Saya kurang pasti adakah mengajak rakyat menyertai satu perhimpunan yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu isu adalah suatu ajakan yang sangat berat untuk di laksanakan . Kenapa apabila ajakan untuk pergi menonton JomHeboh atau makan kenduri,ajakan tersebut begitu diraikan?
Adakah mereka menganggap diri mereka menjadi musuh kerajaan jika berhimpun untuk menyatakan perasaan tidak puas hati mereka?tahukah mereka semua bahawa berkumpul dan menyatakan ketidakpuasan hati adalah hak asasi manusia sepertimana manusia ingin makan nasi,ingin buang air dan ingin bersetubuh .
Saya percaya,hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang menggunakan kereta dan kenderaan bermotor yang lain mengeluh dan tersepit dengan kenaikan harga minyak baru baru ini . Jadi,sudah tentu mereka sangat-sangat marah . Apabila marah,apa yang paling baik perlu dilakukan selain daripada meluahkannya . Salahkah untuk meluahkan perasaan?Kalau tidak salah,kenapa takut?kenapa tidak mahu menyertai mereka-mereka yang lain yang juga marah . Yang lebih dahsyat lagi dan cukup memualkan,ada dikalangan rakyat,yang mereka adalah ahli parti X,tidak sanggup bersama sama rakyat untuk menyatakan bantahan kerana mereka berkata pada diri mereka,"aku penyokong parti ini yang sedang berkuasa,yang menaikkan harga minyak,takkanlah aku nak membantah apa yang parti ini lakukan"
Kasihan sungguh pada rakyat yang mempunyai segumpal daging yang bernama otak seperti mereka-mereka ini . Mereka berpolitik,tapi bebal dalam menapis yang mana putih,yang mana hitam . Mereka berpolitik mengikut gendang pimpinan mereka yang kadangkala rakus pada kuasa,jawatan dan segala yang diatas . Mereka ini adalah rakyat,masih tetap membayar RM2.70 untuk seliter petrol,tetapi memandang hina rakyat(yang juga terdiri dari rakan sepejabat,kawan-kawan,pakcik,makcik dan saudara mereka sendiri)kerana kesongsangan politik yang mereka anuti . Mereka menganut fahaman politik bebal yang menyanjung pemimpin mereka seolah olah kesemua kata kata pemimpin mereka adalah wahyu yang harus ditaati .
Jadi,perhimpunan untuk menyatakan perasaan dianggap suatu amalan songsang yang bertentangan dengan amalan budaya melayu(keris) dan amalan agama serta budaya . bagi mereka,bersyukur adalah amalan paling mulia dan diberi ganjaran yang lebih besar disisi tuhan . Dan anggaplah kenaikan harga minyak ini hanyalah satu ujian daripada tuhan untuk mengangkat martabat insan dan iman .
Itulah sebabnya,apabila ada sahaja ajakan untuk kita sama sama menzahirkan perasaan kita pada sesuatu isu,sering saja hasilnya mengecewakan . Ini kerana masih ramai yang beranggapan bahawa 5 tahun sekali adalah cara terbaik untuk menyatakan protes pada kerajaan . Sedangkan,asas asas demokrasi ialah meraikan protes,ini yang seharusnya difahami oleh rakyat . Jika mereka tidak memahami demokrasi,elok sahaja mereka tidak mengundi kerana mereka sudah tentu akan menjadi makanan kepada mana mana pihak yang memegang berkuasa . Ini kerana mereka tidak memahami pelajarabn asas demokrasi . Mungkin kerana terlalu lama belajar Ilmu Alam dan Sains Paduan sewaktu disekolah dahulu menyebabkan mereka menganggap bahawa demokrasi adalah untuk ahli politik sahaja .
Apabila suatu pergerakan manusia menganjurkan suatu perhimpunan,penyertaan rakyat adalah elemen terpenting dalam memberi isyarat kepada pihak yang ditujukan isyarat . Contohnya dalam isu minyak,jika benarlah rakyat marah dan geram dengan kenaikan harga minyak,kenapa tidak memberi isyarat yang jelas kepada pihak kerajaan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan . Apakah isyarat itu?isyarat itu ialah keluar dari rumah atau dari atas katil dan sila sertai perhimpunan yang memberikan isyarat kepada kerajaan . Perhimpunan ini adalah perhimpunan untuk rakyat Malaysia,bukan untuk mana mana parti,mana mana ugama,mana mana bangsa .
Bayangkan jika perhimpunan sejuta rakyat hari ini(6/7/08)dihadiri oleh sejuta rakyat,maka ianya sah akan menjadi suatu isu hangat untuk diperbincangkan oleh kerajaan . Ini menunjukkan rakyat benar benar tidak setuju dengan kenaikan harga minyak dan kerajaan harus berbuat sesuatu . Sekurang-kurangnya mereka tidak berfikir bahawa rakyat senyap dan lemah .
Jika melihatkan kehadiran rakyat pada hari ini ke stadium di Kelana Jaya,apa yang boleh saya ucapkan pada mereka yang tidak hadir.."Padanlah muka kita semua minyak naik"
Jul 6, 2008
Protes Minyak Naik-Padan lah muka biar minyak naik lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ko ckp cm2 sbb ko penyokong pembangkang....cuber kalo pembangkang skarang ni jadi kerajaan....n kerajaan sakng ni jadik pembangkang...nk pulak ko join perhimpunan protes....semua ni nonsense...x msk akakl...bias jer lebih....
Mcmana nak kenal penyokong pembangkang?ada letak tanda kat dahi ke?kerajaan tu sapa?malaikat malaikat ke?so macam kau penyokong kerajaan,minyak satu liter RM0.20 sen ke?kalau jadi rakyat,biarlah bijak . Apa benda yang rugikan rakyat,bangkang lah,jangan berfikir pakai kepala lutut . Yang untung,Barua Negara . Dia org punya minyak,pakai duit kau org . Kau org masih nak happy ke?fikir beb,fikir!!
Post a Comment