perkara perkara seperti dibawah . Tapi,seperti yang Anwar Ibrahim katakan,tunggu kedatangan bukti yang akan datang . Mungkinkah gambar makan malam di Paris akan keluar tidak lama lagi?
a) Abdul Razak Baginda informed me that he was introduced to Altantuya Shaariibuu by a VIP;
b) Najib Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Altantuya Shaariibuu and that she was susceptible to anal intercourse;
c) Najib Razak instructed Abdul Razak Baginda to look after Altantuya Shaariibuu as he did not want her to harass him since he was the deputy prime minister;
d) Najib Razak, Abdul Razak Baginda and Altantuya Shaariibuu had met and all been together at a dinner in Paris;
e) Altantuya Shaariibuu wanted money in the sum of US$500,000 as a commission for a submarine deal she assisted with in Paris;
f) Altantuya Shaariibuu met Najib Razak in Singapore;
g) Altantuya Shaariibuu wanted me to arrange to see Najib Razak;
h) I told the police about the relationship between Najib Razak and Altantuya Shaariibuu but when it came to sign my statement this detail was left out;i) The prosecutor during the course of the trial in the High Court of Shah Alam did not ask me any questions in respect of Altantuya Shaariibuu’s purported relationship with Najib Razak or of a phone call I received from one DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC to Najib Razak and/or his wife;
j) Abdul Razak Baginda informed me that he had sent Najib Razak an SMS the evening before he was arrested but did not receive a response; and
k) Najib Razak sent an SMS to Abdul Razak Baginda on the day of his arrest to the effect that he was going to see the IGP that day and that the matter should be resolved and for Abdul Razak Baginda to remain calm.
Jul 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
macam ku kenal shj si tukun negara ni.... dimana ya..... spt satu opis dgn sy satu ketika dahulu...
Tunggu saya buat pengakuan bersumpah yang pertama..:)
Post a Comment